Farisha tertonggeng-tonggeng kerana cuba untuk curi-curi lihat rumah di hadapannya itu. Alah rumah tumpangan milik Pak Ngah yang disewakan kepada kru-kru filem itu.
Sudah dua hari dia memerhatikan rumah tersebut. Sepanjang pemerhatiannya, tidak ada sebarang pergerakan yang menandakan mereka akan mulakan penggambaran. Kecewa Farisha dibuatnya. Dia betul-betul teringin hendak ke set dan berjumpa dengan Hesh Amin.
Takkan nak minta tolong Abang Zaef kot? Haih, malu pun ya. Menyusahkan pun ya juga.
Detik hatinya. Farisha runsing. Apatah lagi apabila memikirkan peristiwa beberapa hari lepas di warung ibunya itu.
"Arghhh!!"
Farisha menjerit kuat. Terkejut. Mukanya seperti baru sahaja nampak hantu.
"Aku tak tanya nama pengarah tu apa!! Aduh Farishaa. Tulah, siapa suruh gelabah sangat nak perkenalkan diri. Kalau tak kau dah boleh stalk dah siapa dia." Farisha berbicara sendiri sambil mengetuk-ngetuk kepalanya perlahan, mengingat kembali kecuaiannya ketika itu.
Tiba-tiba dia mendapat idea.Telefon pintarnya dicapai dan dia segera menaip 'Pengarah muda popular Malaysia' di ruang carian google. Butang cari ditekannya, dan pap!
Tertera gambar lelaki yang bersama-sama dengan Abang Zaef sebelum ini. Betullah di tuan pengarah itu!
Farisha scroll ke bawah dengan laju dan terhenti saat melihat info yang dicari-carinya.
'Biodata Adam Daniel'
Adam Daniel? Hmm. Jadi itulah nama dia eh.
Senyuman Farisha semakin meleret. Hairan juga dia kenapa dia tidak terfikir untuk menggoogle pengarah itu sejak awal lagi.
Lahir pada 1989. 30 tahun? Serius lah.
Besar matanya membaca biodata lelaki itu. Cuba menghadam setiap apa yang dibacanya. Mana tahu boleh digunakannya untuk mengambil hati tuan pengarah itu dan akhirnya membawa kepada perjumpaan dirinya dengan Hesh Amin.
Tergelak kecil Farisha memikirkan scenario itu.
Dia kembali scroll ke bawah dan berhenti untuk membaca hasil arahan drama Adam Daniel.
Perempuan kiriman papa
Hati lelaki
Dia semanis buah
Suri hati Mr Sotong
Siti
Siti? Laaa. Dia ke pengarah drama Siti?
Terkejut Farisha apabila mendapat tahu Adam Daniel merupakan pengarah kepada salah satu drama kegemarannya.
Baru sahaja dia hendak sambung membaca, kedengaran suara Cik Onah dari dapur. Walaupun kurang jelas kedengaran, Farisha tahu apa maknanya.
Dia perlu kembali ke warung dan membantu ibunya sehinggalah petang.
Sejak dua menjak ini, semakin ramai yang singgah ke warung mereka itu. Sebab itu Cik Onah membuat keputusan untuk membuka sehingga jam 6 petang, barulah untung katanya.
Kenapalah masa Cik Yam ada mak tak nak buka sampai petang? Paling lewat pun pukul 3 tutup.
Hmm. Tak apa lah Farisha. Kau bantu mak kau juga nak tanggung anak dara tua macam kau ni hah. Nak dibandingkan dengan anak orang lain ada yang dah berkahwin dan ada juga yang dah bekerjaya. Bagai langit dengan bumi! Dia sahaja yang masih terperuk di kampung ini.
Detik hatinya. Mengingatkan dirinya kembali tentang apa yang selalu disebut-sebut maknya itu. Apa yang dibicarakan Cik Onah ada betulnya juga. Kadang kala ada juga dia terfikir yang dia merupakan anak tidak guna, yelah nak kata dia dah bekerja tidak. Dia mempunyai ijazah? Tidak juga. Setakat sijil SPM sahaja di tangan. Paling-paling pun dia boleh bekerja di kilang.
**
"Farisha nanti ingatkan mak pergi pekan ya. Nak beli bahan buat nasi lemak banyak sikit." Pesan Cik Onah yang sedang sibuk menyapu lantai dapur warungnya itu.
Meskipun masih ada lagi pelanggan yang datang untuk memesan makanan, Cik Onah buat keputusan untuk menutup kedainya awal disebabkan dia baru sahaja menerima 50 bungkus tempahan nasi lemak dan 80 biji karipap untuk esok.
"Okay mak, nanti Farisha tolong ya."
Matanya kembali tertumpu kepada pinggan-pinggan dan cawan yang bertimbun di sinki. Tangannya pantas menggosok dan mengelap menunjukkan kepro-annya.
"Siapa yang order banyak macam tu mak? Ada kenduri doa selamat ke?"
Keningnya diangkat. Pelik juga tempahan sebanyak itu diterima. Kalau kenduri, jarang pula orang kampung menempah. Kebiasaannya mereka rewang bersama-sama untuk memasak.
"Alah, orang yang sewa rumah Pak Ngah tu lah. Sarapan untuk kru? Apa entah untuk kru-kru diorang esok. Ada shooting katanya."
Bukan main terkejut Farisha sehingga pinggan yang berada di tangan dilepaskannya. Kepalanya dipalingkan kepada Cik Onah. Lama-lama senyuman lebarnya muncul dan dia mula ketawa gembira. Tidak percaya pun ada juga. Akhirnya! Dia ada peluang untuk bertemu Hesh Amin!!!
Hati Farisha berteriak. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia menantikan hari esok. Apa yang penting, dia memerlukan strategi. Ya betul, strategi untuk bertemu idolanya itu. Hatinya melonjak-lonjak memikirkan strategi apa yang akan dilakukannya esok.
**
"Kau ni biar betul Icha? Tak bohong?" berkerut dahi Cik Onah. Tidak mempercayai kata-kata anak sulungnya itu.
"Betul makkk. Kenapa Icha nak tipu?" wajah Farisha jelas menunjukkan yang dia betul-betul beria.
"Okay. Kalau macam tu. Mak boleh tolong."
Mendengar sahaja jawapan ibunya itu, Farisha mula tersenyum menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi. Tangannya didepakan dan suatu dakapan erat dihadiahkan kepada Cik Onah.
"Terima kasih mak!!"
Teriak Farisha.
Menyebabkan Mai yang berada di situ terpinga-pinga melihat mereka.
**
YOU ARE READING
Cinta kambing
RomancePeristiwa yang membawa salah faham Adam Daniel terhadap Farisha membuatnya berasa serba salah. Layanan kasar yang diberikan kepada gadis itu amat disesalinya. Adam Daniel, lelaki yang dikategorikan sebagai 'tsundere' oleh Yassin sudah semstinya tid...