HEART 3

5 0 0
                                    

"Long time no see Jungkook-shi..." sapanya apabila dia mula sedar kehadiranku. Aku hanya berdiri kaku di tempatku. Mataku tidak lepas memandangnya.

Dia hanya tersenyum melihatku lalu mula mendekati aku. Aku tak mampu nak kata apa-apa. Mulut aku seakan sudah di gam rapat. "Jangan berdiri je. Jom la makan sekali.." dia mencapai tanganku namun aku pantas menepis tangannya dan memandang tepat ke dalam matanya.

"Sorry aku tak lapar. Aku nak kejar masa.." kataku lalu mendekati eomma yang duduk di meja makan bersama Jimin."Jungkook...mari la kita makan sekali. Tak baik layan tetamu macam tu.." kata eomma.

Aku memandang eomma dengan senyuman kelat, "Jungkook tak lapar eomma. Jungkook betul-betul dah lambat nih.." balasku sambil mencium pipi eomma dan terus membuka langkah untuk memakai kasut di pintu hadapan. Jimin kelihatan terburu-buru menghabiskan makanan di dalam mulutnya lalu pantas mengekori langkahku.

Jimin sempat memandang sekilas wajah kawannya lalu meminta maaf bagi pihakku. Dia hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil. Jimin terus mendapatkan aku yang sudah berada di hadapan pintu.

"Jangan macam ni Jungkook. Sampai bila kau nak layan dia macam tu.." kata Jimin yang turut memakai kasut di sebelah aku. "Sorry la bro..aku still tak boleh maafkan perbuatan dia dulu..." balasku.

Jimin mengeluh kecil lalu memandang aku kembali. "Benda tu dah 5 tahun lalu weyh..sudah-sudah la dengan ego kau tu. Dia dah mintak maaf kan.." kata Jimin lagi. 

Tanpa mempedulikan Jimin, aku terus keluar meninggalkan dia seorang diri. Jimin tak akan faham apa yang aku rasa. Hati aku masih sakit bila terkenangkan perbuatan perempuan tak guna tuh! Aku akan mengelak dengan Jimin satu hari ni. Aku dah tak nak dengar dia sebut pasal perempuan tu lagi. Aku dah muak!

-----------------------------------------------------------

YOONHWA POV 

Sedar tak sedar harini secara rasminya audition menari akan berlangsung. Bila di ingat balik, hati aku tiba-tiba berdebar. Ini membuatkan banyak persoalan bermain di mindaku.

 Adakah aku akan terpilih nanti? Adakah tarian aku dapat memukau para juri? dan yang paling penting.. adakah aku yakin dengan diri aku sendiri? Hanya menari sahaja passion aku. Aku tak nak kecewa nanti sebab aku meletakkan harapan yang besar untuk audition ni.

Aku cuba menenangkan diri sambil menutup mata dan berfikiran positif sahaja. Aku dah berusaha, Aku dah cuba apa yang terbaik dan aku akan pastikan aku akan luahkan apa yang aku dah belajar di atas pentas audition nanti! Aku pasti boleh buat! Min Yoonhwa ddaboong!! Hwaiting!

Aku pantas bangun dari katilku dan melihat kembali pakaian aku buat kali terakhir sebelum aku turun makan dengan keluargaku. Aku memakai baju top serta seluar jean dan mengikat baju kemeja di pinggangku. Aku juga memakai topi putih sebagai pelengkap untuk pakaianku hari ni. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HEART [JUNGKOOK]Where stories live. Discover now