Di hadapan pintu gerbang utama Kota Barat, Azhr, kelihatan seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang sedang berjalan menuju keluar. Budak lelaki itu kemudian berhenti seketika tepat dihadapan pintu gerbang itu lalu memandang ke arah simbolik kota mereka yang diukir menggunakan batu merah yang cantik di atas pintu gerbang itu.
Budak lelaki itu kemudiannya tersenyum gembira. Jelas kelihatan pada wajah budak lelaki itu menunjukan perasaannya. Tetapi dalam hatinya terselit juga suatu perasaan lain. Perasaan yang sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ianya adalah perasaan gemuruh yang teramat.
"Abang!" Kedengaran suara seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berteriak dan membuatkan dia tersentak. Budak lelaki itu terus kembali ke alam nyata lalu dia menoleh dan nampak seorang kanak-kanak lelaki yang comel dan berambut lurus sedang berlari ke arahnya. Sebaik sahaja tiba dihadapannya, kanak-kanak itu terus memeluk budak lelaki itu. Wajah kanak-kanak itu juga kelihatan seperti mahu menangis.
"Eh, kenapa ni Ciel?" soal budak lelaki itu dengan bingung namun soalannya dibiarkan tidak berjawab malah kanak-kanak lelaki yang bernama Ciel itu hanya menangis semahu-mahunya. "Ciel?" Si Abang berasa semakin gelisah melihat adiknya yang semakin kuat tangisannya itu.
"Ciel!"
Daripada jauh, kedengaran suara seorang wanita pula, berteriak memanggil adiknya. Budak lelaki itu memandang ke arah datangnya suara itu dan nampak seorang wanita sedang berlari anak ke arah mereka. Di sisi wanita itu pula kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa dan berparut pada matanya. Lelaki itu kelihatan serius dan garang tidak seperti wanita tersebut. Matanya tidak lepas memandang ke arah budak lelaki itu.
"Puan Serena, Tuan Chris," kata budak lelaki itu sambil memandang ke arah mereka. Puan Serina berhenti di hadapannya dan tercungap-cungap kerana kepenatan sebelum berkata, "Maafkan saya, Cloud. Tapi tadi Ciel tiba-tiba sahaja menghilang tanpa saya sedar. Sewaktu itu kami sedang berada di taman bunga."
Wanita itu kemudian terdiam apabila melihat Ciel yang masih lagi menangis sambil memeluk pinggang abangnya itu. "Saya rasa Ciel tidak mahu kamu pergi," sambungnya lagi dan budak lelaki bernama Cloud itu pula memandang kepada Ciel. Dia langsung tidak mahu meleraikan pelukannya.
"Abang... Janganlah pergi! Kat luar sana bahaya!" rayu Ciel sambil memandang tepat ke wajah Cloud. Cloud hanya memberikannya senyum dengan wajah yang tenang lalu dia meleraikan pelukan Ciel daripada pinggangnya. Setelah itu, Cloud menundukkan tubuhnya sehingga ke paras Ciel sambil memegang bahu kanak-kanak tersebut.
"Ciel, abang tahu semua ni berbahaya tapi...," katanya sambil memandang tepat ke dalam mata Ciel. "Ini apa yang abang perlu lakukan. Kamu kena lepaskan abang. Abang ke sana untuk menjadi seorang kesatria dan lindungi kota kita, lindungi kamu. Jadi kita perlu sedikit pengorbanan untuk mendapatkan yang terbaik," jelas Cloud sambil mengusap kepala adik kesayangannya itu. Ciel masih lagi tidak berhenti menangis dengan air mata yang bergelumang pada kanta matanya.
"Tapi..."
Ciel cuba untuk membantah tetapi Cloud hanya menggelengkan kepalanya. "Maaf, Ciel. Abang mesti pergi," katanya perlahan lalu dia bangun dan membawa lembingnya bersama.
"Abang...," panggil Ciel perlahan tapi Cloud hanya mendiamkan diri sambil berjalan pergi. Puan Serena yang hanya melihat mereka berdua itu memandang kepada Cloud pula dengan pandangan rasa simpati. Dia berasa kasihan akan Cloud yang terpaksa berpisah dengan adiknya itu.
Ciel perlahan-lahan menyeka air matanya sendiri menggunakan hujung jarinya itu.
"Abang!"
Cloud terkejut dan langkahnya terhenti.
YOU ARE READING
Kerajaan Terakhir by @penasalju | PREVIU
FantasyPada mulanya dia hanya mahu mencapai impiannya untuk menjadi seorang kesatria yang hebat seperti White Leader Aaron. Namun takdir telah merancang sesuatu yang lebih daripada itu dan tanpa disangka, dia terlibat dalam konflik pembunuhan beramai-ramai...