LAGI TENTANG POV - SUDUT PANDANG

482 5 0
                                    

POV – POINT OF VIEW (SUDUT PANDANG)

Sewaktu awal menulis dahulu, terkedu jugalah seketika bila sang veteran bertanya POV apa yang akan kamu pakai dalam cerita ini?

Mama yang redah menulis tidak pernah terfikir langsung tentangnya. Kini mula melihat "PILIHAN POV" sebagai hal utama bila mula merangka fiksyen, kerana ia merupakan pusat naratif/narasi. Cerita hadir dari mulut siapa? Penentuan watak untuk pembaca ditentukan oleh pengarang, serba sedikit sudah disentuh dalam bab yang lepas di dinding wattpad.

Merangka fiksyen samada cerpen atau novel sulung, kamu harus bijak memilih POV yakni sudut pandang. Siapakah yang kamu mahu untuk bernarasi (narrator) untuk cerita pilihan kisah dalam cerita kamu?

Pilihlah POV yang kamu fikirkan terbaik.

Ada tiga jenis POV yang dikenali sebagai 1, 2 dan 3 sebagai wakil ketika merangka fiksyen. Jangan dibebankan sang editor ketika mengedit dengan POV yang bercampur baur, tidak kosisten dan sudah tentu menggelirukan pembaca sasaran kamu.

-------------

Penerangan tentang POV kali ini diringkaskan agar tidak terkeliru:

POV1 – Sudut Pandangan Penulis 1

Pilihan yang paling mudah untuk penulis pemula. AKU akan mula bercerita dalam penulisan. Sebarang hal tentang si AKU itu akan diketahui melalui jalan cerita, dialog, penerangan atau rungutan sepanjang penceritaan.

- Aku fikir segalanya akan jadi mudah dalam hidup ini, ternyata aku salah.

- "Hai... saya Aishah, saya budak baru di sini," aku memperkenalkan diri pada sekumpulan budak budak perempuan sebayaku.

- Tangga yang bersimpang siur itu aku gagahi juga hingga tiba ke puncak bangunan.

- Aku kesipuan mendengar pujian yang dilemparkan padaku oleh pengetua sekolah, apa tidaknya? Selama ini aku dianggap sebagai pelajar yang tidak berguna.

------------

POV2 – Sudut Pandang Orang Kedua

Sudut pandang orang kedua sebenarnya lebih sukar dan jarang sekali digunakan dalam penceritaan dari penulis pemula. Kerap digunakan dalam penulisan prosa pendek, sajak, nota ringkas menggunakan "kamu" atau "kau". Namun ada novel novel dari penulis yang berani menggunakan POV sebegini.

POV2 sangatlah jarang digunakan ketika merangka novel, namun kerap untuk cerpen/certot yang puitis.

Kau melangkah lagi, kali ini dengan penuh kekeliruan. Penat dengan segala penipuan duniawi. Bibir kau getap, jiwa kau pujuk, kakimu yang longlai mencari arahnya sendiri.

Penulis/penongkah kata dibenarkan untuk tahu segala tentang watak KAU/KAMU. Pembaca pula akan merasakan bahawa watak tersebut adalah mereka. Emosi pembaca mampu dicuit.

--------

POV3 – Sudut Pandang Orang ke 3

Menggunakan nama watak, dia, mereka dan ia (untuk kumpulan manusia) dalam narasi.

e.g: Petang yang berbahagia itu Sofea bercadang untuk tidak melakukan apa apa, dia hanya ingin bermalas malasan. Sebentar lagi teman teman akrabnya akan sampai. Kali ini biarlah mereka yang sibuk di dapur menghidangkan kek dan minuman, terbaring di sofa Sofea membayangkan bagaimana bahagianya mereka nanti.

POV3 membenarkan penulis berkisah tentang semua watak yang dipilih untuk diceritakan satu persatu. Penulis ketika itu bagaikan pemerhati pada semua watak dan meluahkan cerita dengan menulis. Gantinama Dia, ia, mereka akan kerap diguna pakai.

POV3 membenarkan penulis berkreatif. Membina watak watak, sesekali penulis pura pura tidak tahu niat/hajat/fikiran watak terpilih, hanya akan dikiatkan di bab bab pilihan. POV3 juga sering disarankan untuk penulis pemula.

e.g: Sewaktu wajahnya disolek oleh Zie, fikiran Faridah melayang terkenangkan segala kisah kasih yang dilaluinya. Pada Zie dia berkisah bagaimana hajat mahu berkahwin dengan kekasih kekasih lamanya tidak kesampaian. Zie jejaka lembut yang kenal sangat akan kisah manusia mendamaikan sang pengantin, meminta agar dilupakan segala kisah lalu. Malam nanti segalanya akan berbaloi menurut Zie, lelaki yang ikhlas seperti Rahman paling layak menerima segala tumpuan Faridah, lupakanlah segala emosi merugikan selama ini.

POV3 memberikan banyak kebebasan sang penulis merangka fiksyen yang macam macam. Terpulang pada kreativiti penulisan asalkan tidak bercampur aduk POV ketika bercerita.

INGAT: Segala yang berada dalam tanda kutip (code uncode) dialog itu harus dimanipulasikan sebaiknya.

INGAT: Segala yang berada dalam tanda kutip (code uncode) dialog itu harus dimanipulasikan sebaiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now