Alhamdulillah, habis juga spm. Terluah segala beban yang disimpan selama ini cehh. Aku melihat kawan kawan ku bukan main gembira.
" Amboi korang. happy happy jugak. Tak reti nak balik ke? dah 30 minit kita berkurun dekat sini" kataku sambil mencekak pinggang.
"Alahai kau ni Dayana. Tak habis habis dengan serius nya tu. Move on lah dayana, kau punya jawatan sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS sudah tamat. Ketua pengawas pun tak seruis macam kau" balas Farhan dengan selamba. perkataan PENOLONG KETUA PENGAWAS itu ditekan.
" Alahaii kau ni han, aku serius bukan sebab apa. Mak ayah korang tunggu tu. Kesian tahu tak dorang tunggu lama lama " marah ku kerana sikap khayal mereka.
" Alamakkk aduyaiii macam mana bolehh lupaaa ni " kata Farhan seraya menepuk dahi. Adumak habis kene bebel!
" Okey korang! aku balik dulu ehh. Byee, apa apa roger okey " kata Farhan sambil menngenyit mata lalu pergi. Eleh fikir handsome lah tu!
" Eh aku pun sama " kata Muaz.
" Me too! " kata Mardhiah pula.
" Aku jugaaa " kata Nadiah juga. Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah mereka. Hailah sahabat..
Kawan kawan yang lain sudah balik, tinggal kami perempuan bertiga dan empat orang lelaki yang balik jalan kaki.
" Korang dah jom balik, aku penat ni " kata ku. Serius aku penat, dengan migrain nya. Eh kejap, kenapa aku perasan si Adam Mikael a.k.a. ketua pengawas tu tenung aku daripada tadi eh. Lantak lah dia!
Dari awal perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Aku berjalan di belakang mereka. Eh! Aku terperasan sesuatu. Mana si Adam nya? Biar lah dia. Yang penting kepala ku pening. Seperti dunia berputar putar. Bertahanlah diri, lagi sikit dah nak sampai. Sedang aku menahan sakit yang semakin menyengat, aku tidak terperasan aku terlanggar sebuah batu dan..
Eh aku tak jatuh? Baru aku perasan yang ada tangan melingkari pinggangku. Tapi siapa?
Adam Mikael?! Bila masa dia ada?! Entah entah dia ada dekat belakang aku masa aku berjalan. Apesal aku tak perasan!
Dia merenung sedalam dalamnya mata aku. Lama. Apesal dia ni nak tenung aku macam tu. Wajah kami teramat dekat sehingga aku boleh merasakan kehangatan nafasnya. Aku terus menolak dada nya dari terus memegangku. Fuh!
" Lain kali kalau sakit. bagitahu, jangan diam je. Ni kalau aku tak pegang, mau ciumnya tanah tu. " Sindir si dia.
" Ni boleh jalan lagi tak? " soalnya lagi. Aku hanya mengangguk, sebenarnya kepalaku masih lagi sakit dan tekakku mula berasa loya. Dayana, lagi sikit je nak sampai. Sabar sabar. Sejujurnya aku dengan ketua pengawas ini tidak lah beberapa rapat seperti kawan kawan ku yang lain. Aku pun tidak tahu kenapa. Selalunya kami akan bicara tentang hal sekolah sahaja. Dah dia tak nak cakap, aku pun tak nak cakap lah. Jangan harap aku nak mula dulu!
Aku terus meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan orang sebelah. Kawan kawaku sudah jauh! baru perasan! Eii tak perasan langsung aku nak jatuh. Berborak tak ingat dunia apeelaaa. Kan dah kena jalan dengan mamat ni urgh!
" Kalau result kau gempak, kau nak study dekat mana? " soalnya selepas beberapa minit masing masing menyepikan diri.
" Aku tak sure lagi lah. Tengoklah macam mana, kalau ada rezeki ye aku masuk. " kataku sebelum tersenyum manis kepadanya. Ini masanya Dayana untuk kau rapat dengan dia! Dah setahun kau dengan dia pegang jawatan ketua dan penolong pengawas, ini masanya. Sampai bila nak membisu.
" Kau pulak? Tak nak study luar negara? Kau kan budak pandai " soalku semula. Eh dia ni dok pandang pandang aku tak berkedip dah kenapa?!
" Macam kau kata, kalau ada rezeki masuk lah. By the way, senyuman kau manis. " katanya lalu pergi meninggalkan aku. Aku terkaku, manis sangat ke senyuman aku ni? Eh aku senyum dekat dia ke? Eh Dayana, kau ni suka senyum. Memang lah tersenyum. Apeelaa. Seserius aku takdelah sampai nak bermasam muka dengan orang hihi. Tak pernah pernah orang puji. Ish maluu, dalam sedar tak sedar aku tersenyum.