chp 4

7 3 0
                                    

" hoi Niana , kau ni bangun ah ! gi sekolah ! " Kiera menepuk nepuk muka aku .

Aku buka mata perlahan lahan . Jam di dinding aku kerling .

6.30 a.m

" Kau ni , diamla bodo . Semak ah " aku tolak dia kasar sehingga dia terjatuh ke atas lantai.

Dan aku sambung..

" Aku malas nak gi sekolah . Kau cakap je kat cikgu aku sakit . Demam tak kebah lagi "

" ha , iye iye je la kau ni " Dia berdiri smbil menepuk nepuk bahagian punggungnya yang baharu sahaja terhentak di atas lantai lalu terus mencapai beg sekolah dan chaw !

gi mane lagi ? g skolah lah . Haih , aku .. budak form3 and yeah , aku calon pt3 tahun ni tapi sebok bercintat cintot pastu bodoken . Ergh , akulah budak bermasalah . Semenjak aku break dengan mamat kaki betina tu . Disebabkan dia , aku jadi begini .

Tiba-tiba , telefon aku berdering .

Halamak ! aku baru nak tidur . Kacau dahan lah e !

Aku kerling telefon aku di sebelah katil .

Kelvin 🌚
-vc

Sawan ke siot ? ajak aku vc ?

Aku memperbetulkan sedikit rambut aku yang sedikit ' kusut ' sebelum aku angkat button gagang berwarna hijo . heh , baru bangun katakan .

Aku melihat skrin telefon aku. Aku mendengar suara pelajar pelajar disitu memberi satu sorakan yang kuat .Semakin lama , semakin kuat .Aku melihat apa yang ditayangkan oleh Kelvin di dalam telefon ini dengan lebih dekat .

Dan aku ..

" KELVIN ! ITU- "

.. terkejut .

" KELVIN ! KENAPA ITU ! BAGITAHU AKU SEKARANG !! "

Aku .. nampak dia . Iye , dia .

Suara sorakan bersama sahutan di dalam telefon semakin mengendur , kelihatan guru disiplin datang bersama Kiera menghadap dia . Aku tak pernah nampak lagi guru disiplin yang ini , tapi aku yakin dia ini guru disiplin baharu .

" KENAPA KAMU BERGADUH ! "

Suara guru disiplin itu kedengaran sayup sayup di corong telefon . Tetapi , bukan masalah untuk tidak dapat mendengar .

"JAWAB ! "

Guru Disiplin mula mencengkam kolar dia. Terlihat beberapa pelajar mula menarik guru disiplin itu supaya keadaan tidak semakin teruk .

Dia mengesat darah yang mengalir dihujung bibirnya sambil tersenyum sinis . Dia memandang guru disiplin itu . Beku . Buku lima mula dicengkam . Semakin lama semakin kuat lalu dia bergerak sedikit ke hadapan bertentang dengan guru disiplin baru itu .

Tiada raut sedih mahupun simpati di wajah dia . Kelihatan hanyalah satu raut wajah yang sedang terbakar di dalam api yang membara . Dia memandang guru disiplin baru itu dengan tajam . Tangan diangkat dan jari telunjuknya menunjuk Kelvin . Oh shit , apa benda ni !

Aku memperketatkan pegangan telefon di tanganku dan paparan video call di dalam telefon aku bergegar . Aku yakin , Kelvin menggeletar saat ini.

" SAYA BUAT SEMUA NI SEBAB DIA ! "

Aku melihat wajahnya di skrin telefon dengan lebih dekat . Tidak , dia bukan tunjuk Kelvin . Tetapi lebih tepat ialah dia tunjuk aku . Dan , renungan dia .. tepat di anak mata aku .

rahang aku jatuh ..

Dia nak apa sebenarnya ..

•••

and yeah , Hallo guys ! jangan lupa vote , comment and subscribe ! eh otakku HAHAHAHAH oke oke thankss sebab sudi baca cerita yang amat membosankan yini .

Luv ,
Wany 🌸

Amodioa Niana ll waanilatteWhere stories live. Discover now