ENDING

103 8 11
                                    

Pandangannya kosong merenung ke tingkap yang tertutup rapat . Sekujur tubuhnya kelihatan seperti patung cendana , duduk tegak tidak bergerak hatta seinci pun .

Dia kelihatan lost .

Hilang dalam kecelaruan minda , dan kekosongan hatinya .

Bunyi pintu dibuka dan kemudian ditutup sedikit pun tidak mengganggu konsentrasi renungannya . Langsung tidak diendahkan manusia yang berkemeja biru dan berkot putih , dengan fail berwarna hijau di tangan .

Kerana dia tahu , dialognya hari ini tetap sama seperti dialog sejak tiga bulan lepas , dan tetap tidak dipercayai sesiapa .

Sehingga dia disahkan mengalami gangguan mental .

Tetapi hakikatnya , tidak .

Dan jika mereka semua tahu kebenaran , dia pasti mereka tidak akan berani menidakkan .

" Selamat pagi , Ahmad Azhan bin Iskandar . "

Diam .

" Bagaimana awak hari ini ? Getting better ? "

Diam .

" Jom keluar ke taman hospital ,  awak perlu dapat udara segar untuk perkembangan minda awak . Barulah awak sihat semula ! "

Aku tak sakit lah bongok .

" Awak dah makan ? Kalau belum , saya boleh suruh nurse  bawakan makanan . Nanti sakit perut , masuk angin . Awak yang susah nanti . "

Palsunya kemesraan yang ditunjukkan .

Hakikatnya , mereka tunjuk baik di hadapannya hanya kerana dia anak tunggal pengarah hospital ini . Dan di belakangnya , dia cuma dipersendakan .

" Ada apa-apa yang awak nak cerita dengan saya hari ni ? Bagitahu saya , saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu awak . "

Soalan itu berjaya membuatkan dia menoleh perlahan . Wajah palsu doktor yang sedang tersenyum memandangnya direnung kosong .

" Kalau aku cerita , kau percaya ke ? Kau takkan buat conclusion yang aku ni gila ? "

Dan soalan yang terkeluar dari suara seraknya berjaya mematikan senyuman penuh kepura-puraan itu .

Gilirannya pula menarik senyuman tajam .

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

" Aku tak gila . "

" Dia memang wujud . "

" Aku yang ajar dia ucap kalimah syahadah . "

" Aku yang ajar dia Islam . "

" Walaupun dia yang bunuh kawan-kawan aku . "

" Dia cantik dengan taring dia . Aku suka . "

" AKU CAKAP AKU TAK GILA !! "

Dia membentak . Pasu bunga di meja almari dilempar ke dinding . Semua barang berdekatan disepahkan . Tangannya menumbuk-numbuk dinding .

ZZAP !

Suntikan penenang diberi pantas . Serta merta tubuhnya semakin lemah . Bilik yang kelihatan seperti tongkang pecah itu segera dikemaskan . Perlahan-lahan dia baring , matanya tertutup perlahan kemudian dia diselimutkan oleh jururawat di situ .

" Tekanan yang menimpa sewaktu dia tersesat di Pulau Renggu sangat mengganggunya sehingga dia berhalusinasi . Terlampau tertekan , dan dia dipengaruhi dengan mitos pulau tersebut sehingga imaginasinya mewujudkan watak yang langsung tidak pernah wujud . Saya cadangkan dia dibawa ke Amerika Syarikat untuk rawatan lanjut , kerana pakar di sini sudah tidak mampu menangani masalah yang dihadapi pesakit ini . Terlalu teruk . "

Sayup-sayup suara itu menyapa halwa telinganya diikuti dengan derapan langkah yang semakin menjauh , dan bunyi pintu ditutup .

Secara tiba-tiba , matanya terbuka luas . Pandangannya dipicingkan ke sudut bilik itu . Dia tersenyum .

Seraut wajah yang tersenyum manis memandangnya bersama hulurang jari runcingnya direnung dengan mata berkaca . Di sebalik senyuman itu , tiada lagi siong yang terpacak kukuh .

Tapi dia tetap cantik .

Dia menyambut huluran jemari itu .

" Permaisuriku sudah kembali . "

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗

If you're only my imagination ,
I'd rather live in my halucination ,
So that I can be forever with you .

╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝

DING DONG ! DING DONG !

" Perhatian ! Perhatian ! Pesakit bilik 303 , Ahmad Azhan bin Iskandar telah hilang , disyaki melarikan diri ! Semua staf hospital ,  sila beri kerjasama anda ! Cari pesakit tersebut ! Sila beri kerjasama ! Ulang suara-- "


◂ ❚ ༺❀༻ ❚ ▸

And this is our story .
A fairytale without an ending .

◂ ❚ ༺❀༻ ❚ ▸

Selamat datang ke fantasi Ratu Bersiong .
*bow

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RATU BERSIONG Where stories live. Discover now