Chapter 8💫

27 3 0
                                    

Sorry sebab lama tak update busy bebenor min 😌✨
.
Hope korang suka cerita min walaupun V bukan watak utama 💜
.

---


After 1 Month ✨

Aku bawak beg ii dan barang ii yang berguna untuk bawak pergi bersama. Dan tak lupa jugak kotak kesayangan aku.

"Zack,jaga dia baik ii tau. Kalau jaga dia ni memang susah sikit"

"Takpe la ma. Zack okay je"

"Ma,salam" aku menyuakan tangan aku untuk salam mama aku

"Jaga makan minum suami kamu kalau taknak jadi isteri derhaka"

"Hm" Aku mencium kedua-dua belah pipi mama aku dan aku peluk

Selepas selesai sesi kedramaan,kami naik kereta milik Zakuan. Memandangkan 'baby' aku rosak dan papa pun dah hantarkan pegi ke bengkel. Terpaksa la simpan rindu ni hurmm..

Dekat Rumah Baru

Rumah sewa kini telah menjadi rumah sebenar aku sebab tuan rumah dia takperlukan dia lagi so Zakuan pulak kawan kepada pemilik rumah ni. Jadi,Zakuan bodek untuk dapatkan rumah. Pemilik rumah ni meletakkan harga berupa beratus ribu jugak la. Tu pun kami share duit simpanan kami.

Aku mula ii tu malas nak bagi duit aku tapi dah aku pun nak duduk rumah tu bagi je la.

"Malam nanti,kita keluar pegi beli barang. Memandangkan rumah kita takde apa ii"

"Hm" hanya tu je jawapan aku. Malas aku nak melayan dia

Aku terus mengunci pintu aku. Aku meletakkan beg aku di tepi meja. Aku duduk di atas kerusi yang telah disediakan.

Aku membuka tudung yang menutupi auratku. Aku menyangkut di kerusi aku yang berwarna soft green.

 Aku menyangkut di kerusi aku yang berwarna soft green

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantikkan bilik aku ?😎

Aku mengambil semula postcard yang terletak di atas meja tersebut. Aku ingat lagi sebulan yang lepas,aku masih tertanya ii anak dia minat BTS ke ? Ahh jinjja ? Army ah ni ? Geng aku leteuu

Aku memandang muka V di dalam postcard itu. Walaupun hanya dalam kertas,dia mampu mencairkan hati aku. Tapi,alangkah indahnya dia jadi suami aku.

"Ishh laa,stres la air mata siyell ni. Boleh tak sekali kau tak turun bila aku teringat dia ? Babeng betul.."

Aku mencium dan memeluk postcard itu tanda aku sangat menyayangi dia. Aku sudah luahkan perasaan aku face-to-face tapi mesti dia ingat aku sebagai ARMY yang anggap dia sebagai idola biasa. Inikah lumrah seorang army ?

Aku baring kejap atas katil.

"Aku penat fikir pasal kau yang taktahu apa ii pasal aku dan aku penat cintakan orang yang takkan cintakan aku. Aku sedih,hancur,semua la. Mungkin tido dapat rehatkan otak aku yang serabut macam masuk puting beliung"

Dalam beberapa saat aku dah dibuai mimpi yang indah.

---

"Agaknya dia buat apa ye dalam bilik ? Kan best kalau aku kacau dia,baru la tak sunyi kan ?"

Aku berjalan menuju ke bilik budak 'segi tiga'. Aku mengetuk pintu dalam 6 kali agaknya. Tetap tak bukak ii. Mungkin dia dah tertido ?

Aku mengambil kunci spare yang terletak di dalam tempat letak kunci.

Aku berjaya buka pintu yang telah dikunci oleh beruk yang sedang tidur dibuai mimpi ngeri.

Aku periksa apa barang ii dia. Mana tahu dia letak barang ii yang dadah ke apa ke kan ? Alaa mana la tahu kann ii ?

Aku memeriksa pulak kotak yang diisi banyak barang BTS. Aku mengambil poster V. Muka dia memang perfect takde plastik,memang natural face. Patut la budak seben ni gila dengan dia.

Hah ! Cakap pasal budak tu,aku macam ada rasa sesuatu yang tak mampu aku nak tafsirkan sebab aku pun tak pasti dengan perasaan dan diriku.

Tak tak tak.. aku takkan suka dia. No,aku takkan cintakan dia. Dia cintakan orang lain bukan aku. Aku akan kawal diri aku !

Aku baring di tepi dia iaitu si atas katil. Aku menyelak rambut dia ke belakang telinga. Aku memandang muka dia yang bersih suci murni.

"Kenapa..aku cintakan kau ? Sebab kau bini aku ? Tak,sebab perangai kau yang buatkan aku lagi cintakan kau. Tapi malangnya,kau lebih cintakan dia dari aku. Aku terpaksa terima dengan rela hati"

Aku mengucup ubun ii dia dan aku mengusap pipi dia yang lembut.

"Alangkah indahnya kalau aku dapat seluruh hati kau" desis hati Zakuan

---

Aku terasa berat nak bukak mata ye laa aku ni kan orang yang malas nak bangun tido. Sekali aku tido aku rasa macam nak je aku tido 3 tahun.

Aku menguap seluas-luas yang aku nak dan mengeliat. Tiba ii aku terlanggar sesuatu seperti macam hantu di sebelah aku. Aku bukak mata dan pandang sebelah.

"Weh ! Kau buat apa kat sini ?!" Aku tolak badan 'jebon' disebelah aku sampai jatuh tepi katil

"Aduh ! Sakitnya.." Zakuan cuba untuk bangun. Mata masih tertutup

"Kau buat apa kat dalam bilik aku ?! Baik kau bagitahu,kau buat benda pelik ii ke dekat aku ?! Bagitahu cepattttt !" Aku cepat ii menutupi kepala aku dengan selimut apabila dia membuka mata.

"Aku tak buat apa ii la. Jangan nak perasan boleh tak ? Aku nak ambil barang dalam bilik kau,lepastu.." Zakuan tak tahu nak kata apa

"Lepastu ?!"

"Aku pergi dulu" Zakuan tak lupa mencapai buku diari Aina

"Ada ke pulak masuk bilik aku nak ambik barang..macam tak logik je alasan kau bagi. Kalau nak bagi alasan tu betul ii la jangan la nak bagi alasan budak darjah 1" bebel aku sensorang

Okay guyss , don't be a silent reader 😌✨

Vote dan comment sekali ye rakan ii💜

Suamiku Bukan Artis Kpop ✨💜Where stories live. Discover now