*Izzy pov*
Berkahwin huh?
Berkahwin ni cita2 semua perempuan termasuk la aku. Semua perempuan mesti ada angan2 nak lelaki yang sempurna sebagai suami. Termasuk jiwa Dan raga.. nah..dulu pun aku terfikir macam tu.Aku dulu sempat yakin bahawa kalau aku kahwin satu Hari nanti, aku la perempuan yang paling bahagia atas muka bumi ni. Ye la..Sapa Tak bahagia kan..bersama sama orang yang kau cinta, melalui saat2 kesusahan bersama- sama.
Bangunkan Dan pertahankan rumah tangga bersama anak2. Menghadapi konflik dengan suami Dan anak tanpa rasa sakit Dan kecewa..mesti korang pun sama kan? Aku doakan korang dapat yang macam ni.. jangan jadi macam aku..mungkin aku ni mimpi jauh sangat sampai realiti tarik aku balik..
Dua Hari lepas, aku dah berkahwin dengan seorang lelaki yang tolak habis2 perjodohan ni..perjodohan? Yeah I know.. Tak logik tapi tu realiti.. Asyraff Adrayan namanya. Aku tau aku ni hanya perempuan yang asal dari keluarga sederhana. Tak layak nak bandingkan dengan keluarga kaya raya dia. Dia tu ibarat putera kerajaan..sedangkan aku? Huh..hanya rakyat biasa yang mampu lihat dari jauh.
Aku tau..Ni Tak Adil bagi dia..ye la aku dapat lelaki yang 'sempurna' tapi dia? Dapat aku..auch.
Kenapa kami kahwin? Sebab arwah abah Asyraff dah tulis Amanah terakhir..berkahwin dengan Nur Izziana Raisya anak kawan baik abah Asyraff.
Asyraff dah tolak habis2 begitu juga aku.. tapi nak buat macam Mana?
Aku terpaksa berkorban. Ayah aku dah merayu supaya jalankan semua ni... Hati aku terhiris tengok ayah aku merayu bersungguh sungguh. Tanpa berfikir banyak aku terima.. tu silap aku.Even Asyraff tu handsome and kaya.
Tapi kalau dah tak cinta nak buat macam Mana kan?
Sebab first time aku jumpa dia..aku diberi tatapan meremehkan dari seorang Asyraff. Aku geram nak tonjok2 muka dia. Firasat aku mengatakan dia tidak la sempurna mana.Satu Hal yang aku sedikit tidak terima
. Ayah dan ibu menyuruh aku terima seadanya Dan menjadi isteri yang baik Dan patuh..
Apa lagi? Aku Tak boleh tolak..nak Tak nak..dia lah yang akan jadi suami aku.. tekad aku nak belajar jadi isteri yang baik dan mungkin belajar mencintai dia walaupun aku Tak yakin.Kini, dah satu minggu berlalu. And guess what? Asyraff masih lagi buat sikap acuh Tak acuh kepada aku. Dia ni macam beku semacam..tengok aku pun Tak nak. Lebih teruk..dia tak sentuh aku langsung! Bukan nya aku berharap sangat.. tapi teruk sangat ke aku sampai dia buat macam tu dekat aku? Sungguh aku rasa terhina. Aku terfikir..memang hubungan aku dengan dia akan kekal?
Yang buat aku lagi sakit.. ibu dia. Sumpah..ibu dia lagi benci aku daripada Asyraff sendiri. Teruk kan?
Makin lama waktu berjalan, bukan kata2 manis aku dapat dari Asyraff tapi makian.Cih. Kalau bukan sebab ayah, dah lama aku tinggalkan dia. Kau bayangkan, tinggal di rumah yang besar tapi kau Tak dianggap wujud lebih parah..ibu Asyraff semakin menjadi jadi menghina aku.
"Cepatlah! Yang kau pergi termenung tu kenapa?!" Sergah Asyraff lagi. Asyraff menyuruh aku untuk bersihkan gelas kaca pecah yang ibu nya buat sendiri. Puan Syira. Puan Syira membaling gelas kaca tu bila aku meminta tolong Asyraff hantar kan aku ke kolej esok kerana cuti kahwin kami dah habis.
"Kau jangan pernah nak mintak tolong Asyraff lagi! Kau ingat anak aku tu pemandu peribadi kau? " Jerkah puan Syira lalu pergi dari dapur diikuti Asyraff. Memang aku Ni Tak de perasaan ek? Langsung Tak fikirkan perasaan aku..aku hanya mampu mangambil nafas panjang.
Sambil mengelap air mata aku, Aku kutip gelas pecah tu dengan hati yang sama pecah nya dengan gelas ni.
Tak lama lepastu, aku dapat rasa kan Ada seseorang ikut duduk depan aku. Aku melihat nya dengan tatapan bahawa aku tengah sakit hati. Yes. Tu adik Asyraff, Adam nama nya. Tempat aku mengadu Dan berlindung selama ni dari kejamnya keluarga ni. Dia menahan tangan aku dari terus kutip pecahan gelas.
"Kita cuci dulu Luka dekat dahi kakak. Dahi kakak berdarah" huh? Aku dah agak..mesti berdarah dahi aku akibat kena gelas yang dibaling vampire aka puan Syira tu.
