25

3K 448 16
                                    

Haeun's pov

"Taehyung memang macam tu, kalau demam. Mengada semacam. Kalau nak tidur pun dulu, mesti nak kena ada mama dalam pelukan dia."

Aku tersenyum kecil sambil memandang ke arah Taehyung yang sedang lena bersama patung kegemarannya yang menjadi peneman tidurnya, Tata.

Sekarang ini, aku sedang membuat panggilan bersama Mama. Mama sebenarnya yang telefon aku dulu. Nak tahu pekembangan percutian kami macam mana.

Siap share tips macam mana nak pikat lelaki djajskwjsjsks. Hmm.

"Awal mama bangun?" soalku sambil menelek jam tangan aku yang masih diset waktu Korea.

Kalau dekat Seoul ini, sudah pukul 6.30 pagi. Jadi dekat sini, sudah pukul 13:30 petang.

"Awal apanya. Dah dikira lewat dah ni Mama bangun. Nasib baik hari ini, papa cuti. Jadi tak tergesa-gesa sangat mama nak siapkan sarapan."

"Hayeon..." Taehyung mula merancau memanggil nama Hayeon. Aku memandang risau ke arahnya sambil mengetap bibir.

"Ma, Eun letak dulu ye. Tae tiba-tiba merancau. Kirim salam kat Papa, tau Ma."

"Okay sayang. Jangan lupa segala tips yang mama kasi dekat kamu tu." ujar Mama ceria tanpa dia tahu apa yang terjadi sekarang ini.

Aku tersenyum kelat. "Baik mama."

Sebaik sahaja panggilan dimatikan. Aku berjalan menghampiri Taehyung. Aku duduk melutut disebelah katil dan menatap setiap inci wajah kacak itu.

"Hayeon-ah... t-tolong picit kepala aku."

Aku mengetap bibir. Geram dan sakitnya hati ini bila suami sendiri memanggil nama orang lain ketika sakit.

Mata aku mula terasa panas.

Sabar Haeun. Sabar.

Kau kena sedar, perkahwinan yang kau anggap akan jadi sempurna ini sememangnya bangak cacat cela dimana Taehyung belum sepenuhnya dapat melupakan Hayeon.

Baru sahaja tangan aku ingin mengurut pelipisnya, tiba-tiba Taehyung memegang tangan aku. Aku tersentak dan memandang ke arahnya dengan pandangan terkejut.

Nampaknya, Taehyung sudah sedar dari tidurnya. Mata terukir tajam itu memandang aku dengan pandangan redup.

"T-tae.. awak okay?"

Taehyung diam. Dia kekal memandang aku. Mata aku sudah mula bergetar. Aku mengetap bibir.

"Maaf." ujarnya sebelum dia melepaskan pegangan tangan dan mula bangun, menuju ke bilik air.

Bam!

Terhinjut bahu aku dibuatnya apabila Taehyung tiba-tiba sahaja menghempas pintu bilik air dengan kuat.

Aku jatuh terduduk. Air mata yang tadinya disekat kini mula mengalir. Aku memejamkan mata sambil mengusap dada aku, cuba menenangkan diri.

Kau kena kuat, Eun.

Mungkin dia tersasul? Siapa sahaja tahu.

------

TBC

✔️me after you . kthWhere stories live. Discover now