Bab 9

11.2K 638 34
                                    

"So, goodbye! " ujar Tengku Haikal sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan bastop. Tanpa sedikit pun rasa kasihan, dia mengucapkan selamat tinggal pada gadis yang disewanya hanya sehari. Eh, dah lebih sebenarnya.

"Upah? " soal dia, tanpa sebarang tapisan. Buat apa malu bosku? Dahlah adik aku tengah sakit.

"Jap."

Belum sempat Tengku Haikal mengeluarkan ceknya, tiba-tiba dia menerima sebuah panggilan masuk daripada Zack. Terbatal terus niatnya.

"Xender weh! Dia dah kena serang! " Hampir gugur jantung Tengku Haikal sebaik sahaja panggilan tersebut dijawab. Tanpa menunggu lama, enjin kereta terus sahaja dipecut laju membelah jalan raya.

Anneliese Cherina termangu-mangu. Weh, aku ni macam mana? Dah lupa ke?

"Tuan Aden, kita nak gi mana? " soal dia takut-takut apabila melihat wajah serius Tengku Haikal. Lelaki itu sekadar berdiam diri. Dalam fikirannya begitu sibuk memikirkan keadaan Tengku Fazril.

Sreetttt...

Anneliese Cherina sempat menahan tangannya pada dashboard ketika Tengku Haikal menekan brek. Dilihatnya lelaki itu keluar daripada perut kereta secara terburu-buru.

Anneliese Cherina semakin buntu. Daripada tak buat apa-apa, baik dia join sekali. Tak menunggu lama, dia segera melangkah pantas untuk mengikuti Tengku Haikal daripada belakang.

Dia melihat lelaki tersebut berlari ke arah sebuah bilik lalu pintu bilik tersebut dikuak secara pantas. Anneliese Cherina menelan air liurnya. Baru dia sedar, dirinya berada di dalam hospital.

Omg hospital tempat yang paling banyakkkk hantuuu!!  Uwarghhh! Asal kau tak piqiakk wahai Anneliese?

Aku kena keluar daripada tempat ni! Karang tak silap-silap, ada juga benda yang aku terserempak.

Kalau kat hospital yang adik dia sedang duduk tu, bolehlah dia lawat lagi. Tu pun sebab dia berani ada Frender, adik kesayangannya. Kat sini, sorang pun dia tak kenal. Tengku Haikal jelah ada tapi tu pun dia tak tahu sebab apa lelaki tu singgah kat sini.

Belum sempat pun Anneliese Cherina ingin beredar, tiba-tiba dia terdengar bunyi esak tangisan daripada seseorang. Bukan itu sahaja, suara Alex juga turut menyapa halwa telinganya.

Boleh tak aku nak intip kejap?

Anneliese Cherina menapak ke arah bilik yang terletak di sebelah bilik Tengku Fazril. Pintu yang sedia terbuka memudahkan aktiviti tidak bermoralnya.

"Bagitau I.. Sape yang dah serang Xender?! " desak Alex.  (Mr. & Mrs. Assassin tengah berlangsung)

Serang? 

Anneliese Cherina terbungkam. Tengku Fazril kena serang?  Serang yang macam mana?  Diserang oleh nyamuk aedes ke? Fuhh, bahaya tu! Boleh mampus.

Gadis tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya memikirkan maksud Alex. Dia yakin bahawa Tengku Fazril diserang oleh nyamuk aedes.

"Tengok apa tu? " bisik sesuatu di telinga Anneliese Cherina.

Zapp!! 

Teguran seseorang membuatkan Anneliese Cherina menjerit ketakutan. Secara refleks, dia menutup wajahnya tanpa sengaja.

Jauhilah aku daripada hantu. Ibuuuu!!  Tolong Lieseee!!

"Hei, hei.. You dah kenapa? " soal Akim sambil mengerutkan dahinya. Gila ke apa minah ni? 

Perlahan-lahan Anneliese Cherina membuka matanya apabila yakin bahawa benda yang menegur ia sememangnya seorang manusia yang masih hidup.

"Fuhhh.. Manusia rupanya, " gumam dia, lega.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now