" Tak pe. Gelas yang pecah ni kakak uruskan dulu.""Biar bibik Yanti je uruskan semua Ni" sahut bibi Yanti. Aku terdiam. Mata ku telah berair..sungguh dalam rumah ni...Ada dua orang je baik dengan aku. Adam Dan bibi Yanti.. Bibi Yanti telah aku anggap sebagai ibu kedua aku.
"Terima kasih bik" ujarku dengan suara yang bergetar.Lelaki yang berstatus adik Asyraff ni membawa aku ke ruang tamu Dan bantu mencuci Luka aku. Adam ni Tak macam Asyraff dan vampire tu. Hanya bibik Yanti Dan Adam je baik Kat aku. Aku bersyukur sangat2. Kalau Tak de diorang ni.. Tak tau la nasib aku.
"Kakak..maafkan ibu Dan abang Asyraff ye?" Ucap Adam sambil melekatkan plaster di dahi aku.
Aku mengusap air mata aku sambil tersenyum sedih.
"Terima kasih Adam" ujarku ikhlas.
Adam hanya tersenyum manis sambil mengusap kepala aku."Jangan menangis lagi tau kakak. Adam Tak sanggup la tengok kakak sedih2" ujarnya lembut.
" Terima kasih..kakak bersyukur ada adik macam Adam"
"Adam akan selalu ada untuk kakak. Adam akan lindungi kakak dari abang Dan ibu" ujar nya semangat membuat kan aku terkekeh.
"Dah. Sekarang kakak balik ke bilik dan tidur. Jangan buat abang marah kakak lagi. Esok Adam hantar kakak ke kolej"
Aku mengangguk lalu bergegas ke bilik selepas mengucapkan terima kasih kepada Adam.....................................................................
Dan disini la aku dalam bilik. Aku merebahkan tubuh aku ke katil, sedang kan Asyraff aku tengok sedang menelefon di beranda bilik. Aku tersenyum sakit bila tengok dia ketawa dengan wajah bahagia ditelefon. Dia Tak pernah ketawa macam tu pun dekat aku bahkan tersenyum pun macam tak mahu.
Keesokan hari nya,
Sebelum pergi ke kolej, aku menyiapkan breakfast untuk Asyraff.. even bibik Yanti dah tolong buat kan sarapan tapi aku kena jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Walaupun dia langsung Tak suka aku. Haih..miris.
Aku masuk ke bilik dengan dulang makanan. Aku letak makanan di atas meja lalu menghampiri Asyraff yang sedang memasang Tali leher.
"Biar saya tolong" ujarku sambil mengalih tangan nya. Aku sedikit berjinjit untuk memasang nya. Jujur..sekarang tengah awkward gila. Sebab kali ni dia tak tolak apa yang aku buat. Dia hanya melihat aku dengan pandangan datar. At least dia Tak maki aku lagi.Setelah selesai,aku tersenyum kecil.
"Saya dah buat kan sarapan untuk awak" ujar ku.
Asyraff hanya diam. Pandangan nya buat aku sedikit takut.Semasa aku berbalik untuk ambil makanan, tangan aku ditahan. Aku menoleh dengan rasa bingung. Tangan aku dicekal dengan kuat dan menatap aku tajam.
Aku memejam kan mata. Aku akan dipukul kah?Suara rendah dan menusuk nya membuat kan aku sedar. Sedar Dan sakit. Mata aku yang tadi ceria kini telah digantikan dengan pandangan buram akibat air mata.
"Berhenti bersikap seolah olah kau ni isteri yang baik. Sebab kau buat aku jadi lebih muak! " Ujarnya perlahan tapi menusuk.Walaupun dia tak bentak aku tapi ucapan dia mampu buat aku bergetar sedih. Apa semua ni? Selepas ucapkan perkataan tu. Dia menghempaskan tangan aku, mendorong aku lalu meninggalkan aku. Aku terduduk di atas katil. Sakit. Tu je yang aku rasa sekarang. Tiap2 hari aku sediakan sarapan untuk dia dan berakhir macam ni. Tak pe..kau tak boleh menyerah! Aku kuat! Kan?
"Kakak..jom kita per..." Ucapan Adam membuatkan aku cepat2 usap air mata aku. Dia mendekati aku.
"Kakak menangis? Kenapa? Abang ada pukul kakak kah?" Ujar nya risau. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum sedih.Adam melihat makanan yang berada di atas meja. Dia mengambil nasi goreng lalu duduk di samping aku.
"Dah jangan sedih2.. Adam akan makan ni" ujar Adam lalu makan dengan senyum yang mengembang. Sungguh.. kalau Asyraff tu macam Adam..aku la perempuan yang paling bahagia.
" Wah..nasi goreng ni sedap la! Pandai kakak masak. Abang pasti menyesal sebab Tak makan" ucapnya dengan mulut yang penuh. Aku tersenyum. Aku tau Adam dah makan sebelum mengajak aku pergi. Lagi2 dia menghargai aku. Aku bersyukur sangat2.End.
End chapter 1.hahahaha.
Ha.. panjang ke? Biasa la semangat dia lain macam. Nanti aku usahakan untuk ringkaskan.
Chapter 1 ni memang la bosan2 sikit T_T. Support author au..muah sikit
YOU ARE READING
Little Do You Know
Romance" masa ni memang aku kuat, tapi jika satu Hari nanti rasa kuat ni hilang... Aku akan pergi" Pesan orang tua2..jangan pandang orang melalui harta,pangkat Dan rupa je. Ada kata kunci lain untuk melengkapkan apa itu cinta.. "Kesetiaan, kejujuran dan k...