GTLF2019 - Georgetown Literary Festival 2019
Tarikh: 21 - 24 November 2019
Lokasi: Wisma Yeap Chor Ee, Whiteways Arcade, Black Kettle dan beberapa lokasi sekitar Georgetown.
------------------------
Festival yang dimulakan dengan hanya 5 orang penulis pada tahun 2011 kini melangkah lebih gah tahun demi tahun. Menghimpun pelbagai penulis/pengkarya/pemikir dari seluruh pelusuk dunia. Anugerah Cemerlang sudahpun dikurniakan dari London Book Fair sebagai Festival pertama dari Asia Tenggara untuk menerima anugerah tersebut.
Festival sastera 2019 ini akan membariskan lebih dari 80 karyawan/pemikir seni sastera dalam pelbagai acara. Antaranya Prof Muhammad Haji Salleh, Goenawan Muhamad, Pak Supardi Joko, Saras Manikam, Johka al-Harti pemenang Man Booker Prize 2019, Hamid Ismailove pemenang hadiah sastera EBRD 2019 dan ramai lagi penulis tempatan dan luar negara membentangkan idea sepanjang festival.
TEMA TEMA SEPANJANG 9 TAHUN GTF
2011: History & Heritage: Where are our Stories?
2012: Voyages. Hopes. Dreams.
2013: The Ties That Bind
2014: Capital
2015: We Are Who We Are/Are We Who We Are?
2016: Hiraeth
2017: Monsters & (Im)Mortals
2018: The State of Freedom
2019: forewords/afterwords
Oh! TIDAK..., festival bukan hanya menumpu pada Sastera Inggeris. Lebih terserlah tahun ini bila ada lebih dari 6 sesi berbahasa Melayu, Mandarin di Malaysia (MAHUA) dan panelis dari India dan Sri Lanka.
Ingin disarankan para pelajar dari Universiti dan Kolej tempatan serta karyawan tempatan untuk mengambil kesempatan menyertai sesi sesi percuma dan terbuka. Inilah saat yang tepat terutamanya pelajar dan pendidik komunikasi, kriminologi, terjemahan dan sosiologi untuk ikut serta sesi wacana yang relevan bagi menyerap segala hidangan festival.
Setelah kerja kerja arahan dilaksanakan oleh Bernice Chauly pada tahun tahun sebelumnya, kini tugasan arahan digalas oleh Pauline Fan (PUSAKA) dan Sharaad Kuttan, kurator bersama festival Mahen Bala, Mahi Ramakrishnan dan Shankar Santhiram serta para AJK Georgetown Literary Festival 2019.
Ini merupakan tahun ke 4 festival diuruskan oleh Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB).
#GTLF2019 #georgetownpenang
NOTA: Tidak ada peluncuran buku baharu saya untuk tahun ini di GTLF2019. Namun akan terlibat dengan 3 sesi
1. Kata Tanpa Aksara - Moderator bersama panelis Prof Muhammad Haji Salleh, Royston Kulleh Grasi dan Namron. - sesi dalam Bahasa Malaysia.
2. Female Anatomy in Literature - Moderator Dina Zaman - Sesi Bahasa Inggeris
3. Terjemahan karya Mandarin ke Bahasa Malaysia MAHUA. - lokasi Black Kettle.
YOU ARE READING
MENULIS
Non-FictionOleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal menulis yang sama sama dipelajari dan ditekuni diharapkan menjadi bantuan untuk para penulis pemula...