7:30 am
"Yoonhwa!! Bangun Yoonhwa!! Tolong omma beli barang kejap!" jerit eomma sambil mengetuk pintu bilikku. Eomma kalau dah ketuk pintu aku tu bukan sekali je dia ketuk. Dia ketuk sampai aku menyahut weyhh! Arwah jugak pintu aku tu nanti.
"Suruh la oppa pergi Eomma! Yoonhwa penat lagi ni" balasku dengan malas. Aku pon terus sambung tidurku sambil memeluk bantal pelukku, Mr.Mango. Tanpa aku sedar kehadirannya....
*Ppak!*
"Aduhhh..eomma! Sakitla!" kataku apabila eomma memukul badanku berkali-kali. Menyesal aku tak basuh kaki semalam..tup tup dapat mimpi ngeri pagi ni T-T
Eomma memandangku tajam sambil bercekak pinggang. "Apa la nasib eomma dapat anak pemalas macam kamu ni. Baru suruh sikit banyak pulak bagi alasan!" kata eomma sambil memegang dahinya apabila melihat bilikku yang serupa kapal karam dengan sampah merata-rata dan baju yang bersepah bawah lantai.
"Kamu ni lelaki ke perempuan Yoonhwa? Kenapa bilik bersepah sangat nih!? Anak dara pemalas sungguh la kamu nih. Cuba contohi sikap oppa kamu tu sikit. Penat la eomma nak membebel benda sama dekat kamu."
Aku memutarkan bebola mataku sambil berkata dalam hati, "Tak habis-habis puji anak lelaki dia tu. Geram pulak aku."
"Haa..mata tu nak eomma cucuk ke? Dah pergi mandi cepat! Nanti tolong eomma beli barang." kata eomma sambil mengorak langkah keluar dari bilikku. Alahai malasnya aku nak pergi. Harini hari minggu kot. Bagi la aku tidur dengan tenang sikit T-T
Aku masih duduk dikatilku sehingga aku dengar eomma bersuara di luar bilik, "5 minit tak siap eomma potong duit belanja kamu bulan nih!" Aku menjadi cuak apabila eomma memberi amaran maut itu. Jangan cari pasal Yoonhwa! Duit belanja kau tuh!
"Nak bersiap la nih! Eomma jangan macam-macam yeh.." kataku kepada eomma lalu aku terus bersiap tanpa membuang masa lagi. Don't worry ma money...I'll save you!
-----------------------------------------------------------
Selesai sahaja mandi, aku terus memilih baju dalam almari. " Alamak, takde baju nak pakai la pulak." Ini la perempuan ye anak-anak. Mana pernah cukup dengan baju. Aku hanya memilih untuk memakai hoodie dan seluar skinny berwarna hitam yang disertakan dengan kasut sport. Aku juga mengenakan light makeup di mukaku.
(Pakaian Yoonhwa)
Aku langsung turun ke dapur untuk menemui eomma. Kelihatan eomma sedang sibuk memasak sarapan.
"Eomma!" jerit aku dari belakangnya. Aku menahan gelak apabila melihat eomma sudah membuka langkah silatnya.
"Oh mak kau kuali hangus..!" latah eomma sambil menghala sudip ke atas. Aku terus ketawa apabila mendengar eomma melatah.
YOU ARE READING
HEART [JUNGKOOK]
Teen Fiction"Aikk...kotak apa pulak ni?" aku meneliti kotak yang terletak cantik di atas mejaku. Aku melihat sekeliling bilik kuliah untuk melihat siapa yang meletakkan kotak misteri itu namun semua seperti sibuk dengan urusan mereka sendiri. Pandangan aku berh...