4

2.4K 100 7
                                        

Christina P. O. V

Aku menghentikan langkah. Teringat sesuatu.

"Kenapa Tina?" Tanya Vanessa, turut sama berhenti.

"Fail aku tertinggal dalam kelas tadi lah." Baru aku teringat, aku meletakkan fail tersebut didalam laci dan bukannya didalam beg.

"Alahai, penting ke fail tu?"

"Mestilah penting, tu fail untuk subjek yang test esok. Macam mana aku boleh lupa pula?" Aku menepuk dahi.

"Tapi kejap lagi kelas dah nak kena kunci." Beritahu Vanessa. Aku memandang jam tangan aku. Stengah jam lagi sebelum pukul lima.

'Sempat lagi nak pergi ambil rasanya.' Bisik hati aku.

"Aku pergi sekarang lah, sempat lagi ni sebelum kelas kunci. Kau balik lah dulu ya. Bye, jumpa esok." Ucap aku, lalu berjalan sepantas yang mungkin kearah kelas terakhir kami tadi.

Mujur, kelas belum berkunci dan fail aku masih ada. Selamat aku! Usai mengambil fail, aku berjalan melewati kelas-kelas lain.

Tiba di luar salah sebuah bilik muzik, iaitu bilik yang dijadikan sbagai kelas dengan menempatkan beberapa jenis alat muzik, aku menangkap kelibat seseorang duduk diatas kerusi berhadapan dengan sebuah electronic keyboard.

Langkah aku termati.

"Alex?" Sebut aku perlahan. Cepat-cepat aku menyorokkan diri ditepi dinding.

"Apa dia buat dekat sini sorang2?" Bisik hati aku. Mata aku tetap memandang perilaku Alex.

Perlahan-lahan, Alex mula menggerakkan jari jemarinya diatas kekunci yang berwarna hitam dan putih. Menghasilkan bunyi yang cukup merdu. Suasana sekeliling yang sunyi menambahkan lagi tarikan untuk aku mendengar alunan tersebut.

Tidak lama kemudian...

(Bukalah lagu ni kalo nak dengar😉...)


Saat ini
Ku sendiri
Berteman rindu
Yang tak berakhir

Andai saja dapat kembali
Menjalani setiap rasa
Semula

Semakin ku cuba
Semakin ku tak bisa
Hilangkan semua
Kenangan kisah kita

Membunuh jiwaku
Menghapus bayangmu
Sesuatu yang takkan mungkin

Ku cuba untuk melepaskan
Mencuba untuk bertahan
Dengan beban jiwa

Semakin ku cuba
Semakin ku tak bisa
Hilangkan semua
Kenangan kisah kita

Membunuh jiwaku
Menghapus bayangmu
Sesuatu yang takkan mungkin...

Aku terpukau. Sedapnya suara Alex! Aku masih memerhatikan tingkah Alex seterusnya.

Dia menggosok matanya agar kasar dan kemudian tertawa sendiri.

"Arghhhh!!!!!" Alex berteriak. Tidak lama kemudian dia mula menekup wajah dengan kedua tapak tangan lalu meraup kasar. Beg sandang yang diletakkan ditepi kerusi pantas dicapai sebelum berdiri.

Cepat-cepat aku menyandarkan diri pada dinding. Pintu bilik muzik trbuka dari dalam, dan tubuh Alex melangkah keluar tanpa perasan kehadiran aku disitu. Dia berjalan seperti tiada apa yang berlaku.

*****
Shane P. O. V

Tok! Tok! Tok!

Aku mengetuk pintu rumah Alex. Resah. Gelisah. Risau.

Pintu rumah trbuka dari dalam. Alex yang Bert-shirt dan berseluar track, terkejut melihat aku.

"Awal kau sampai?"  ujarnya. Tapi masih memberikan ruang untuk aku masuk.

"Macam tak biasa." Aku tersengih. Alex berjalan kearah dapur. Aku pula terus sahaja kearah sofa. Laptop masih terpasang diatas meja kecil dihadapan sofa.

"Memanglah kau biasa datang sini sebelum lepak, tapi selalunya stengah jam sebelum. Bukan tiga jam sebelum. Kau dah kenapa?" Alex menghulurkan air coke. Aku menyambut.

"Takdelah, aku saja datang awal. Rindu dekat adik aku ni." Sekali lagi aku tersengih. Alex membuat muka.

"Yelah tu, geli telinga aku dengar. Rasa nak muntah." Balas Alex, dan kemudian menghidupkan TV.

"Tak nak percaya, sudah!" Alex duduk disebelah aku. Lebih berminat untuk menonton TV.

Setengah jam berlalu, kami berdua masih duduk menonton TV. Tetapi aku masih tidak senang duduk. Aku bermain-main dengan jari jemari aku. Sesekali aku berdehem. Sekejap-sekejap, aku mengubah cara duduk.

"Haih, sofa ni terbakar ke?"  Ucap Alex.

"Hah?" Soal aku tidak faham.

"Kau tu lah, macam cacing kepanasan. Cuba duduk diam sikit. Aku nak tngok cerita pun tak senang." Marah Alex, diberikannya aku jelingan. Aku tergelak. Perli aku rupanya!

"Kau kenapa? Cuba cakap." Arah Alex, mula berpaling memandang kearah aku.

"Hah! Emm... Emm... Emm..." Aku menggosok belakang kepala.

"Aku... Aku..."

"Dah pula, sejak bila abang aku ni gagap." Sindir Alex lagi.

"Aku sebenarnya... ada benda nak share dengan kau." Aku sengih lagi.
Alex menepuk dahi.

"Itu je, nak share benda pun boleh sampai gagap, dah macam ayam kena sembelih pun ada. Hah! Apa dia?" Alex memang macam ni, kasar. Tapi aku dah biasa, sebab aku pun biasanya kasar je dengan dia.

"Tapi kau janji jangan gelak kan aku. Aku nak kau jadi orang pertama yang tau, memandangkan kau adik and kawan kesayangan aku. Janji!?" Sempat aku memberi pesanan.

"Iya, aku taulah. Cakap lah cepat. Apa dia?" Marah Alex.

"Aku sebenarnya... Aku... Emmm..."

"Aku... Aku... Cakaplah!" Gertak Alex.

Aku menutup mata, tidak mahu memandang Alex kerana malu dengan apa yang bakal aku ucapkan.

"Aku suka Christina." Laju sahaja aku menuturkan ayat itu.

Love... Love...

Ada sesiapa sudi mengisi kekosongan hati ini??? Iklan jap.. Hohoohoh...

Hahahaha.. Takdelah, gurau je🤣🤣🤣

Lagu: Shazz-sesuatu yang takkan mungkin

Never and Always (GxG) {ON HOLD}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang