P R O L O G | 1

3.9K 263 67
                                    

In the name of Allah, The Beneficent, The Merciful

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

In the name of Allah, The Beneficent, The Merciful

Sekujur tubuh kaku itu Melur pandang sayu. Empangan air mata sedia untuk tumpah bila-bila masa sahaja tika mulut sedang mengalunkan bacaan yassin buat ayahanda.

Tangan ibunya digenggam erat seakan menyalurkan kekuatan untuk meredai pemergian seorang tempat kebergantungan bagi sebuah keluarga. Kepalanya ditundukkan daripada merenung sang ibu yang menangis. Hancur hatinya melihat mutiara jernih itu membasahi pipi tua itu.

Adiknya Yusuf yang sedari tadi menunduk merenungnya. Kosong. Pandangan itu seakan kosong. Melur tahu jauh di sudut hati Yusuf, dia terkesan dengan kematian si ayah.

Badannya didekatkan pada jenazah ayahnya. Pipi ayahnya dikucup penuh syahdu. Rambutnya yang melurut jatuh ke atas muka tua yang pucat itu segera diselitkan ke dalam selendang.

"Terima kasih sebab didik Melur tentang agama dan kehidupan,ayah. Melur sayang ayah dunia akhirat." Air matanya luruh sejurus menuturkan kata-kata tersebut. Segaris senyuman tawar diukirkan di wajahnya.

Dia kembali mengambil tempat di sebelah ibunya. Badannya kembali tegak apabila melihat seorang wanita yang hampir seusia dengan ibunya mendekati ayahnya. Dia ingin bangun mendekati wanita itu tetapi ibunya menggenggam tangan Melur dengan erat. Melur memandang sayu ibunya. Ibunya tersenyum hambar sambil menggelengkan kepala. Tangannya direntap lembut daripada genggaman ibunya itu.

"Kau buat apa dekat sini? Kau tak layak nak jumpa ayah aku. Masa ayah aku terlantar di hospital, mana kau? Jangankan kata jenguk bayang kau pun tak ada. Hati aku sakit bila ayah asyik sebut nama kau!" Jeritannya bagaikan petir sehingga mengejutkan tetamu yang sedang khusyuk mengalunkan surah yasin.

Jari telunjuknya berulang kali dituding pada dadanya. Sakit.

"Kau tahu tak tiap tiap malam ibu menangis sebab ayah asyik sebut nama kau! Hati isteri mana yang tak hancur bila suami sebut nama perempuan lain." Suaranya mengendur tetapi kedengaran keras. Melur mengerling ibunya melalui ekor matanya. Esakan ibunya semakin menjadi-menjadi.

Derap kakinya perlahan-lahan menghampiri wanita tersebut. Bibirnya dikertap sedikit apabila melihat senyuman si wanita. Dadanya berombak. Tangannya yang terasa sejuk dikepal sekuat mungkin. Mahu sahaja dia menjerit apabila melihat si dia bahagia di atas penderitaannya sekeluarga.

Ibunya, Puan Ros cemas melihatkan keadaan Melur yang tidak terkawal.

Untuk pertama kalinya, Melur menzahirkan rasa marahnya.

Dia terlihat tangan Melur yang terkepal seakan bersiap siaga untuk menghayunkan penumbuk terhadap wanita itu.

"Aku harap kau pun ikut jejak langkah ayah almaklumlah penyakit pun dah ada tinggal masuk kubur je."

Melur seakan hilang imbangan dek kerana tamparan yang hinggap di pipinya. Tubir matanya ditakungi air mata tetapi terlakar senyuman sinis di bibirnya yang pecah sedikit.

Ya,pada waktu itu seakan tiada rasa kesal pada diri seorang Melur kerana akhirnya dia dapat meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya.

Mata hazel itu dipandang berani.

Mata hazel itu dipandang berani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

"Melur,ajarkan aku syahadah."

Melur tidak dapat menahan air matanya.

"Tolong bertahan demi aku. Tolong bertahan untuk kau kenal dengan Allah. Kau dah janji dengan aku. Please..."

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah."

Tangan itu terkulai lemah di belakang badan Melur.

Tangan itu terkulai lemah di belakang badan Melur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

Melur mendekati Adam. Dia mendapati bahawa insan di hadapannya bukannya Adam yang periang dan suka mengusiknya tetapi di hadapannya seorang yang kurus, terdapat lingkaran hitam pada bawah matanya dan mata grey itu kelihatan suram.

"Allah tak akan terima hamba macam kau. Penghijrahan kau pun sia-sia. DIA benci hamba seperti kau. Aku menyesal atas usaha aku untuk buat orang macam kau berhijrah."

Adam seakan tidak percaya setelah mendengar tutur kata wanita di hadapannya itu. Luluh hati lelaki itu apabila dirinya dihukum sebegitu. Mungkin masa silamnya begitu gelap sehingga tidak dapat membayangkan sinar hidupnya pada masa hadapan.Tapi bukankah takdir seorang manusia boleh berubah dengan usaha yang istiqamah dan keizinan Allah SWT.

Adam tersenyum hambar. Tangan isterinya yang dipegang perlahan-lahan terlerai. Langkahnya dibawa pergi.

Hatinya kian beku untuk wanita itu.

Tubuh Melur seakan keras seperti batu. Dia tidak menyangka perkataan itu aku meluncur laju daripada mulutnya. Melur terlurut jatuh setelah melihat kepemergian Adam. Dia ingin mengejar lelaki itu tetapi badannya bagaikan terpasung di atas bumi.

Jasad yang kian membesar di dalam perutnya bergerak dengan aktif. Terlakar kerutan di dahinya kerana terasa sakit dan sebu di perutnya. Perutnya diusap lembut walaupun tangannya menggigil.

"Ya Allah, ampunkan aku. Anak umi, maafkan umi. Abang, maafkan Melur. Melur salah."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ H ] اريا - A R I AWhere stories live. Discover now