bab 1

45 2 1
                                    

"Mak cik, Fara tak nak tinggal dekat rumah anak yatim. Fara mohon dekat mak cik, jangan hantar Fara ke sana." Fara merayu sambil melutut di kaki Puan Rosma itu. Air mata bergelinangan di pipinya dalam nada esakan yang sangat kuat.

Puan Rosma menjeling tajam ke arah Fara yang merayu-rayu kepadanya itu. "Hei! Kau dengar sini, sejak mak ayah kau mati dulu, kau dah banyak susahkan aku tau. Sekarang ni tiba masanya kau berdikari dekat rumah anak yatim sana." kata Puan Rosma bengis.

Fara masih lagi dalam tangisan yang teresak-esak. Secara perlahan dia menyapu pipinya yang dipenuhi oleh tangisan air matanya itu. Dia cuba mengumpulkan kudratnya untuk bersuara. "Tolonglah mak cik..."

Belum sempat Fara menghabiskan kata-katanya namun terus disampuk oleh Puan Rosma lagi dalam nada menjerit. "Sudah. Jangan banyak cakap lagi. Kau cukup untung aku bela kau dua bulan lepas mak ayah kau accident tempoh hari. Kau ingat aku ni kaya sangat ke nak bela makan minum kau. Aku ni pun ada anak yang akan balik dari England tak lama lagi. Tak larat nak bela anak orang dah. Sudah, kau masuk bilik kemas baju sekarang. Esok bangun awal." ujar Puan Rosma sebelum dia berlalu masuk ke dalam biliknya.

Fara terkebil-kebil memerhati Puan Rosma masuk ke dalam biliknya. Sungguh hiba perasaannya sekarang apabila melihat ibu saudaranya itu sanggup berkata demikian terhadapnya. Dia sudah tidak mempunyai siapa-siapa lagi selain ibu saudaranya itu.

Fara mengatur langkah perlahan-lahan ke dalam biliknya dengan wajah yang sangat suram. Dia akur dengan keputusan Puan Rosma untuk dihantar ke rumah anak yatim.

Dia mengeluarkan beg pakaiannya sambil memasukkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian tersebut. Sekilas dia memandang terhadap bingkai gambar ibu dan ayahnya itu. Dia bingkas mengambil bingkai gambar tersebut sambil menangis tersedu-sedan.

"Mak, ayah. Fara perlukan mak dan ayah sekarang ni. Fara tak kuat. Fara takut mak." kata Fara. Air matanya sudah jatuh berlinangan di atas bingkai gambar ibu dan ayahnya itu.

"Kenapa mak ayah tinggalkan Fara begitu cepat. Tak lama lagi ulang tahun Fara yang ke-18. Mak dan ayah janji nak bawa Fara makan dekat restoren yang paling sedap sempena ulang tahun Fara. Tapi kenapa mak dan ayah pergi buat selamanya dalam hidup Fara. Jika Fara dapat undurkan masa, Fara harap Tuhan ambil nyawa Fara, bukan nyawa mak dan ayah."

"Hoi, apa kau tengah mengomel ni. Cepat kemas barang kau. Pastikan tiada satu pun barang kau yang tertinggal dalam rumah ni." jerkah Puan Rosma selepas sahaja membuka pintu bilik Fara. Fara hanya mampu mengangguk perlahan lalu menyambung mengemaskan pakaiannya.

******

Keesokan harinya, Puan Rosma bersiap sedia untuk mendaftarkan Fara ke rumah anak yatim. Selepas selesai sahaja dia dan Fara menikmati sarapan pagi, dia mengarahkan Fara untuk memasukkan barangannya ke dalam kereta.

"Mak cik, beri peluang untuk Fara tinggal disini..." Fara cuba memberanikan diri untuk memujuk Puan Rosma. Puan Rosma yang baru sahaja ingin meneguk teh panas mula memandang tajam ke arah Fara itu.

"Apa kau cakap? Kau jangan pandai-pandai nak pujuk aku. Dah, pergi ambil barang kau cepat. Kita dah nak pergi."

"Tapi Fara tak nak tinggal dekat sana." Air mata mula mengalir di pipi gebu Fara. Puan Rosma mula mendidih apabila mendengar ucapan Fara itu tadi. Dia segera mengambil beg pakaian Fara di dalam bilik sambil menarik tangan Fara ke dalam kereta.

Fara menangis besar dan merayu-rayu terhadap ibu saudaranya itu.

"Kau ni dah 18 tahun tapi perangai macam budak-budak. Apa yang taknak nya tinggal dekat rumah anak yatim. Kalau aku tahu kau ni jenis nak tumpang senang dekat rumah aku, awal-awal lagi aku hantar kau dekat sana. Dah, berhenti menangis, nak mula drive pun tak senang." Kali ini Fara terpaksa menerima keputusan Puan Rosma. Sepanjang perjalanan ke rumah anak yatim, Fara hanya menangis sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAPUSKAN KISAH ANTARA KITAWhere stories live. Discover now