RJ is back.

2 0 0
                                    

Andai hidup adalah sebuah tunjuk perasaan, akulah yang di barisan paling depan, memegang sepanduk bertulis "RJ IS DEAD".

Untuk beberapa tahun sudah, aku lantang melaungkan bahawa RJ sudah mati.

Aku bangkit pada suatu hari dengan rasa untuk tidak lagi hidup sebagai RJ. Sebagaimana Qheyr dahulunya membuka mata dan memilih untuk tidak lagi mencintai dia.

Aku bangkit pada suatu hari dan merasakan menjadi RJ adalah sebuah kegagalan paling agung.

Tanpa aku sedar, rupa rupanya menjadi aku adalah maha sadis. Menjadi aku adalah kepura puraan yang menyebalkan.

Hari ini, aku tinggalkan Salang dengan perasaan yang berbaur. Sebagaimana aku sentiasa ingin hidup dan mati di laut dan pulau, kali ini aku benar benar mahu pulang. Aku benar benar ingin kembali ke realiti dan hidup lagi, sebagai RJ.

Bezanya kali ini, aku tidak sendiri. Untuk hidup yang entah berakhir hari ini atau mungkin seratus tahun lagi, aku sudah memeterai sumpah janji pada Al; watak paling baru dalam cerita kali ini.

And that's it. RJ is back! This time with Al.

Reviving RJWhere stories live. Discover now