Christina P. O. V
Ting!
Tanda ada pesanan dari WhatsApp masuk. Aku mencapai telefon pintar yang sedang bercas tidak jauh dari aku. Notifikasi aku buka sebaik tertera nama Shane.
Shane: Hai, sorry ganggu. Malam ni busy?
Aku menaip...
Tina:, Tak juga, why?
Shane.... Typing...
Shane: sya ingt nak ajak keluar mlm ni. Boleh?
Tina: Boleh je, xde masalah. Jam brapa? 😊
Shane: 7.30 sya dtg jemput.
Tina: Alright. Jumpa mlm ni.
Shane: Great, jumpa mlm ni. Pakai cantik sikit... Ingt tu. Jgn kata saya x bgtau ye.. Hahahahha...
Diakhir chat Shane, dia memberi pesanan tersebut. Peliknya. Pakai cantik-cantik buat apa. Bukan lepak kedai mamak je ke? Aku berfikir sendiri.
Pelik betul...
******
7.40 malam...
Kereta Shane berhenti betul-betul dihadapan aku. Pintu kereta pada bahagian pemandu trbuka. Susuk tubuh Shane yang tinggi Dan segak keluar dari dalam perut kereta. Dia tersenyum manis.
"Hai, sorry lambat. Jammed lah pula depan ni." Shane meminta maaf. Aku senyum membalas semula.
"Takpe, saya faham."
"Jomlah, nanti lambat pula." Ujar Shane lalu membukakan pintu kereta bahagian penumpang sebelah pemandu. Dah biasa dah, Shane memang selalu buka kan pintu seperti aku ni tuan puteri.
"Kita nak pegi mana ni? Kenapa awak pesan untuk saya siap cantik-cantik?" Soal aku. Shane yang fokus memandu tersenyum mendengar soalan aku.
"Adalah..." Jawab Shane. Sudahnya, aku malas nak ambil tahu. Sekadar melayan radio yang mendendangkan lagu.
8.15 malam...
Shane menghentikan kereta diluar sebuah rumah mewah, berpagar tinggi. Enjin kereta dimatikan. Aku trdiam.
"Ini... Rumah siapa?" Soal aku perlahan. Tapi mengikut juga huluran tangan Shane selepas membukan pintu untuk aku. Shane trgelak. Mata aku tidak lepas dari memandang rumah Dan kawasan sekelilingnya.
'Rumah ni besar dari rumah aku.' Bisik hati aku sendiri.
" Welcome to my family house. Inilah rumah keluarga saya." Shane mengajak aku untuk masuk.
"Hah, bukan awak kata nak keluar makan ke?" Tanya aku pelik. Shane trgelak.
"Keluar makan lah ni, kita keluar makan dekat rumah keluarga saya. Dah, mari masuk." Ucap Shane sambil trgelak sekali lagi dia mengajak aku masuk.
"Tapi... Tapi... Kenapa tak kata awal-awal awak nak bawa saya ke sini? Tengoklah pakaian saya ni. Segan lah saya." Ucap aku hampir menangis. Shane senyum.
"Saya tengok cantik je, dah okay lah ni." Jawab Shane cuba menenangkan aku. Aku yang memakai blouse turqoise berlengan panjang, berseluar jeans hitam, dan mengikat rmbut gaya ponnytail dipandang Shane.
"Betul tu Tina, dah cantik dah aunty tngok tu." Sambung satu suara. Kelihatan seorang wanita agak berusia mendekati kami berdua. Manis sahaja tersenyum, seperti Shane.
"Kenalkan, my ibu. Puan Lily." Shane memeluk bahu ibu nya erat. Puan Lily senyum lagi.
"Apa khabar, Puan. Gembira dapat berjumpa." Ucap aku, menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Lily trgelak.
"Tak payah panggil puan, panggil aunty je." Ucap Puan Lily...
"Errr,... Baik puu... Eh... Baik aunty." Jawab aku sedikit gagap.
"Ibu, papa panggil." Kedengaran suara yang teramat aku kenali dari pintu. Aku memandang kearahnya. Dia nampak terkesima.
