Author P. O. V
"Tina, tunggu aku." Panggil Vanessa, sambil berlari anak. Christina menghentikan langkah dan berpaling.
"Kau nak pegi mana?" soal Vanessa sebaik berdiri disisi Christina.
"Cafe. Nak ikut?" Tanya Christina
"Jomlah, aku memang nak pegi cafe pun." Mereka berjalan beriringan kearah cafe diseberang jalan. Usai membuat pesanan, mereka duduk di salah sebuah meja yang kosong.
Keduanya makan dengan berselera sambil bertukar-tukar cerita. Sesekali mereka tergelak bersama.
" Hai Tina." Tegur satu suara garau. Christina dan Vanessa serentak memandang kearah tuan punya suara. Vanessa terus sahaja tergamam.
"Oh, hai Shane." Jawab Christina, tersenyum. Shane tersenyum manis.
"Sorang je ke?" Soal Christina sebaik terperasan tidak kelihatan kelibat rakan-rakan Shane disisi atau dibelakangnya.
"Eh tak lah, saya dari kelas tadi. Ni nak jumpa diorang lah ni. Tapi nampak awak, saya tegur lah dulu."
Balas Shane. Christina mengangguk tanda faham.Shane mengangkat tangan dan melambai kesatu arah. Christina memandang kearah tersebut. Kelihatan 3 orang budak lelaki sedang memandang kearah tempat Shane berdiri.
" Okaylah, diorang pun dah panggil tu. By the way, petang ni kami ada game basketball. Kalau awak free, datang lah ye. Itupun kalau awak minat basketball." Beritahu Shane.
"Oh, boleh je. Tapi kalau saya ajak kawan saya ni sekali, boleh kan?" Tanya Christina lalu memandang kearah Vanessa yang masih terkaku seperti patung cendana memandang Shane. Christina memandang pelik
Shane senyum.
"Boleh je lah, lagi ramai lagi bagus. So, kita jumpa petang ni Tina and..." Sambil memandang kearah Vanessa.
Seperti baru tersedar, Vanessa terkebil-kebil keliru."Nama dia Vanessa." Christina menjawab bagi pihak Vanessa. Shane tersenyum lagi. Terhibur dengan gelagat Vanessa.
"Jumpa petang ni ya, jam 5 dekat court basketball kolej." Ucap Shane sebelum berlalu kearah kumpulan budak lelaki tadi. Christina menghantar dengan pandangan mata. Kekal memandang. Entah kenapa, hati rasa tertarik untuk kekal memandang.
"Weh, tadi tu Shanely ke?" Vanessa bersuara selepas lama terdiam. Christina kembali memandang kearah Vanessa, bersama kerutan didahi.
"Aku tak tau pula nama betul dia apa, yang aku tau nama dia Shane je. Kenapa?" Tanya dia pelik.
"Kenapa kau kata? weh... Shanely tu mamat paling famous kot dalam fakulti kita. Siapa je yang tak kenal Shanely dengan geng dia." Vanessa bercerita teruja. Christina menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Weh, bestnya kau. Dia tau nama kau lagi. Untungnya." Vanessa masih beriak teruja. Christina tergeleng-geleng memandang reaksi Vanessa.
"Dah lah, cepat habis kan makanan kau tu. Kejap lagi ada kelas." Ujar Christina. Tergesa-gesa Vanessa menghabiskan makanan dan air yang berbaki separuh. Siap makan, mereka berjalan meninggalkan cafe tersebut.
Sepasang mata memandang sehingga mereka hilang dari pandangan...
*****
" Lama tunggu?" Tanya Vanessa sedikit termengah. Tanda dia baru sahaja habis berlari.
"Tak lah, aku pun baru je turun. Jomlah gerak." Ajak Christina. Mereka berjalan beriringan kearah court basketball yang tidak jauh dari situ.
"Thanks weh sebab ajak aku sekali. Tak sangka dapat jumpa Shanely depan-depan lagi. Tak sabarnyaa..." Vanessa sudah separuh menjerit, teruja sangat agaknya.
"Yaaa... Sama2. Takkan aku nak pegi sana sendiri, buatnya semua lelaki je. Segan aku. Kau nanti, jangan nak buat hal macam dekat cafe tadi. Buat malu aku je." Sempat Christina berpesan. Vanessa mengangkat tangan seperti bersumpah sambil tersengih.
Mereka tiba di gelanggang bola keranjang yang terdapat pagar disekelilingnya. Christina menghampiri pintu gelanggang.
Kelihatan beberapa orang lelaki sibuk membuat pemanasan badan. Christina cuba mencari kelibat Shane.
"Ehem!" Suara orang berdehem dari belakang menyentakkan Christina. Dia bergerak sedikit memberi ruang.
"I'm sor..." Tidak habis Christina mengucap perkataan maaf kerana tergamam memandang gerangan tersebut.
"Alex!" Panggil Shane dari dalam gelanggang seraya berlari kearah mereka.
"Lambat kau datang." Shane menolak kepala gerangan yang dipanggil 'Alex'.
Alex tergelak."Traffic jam." Jawab Alex memandang kearah Shane.
"Yelah tu. Oh by the way, kenalkan kawan baru aku Christina dan Vanessa." Shane mnunjuk kearah Christina dan Vanessa.
Alex senyum lalu menghulurkan tangan kearah Vanessa untuk bersalaman. Tiba giliran untuk berjabat tangan dengan Christina, bunyi wisel dari dalam gelanggang lebih menari perhatian. Keempat mereka memandang ke dalam gelanggang.
"Game dah nak start. Awak berdua boleh lah duduk kat situ. Lepas game nanti jangan balik terus tau. Jom Alex!" Sempat Shane memberi pesanan sebelum berlari masuk ke dalam gelanggang, diikuti Alex.
Mata Christina berkaca. Tidak menduga akan bertemu disini. Matanya tidak lepas dari memandang gerangan tersebut.
" Tak silap aku, itu adik Shane. Dia prempuan, tapi perwatakan macam lelaki, kasar, rambut pendek. Betul-betul macam lelaki. Kalau salah padang, memang ingat dia tu lelaki. Nama pun macam nama lelaki..." Vanessa memberitahu tanpa menyedari reaksi Christina.
"Alex." Ucap Christina perlahan, dan tetap memandang tanpa jemu.
Ayoooo... Mana kalian... Xnak baca story saya kee??

ANDA SEDANG MEMBACA
Never and Always (GxG) {ON HOLD}
Romance"Aku takkan tinggalkan kau, NEVER. Dan aku sentiasa Cintakan kau. ALWAYS. NEVER and ALWAYS." - si dia CHRISTINA ROSE... Hubungan yang mendapat tentangan keluarga. Terpisah kerana diketahui mempunyai hubungan sejenis. Terpisah tanpa rela untuk bertah...