Sejak balik dari tasik , aku hanya banyak mendiam kan diri . Waktu makan malam , aku hanya senyap sahaja . Sepatah yang ditanya , sepatah yang dijawab .
Usai makan malam , aku terus menuju ke bilik untuk menunaikan solat isyak .
' Aih , bosanyaa ' kata hatiku . Aku cuba melelapkan mata , tapi tak boleh nak tidur juga . ' Nak buat apa ni '
Aku mendapat idea ! pergi bawah tengok drama lagi best !
Aku memerhati sekeliling , takut terserempak dengan along . Okay line clear ! Tiba di ruang tamu , aku melihat Ummi dan Walid juga ada sedang khusyuk menonton televisyen . Cis ! Sikit pun tak perasan aku .
Aku mula duduk di sofa , aku memandang televisyen tetapi fikiran ku melayang ke arah lain .
" Eh adik , termenung apa tu ? " soal Walid .
" Ha erm , tak de apa hehe " aku menyembunyikan sesuatu . Sedangkan aku sedang fikir kan perihal petang tadi . Tentang along .
" Adik " panggil Ummi .
" Ye ? " Aku menyahut .
" Adik kenapa tadi makan malam senyap je ? selalunya mulut adik je yang riuh . Balik tadi pun adik tak cakap apa apa " soal Ummi . Aku terkelu . Alamak nak jawab apa ni aduh .
" Ha erm .. aa adik penat sikit Ummi hehe " bohong ku . Kepala yang tidak gatal aku garu .
" Adik Ummi tahu apa masaalah adik , adik marahkan along kan ? " aku mengangguk tidak , menggeleng pun tidak . Ye Ummi , along tipu adik ! ingin sahaja aku beritahu .
" Adik , Ummi tahu adik sedih along buat adik macam tu . Tapi adik kena faham , along sibuk . Dia bukan sengaja tak tunaikan kata kata dia " sambung Ummi lagi . Aku mula sebak , along tipu adik Ummi ! dia tak pernah tak buat apa yang dia cakap . Adik sedih Ummi .
" Dia tak pernah tak tunaikan apa yang dia cakap Ummi , tapi kalini betul betul adik terkilan . Kalau macam tu , baik tak payah bawak adik . Biar je adik dekat rumah , perompak masuk . Kena culik ke kena apa ke , lagi elok dari menipu " kataku tersedu sedu . Jujurnya aku memang terlalu rapat dengan along , sehingga kan masaalah .. semua benda aku cerita dekat along . Kitaorang ni dah macam bff pun ada jugak .
Aku menangis disitu tanpa mengendahkan sesiapa , Ummi cuba memujukku dari berhenti menangis tetapi aku tidak mengendah kan juga . Cengeng !
" Adik " kedengaran suara along memanggil aku . Aku cepat cepat mengesat air mata lalu pergi naik ke bilik meninggalkan mereka .
Aku menutup pintu bilik . Aku duduk di katil sambil menangis tersesak esak . Kenapa touching sangat aku ni ? ' teman baik ' dah nak datang ke ?
Tok ! Tok !
Kedengaran orang mengetuk pintu . Along la tu .
" Masuk " aku kelam kabut mengambil telefon di atas meja . Buat buat busy .
" Adik " panggil Along . Aku hanya memandangnya sekilas yang duduk di birai katil .
" Adik " pangilnya kali kedua .
" Hm " sahut ku tetapi mataku masih ligat memandang screen telefon .
" Along mintak maaf " ucapnya . Amboi , senang senang je nak mintak maaf .
" Along mintak maaf sangat dik , along bukan sengaja nak tipu adik . Along terpaksa dik , tiba tiba bos along suruh pergi tempat lain . Maaf lah dik , along tak sengaja adik sayang " rayunya lagi . Aku sudah mula sebak .
Along mendekatiku lalu memeluk bahuku . Aku menangis teresak esak . Aku menyembamkan mukaku didadanya .
" Maafkan , along dik . Along tak sengaja buat adik sedih " pujuknya lagi . Sedih melihat adiknya menangis begitu .