In the name of Allah, The Beneficent, The Merciful
"Ya Allah, KAU kikislah rasa cinta ini terhadap si dia kerana sesungguhnya cinta yang agung hanyalah untuk-MU." Tangisannya semakin teresak-esak. Mulutnya dikemam untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
"KAU padamkanlah memori aku bersama dia kerana masa lalu aku bersama dia adalah satu kesilapan. Dengan kuasa-MU Ya Rabb, dengarlah rintihan hamba yang hina." Pandangannya semakin kabur.
...
Wajah si bayi perempuan itu direnung. Pipinya yang kemerah-merahan dan tembam itu disentuh perlahan. Si bayi menggenggan jari kelingkingnya sambil tersenyum.
"Who're you little girl?"
"She's your daughter."
Kepalanya terasa berpinar-pinar.Pandangannya semakin kelam. Dia tidak tahu hendak berbuat apa selain daripada menyebut Yang Maha Esa.
"Safiah Az-Zahra. Aku nak namakan anak aku seperti nama pahlawan wanita Islam, Saidatina Safiah Binti Abd Muttalib. I want her to be a strong woman that will fight for Islam even she have to die because of it." Terlayar paparan kejadian tersebut dalam kotak memorinya.
...
Terbit keluhan daripada mulut Adam. Fikirannya yang sudah kusut semakin pening melihatkan kesesakan lalu lintas setelah pulang daripada kerja. Mukanya diraup perlahan sambil membasahkan bibirnya dengan melafazkan zikrullah.
Dia meneruskan pemanduannya. Setelah beberapa ketika, terlihat sekujur tubuh kaku di atas jalan raya yang dilimpahi darah pekat. Mana mungkin dia dapat mengecam si empunya tubuh hanya dengan melihat sisi tubuh si mangsa.
"Innalillah. " Debaran di dadanya tidak diendahkan seperti angin yang lalu.
...
"Kau tak layak untuk jaga dia, Adam. Dia banyak terluka kerana kau." Iris kelabu itu ditatap.
"Abi!"
Si kecil yang berambut tocang itu mendekati Mikael. Mulutnya yang comot dengan ais krim coklat dibiarkan. Baru sahaja Adam mahu mendekati si kecil, Mikael membawa budak perempuan itu ke belakangnya.
"Give me that girl, bastard." Urat-urat di pergelangan tangannya kelihatan timbul. Degupan jantungnya menghasilkan rentak sistol luar biasa. Irisnya yang kelabu terlihat kehitaman.
...
"Maaf, encik cari siapa ye?" Gerun juga dia hendak menatap sepasang mata helang itu. Jantungnya pula seakan tidak memberi kerjasama dan adrenalinanya terus menerus menghentam pembuluh darah bagaikan sambaran kilat.
Merenung ke dalam sepasang mata itu membuatkannya lemas. Mata itu seakan cuba menyampaikan memori yang dia sendiri tidak pasti.
Tangannya direntap oleh Adam. Mukanya kemerah merahan menahan kesakitan.
Bauan maskulin itu meresap masuk ke sekitar mukus hidungnya. Wajah beku lelaki di hadapannya menghantarkan aura yang dingin. Anak matanya sedaya upaya dialihkan daripada memandang sepasang mata milik lelaki tersebut. Entah mengapa dia seakan tidak dapat mengawal perasaan dirasakannya.
Takut.
Kepalanya berdenyut denyut bagaikan pisau belati yang mencucuk-cucuk. Tangannya memegang kepalanya dek kesakitan yang tidak terhingga.
"Come with me my lady."
Firman Allah:
Allah tidak suka perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah An-Nisaa' ayat 148)
Sebuah ujian yang diturunkan adalah untuk menyedarkan manusia yang meletakkan cinta terhadap sesuatu melebihi cintanya terhadap Allah SWT.
.
.
.
I'm scared that this story gonna be bored cuz my personality not like a funny person ಥ⌣ಥ actually i think maybe i'm so drama queen at this time...sob sob...╥﹏╥
YOU ARE READING
[ H ] اريا - A R I A
RandomBismillahirrahmanirrahim Hadith daripada Anas Bin Malik , Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa pun tidak akan merasa manisnya iman,sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT ( HR. Bukhari ) [ H I A T U S ] M E L U R A L D © Cinta itu kuasa...