Hi,nama saya prof.Skandal dan selamat datang ke segmen terbaharu "teori lori"
Aku ada kat sini pun terpaksa sebab kat facebook dengan instagram ejen ali, beliau mengeluarkan poster Ejen Ali The Movie seperti man ditunjukkan di atas. Di situ saya dapat rasakan aura teori datang kepada.....
Awal Sehari:cer cepat sikit,aku dah tak tahan nak menaip ni!!
ok,tanpa membuang masa mari kita mulakan
Di poster,kita dapat lihat Ali yang berdiri dengan ejen yang lain di belakang dengan kenampakkan seperti memakai I.R.I.S. yang bercahaya.
di situ saya dapat rasakan MATA sudah siapkan I.R.I.S. yang sempurna untuk digunakan kepada semua ejen. Mungkin Ali tidak diperlukan lagi dalam MATA kerana I.R.I.S. dia dah.....ketinggalan zaman...... sebab I.R.I.S. yang baharu sudah cukup sempurna. Maksudnya orang yang pakai I.R.I.S. tu dah tak boleh masuk override secara tiba tiba. Macam dalam teaser,Ejen **** yang berada di kapal terbang yang hendak terhempas itu menekan I.R.I.S. nya dan keluarkan cahaya. Mungkin itu override mode dan kawal kawalan kapal terbang itu.
Ali mungkin kecewa kerana dikeluarkan dari MATA. dan dalam bocoran jalan cerita yang dikeluarkan yang disebut, "Ali hendak tahu kejadian masa silamnya dulu sehingga boleh menyebabkan dia membelot MATA"
Jadi mungkin Ali yang keluar dari MATA itu perlu mengikut seseorang untuk mengetahui masa silamnya. Mungkin pasal maknya. Saya tak tahu? Mungkin orang itu memaksa Ali memasang Override dan kawal semua I.R.I.S.. apa tujuan pun saya tak tahu. Jadi Alicia dan Bakar perlu selamatkan Ali daripada musnahkan Cyberraya
Mungkin orang itu ialah datuk bandar itu.......
Siapa namanya?
Awal Sehari:aaaaaa......Datuk Osman
Ok, mungkin Datuk Osman menyuruh Ali kawal semua ejen. Dalam teaser pun dia ada cakap "....dalam erti kata lain,kamu semua kerja untuk saya!!!"
Apa motif? Jangan tanya saya.
Ok,itu sahaja daripada saya. Harap sedikit sebanyak maklumat ini betul. Yang pasti kita perlu tonton BoBoiBoy Movie 2 Dulu!!!!! Baru tengok Ejen Ali The Movie. Jangan tanya saya kenapa
Jadi,harap semua yang baca tolong warnakan bintang kat hujung skrin ni supaya saya dapat muncul lagi nanti. Maklumlah,gaji buta
Jumpa lagi!