KAWASAN di sekitar Kedai Buku berjenama Hasani nampak tenang. Buku-buku tersusun rapi mengikut bahagian masing-masing di atas rak. Termasuk alat tulis dan peralatan-peralatan lain yang turut dijual di situ. Kelihatan pelanggan-pelanggan yang hanya boleh dikira dengan jari yang berada di situ. Membelek-belek buku yang berkenan di hati.
Riana sejak dari tadi sedang meliar mencari buku di suatu sudut bahagian buku ilmiah. Telefon bimbit yang dipegang di tangan diintainya sebentar. Memandang ke arah aplikasi nota yang tertulis tajuk buku yang ingin dibeli. "Buku rujukan Sejarah, Ekonomi.. Tingkatan Lima dan Empat. Hah! dah jumpa!" Riana tersenyum sendiri sambil tangan mengambil kedua-dua buku itu dan diamatinya lama. Takut tersalah subjek.
Pada masa yang sama, Khairul sedang berada di hadapan rak buku yang tersusun buku yang ingin dicari. "Buku Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris Form Two." bisik hati Khairul sendirian sambil melihat nota yang ditulis di atas sehelai kertas di tangannya itu.
Hampir 10 minit berada di kawasan itu, masing-masing mula melangkah ke kaunter pembayaran dengan buku yang ingin dibeli. Kelihatan seorang gadis belasan tahun sedang asyik menyusun buku di satu sudut bersama rakan kerjanya. Bibirnya mula tersenyum apabila memandang ke arah Riana dan Khairul yang telah sama-sama berada di kaunter pembayaran. Cuma bezanya Riana berada di hadapan Khairul. Buku di tangan mereka itu sama-sama diletakkan di atas meja kaunter. Anak mata kedua-duanya saling berpandangan. Cuma seketika. Khairul tersenyum manis buat Riana turut sama membalas senyuman sesaat itu.
"Berapa adik?" tanya Riana setelah pandang penuh ke arah gadis tadi yang sedang menekan mesin kira sambil mengesan kod bar yang ada pada buku dengan alat pengesan kod. Tangan sempat membawa keluar dompet duitnya dari beg tangan yang digalas di bahu kanan.
"RM25.90 aje kak." jawab gadis itu sopan setelah memasukkan buku tersebut ke dalam beg plastik.
Riana tersenyum faham lalu menghulurkan duit sekeping RM50.00 yang dipegangnya sambil menarik beg plastik yang terkandung buku rujukan yang dipesan adiknya itu.
Gadis kaunter itu menekan kembali mesin kira dan memberikan wang baki berserta resit kepada Riana. "Terima kasih kak." ucap gadis itu tersenyum manis. Riana lantas membalas ucapan tersebut dan beredar dari situ.
"Err. berapa adik?" Khairul pula menyoal gadis kaunter itu setelah melihat Riana beredar dari situ. Tidak sedar dia sejak dari tadi hanya memberi perhatian kepada tingkah laku wanita di hadapan barisannya itu sahaja.
Gadis kaunter itu kembali melakukan tugasnya semula dengan cekap. "Ermm.. RM35.90 ya bang." kata gadis itu setelah selesai menekan mesin kira.
Khairul turut melakukan perkara yang sama seperti lagak wanita yang dipandangnya tadi. Setelah selesai membuat pembayaran, Khairul cuba melihat semula nota pesanan yang ditulis adiknya itu agar buku yang dipesan tidak tersalah beli. Tidak sampai seminit dia memeriksa semula buku yang dibeli, riak wajahnya mula berubah serta-merta. Tidak jadi keluar dari kedai itu walaupun langkah kakinya hampir beberapa tapak ke arah pintu kedai. "Adik, tadi abang rasa abang bagi kat adik bukan dua buku subjek ni la. Tapi buku subjek Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris, Form Two." Khairul menunjukkan buku tersebut kepada gadis di kaunter pembayaran itu semula sebagai bukti. Kerutan dahi kehairanan jelas kelihatan di wajahnya.
"Ya ke bang? Kejap saya check balik, ya?" Gadis itu segera melihat ke arah resit dan buku yang dihalakan ke arahnya dengan penuh teliti. Dia menekan mesin kiranya semula dan meneliti setiap data yang terdapat di monitor satu persatu. Riak wajahnya turut sama berubah. Jadi serba salah. "Alamak.. sorry abang, saya rasa saya dah tersalah bagi pada..."
YOU ARE READING
Penantian Cinta
RomanceCINTA sangat indah untuk diungkap melalui manis bicara kata-kata. Cinta yang suci ada kalanya memerlukan satu penantian yang teguh. Nikmat cinta yang dikecapi pula mampu menyembuhkan hati insan yang sedang berduka lara. Namun, kadang kala hati mudah...