"Aunty masuk dulu ya. Shane, ajak Tina masuk." Puan Lily bergegas masuk, melepasi Alex yang masih kamu dihadapan pintu.
Beriringan aku dengan Shane menuju ke pintu.
"Alex, Tina... Tina, Alex." Shane memperkenalkan kami semula. Aku tersenyum tawar.
"Hai. Kita jumpa lagi." Ucap Alex lalu menghulurkan tangan. Kami berjabat tangan. Mata aku tidak lepas dari memandang wajah Alex dari dekat.
Betul-betul seiras. Cumanya, Alex yang ini ada parut pada bahagian kening kirinya. Alex aku dulu, tiada apa-apa parut. Mungkin memang pelanduk dua serupa.
"Jemputlah masuk." Ucap Alex, lalu memberi laluan untuk aku DAN Shane masuk. Aku hanya mampu tersenyum membalas. Aku Dan Shane berjalan beriringan, manakala Alex berada dibelakang kami. Mengikuti.
Aku terus dipelawa ke ruang makan. Tersedia sebuah meja kayu besar berbentuk bujur berserta kerusi kayu sebanyak tujuh biji disekelilingnya. Diatas meja telah tersedia bermacan jenis lauk dan nasi.
"Tina, duduklah." Puan Lily bersuara sambil memegang sejag air oren. Aku tak tentu arah. Seorang lelaki prtengahan usia turun dari tingkat atas menuju kearah meja. Muka manis, sama seperti Shane. Senyum je.
Keluarga dia ni memang suka senyum eh?
"Ini papa saya. Papa, inilah Tina." Shane bertugas sekali lagi memperkenalkan aku dengan ahli keluarganya.
"Panggil Uncle je, Tina." Aku berjabat tangan dengan papa Shane @ Uncle Joe. Aku senyum lagi. Wlaupun dalam hati dah seriau tahap apa.
"Marilh makan." Jemput Puan Lily lalu duduk di sebelah kiri meja. Manakala Alex pula terus mengambil tempat disebelah Puan Lily. Uncle Joe duduk dibahagian hujung meja, tempat yang biasa dikenali sbagai tempat ketua keluarga. Hanya sebelah kanan meja sahaja yang masih kosong.
Tiba-tiba Shane menarikkan sebuha kerusi untuk aku. Aku terkaku. Semua mata memandang kearah kami berdua. Puan Lily dan Uncle Joe sudah tersenyum simpul. Hanya Alex yang masih serius.
"Duduklah." Jemput Shane lembut. Dengan rasa segan penuh bersarang dihati, aku duduk juga pada kerusi yang ditarik oleh Shane. Shane pula terus mengambil tempat disebelah aku.
Dihadapan aku, sekali lagi terpampang wajah yang aku rindui. Meskipun bukan ini orang yang aku ingin sangat jumpa.
Alex memandang aku lembut. Aku menelan liur. Kenapa aku rasa seperti inilah Alex yang aku kenal, tapi separuh hati aku bukan memandangkan banyak perbezaan mereka. Wlaupun nama dan wajah serupa. Aku makin keliru.
Kami menjamu makan malam tersebut sambil bertukar-tukar cerita. Sesekali aku melirik pandangan kearah Alex yang hanya diam mendengar. Berbeza sungguh dengan ahli keluarganya yang lain. Sntiasa tersenyum dan ceria.
Siapa Alex?
Kesilapan typo, harap kalian boleh maaf kan... Jgn lupa vote n komen.. Bye gais, jumpa next bab....
ANDA SEDANG MEMBACA
Never and Always (GxG) {ON HOLD}
Romance"Aku takkan tinggalkan kau, NEVER. Dan aku sentiasa Cintakan kau. ALWAYS. NEVER and ALWAYS." - si dia CHRISTINA ROSE... Hubungan yang mendapat tentangan keluarga. Terpisah kerana diketahui mempunyai hubungan sejenis. Terpisah tanpa rela untuk bertah...
