🌹
“Kau masih teringatkan perempuan tu ke, Seok?” lelaki berambut kelabu asap dengan mata sepet menyoal. Dia sedikit rimas melihatkan wajah kusut Hoseok yang dari tadi bertayang. Boleh hilang mood nak have fun.
“Kau fikir move on ni senang ke, Yoongi? Macam curah air dari cawan?” balas Hoseok buatkan lelaki yang dipanggil Yoongi itu tersengih.
“Alah kau ni, kalau move on tu susah. Kau senangkanlah.” ujar Yoongi lalu menayangkan gummy smilenya.
“Lagipun banyak lagi perempuan dalam dunia ni yang boleh kau pilih untuk dijadikan pasangan hidup. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, sekarang kau tinggal lupakan bunga yang dulu dan cari bunga baru” ucap Yoongi, minuman sprite didalam tin diteguknya. Hoseok kemam bibir.
“Sejak bila kau pandai main perumpamaan ni, Yoongi?”
“Sejak aku experience sendiri macam mana rasanya sakit bila ditinggalkan” jawapan Yoongi buatkan Hoseok hampir tersedak dengan minuman spritenya.
“Ha? Kau ni jangan memain, aku tak pernah tengok kau bercinta, apatah lagi berteman rapat dengan perempuan. Kau mabuk eah, Yoongi?” bahu kawannya itu dicuit. Cemberut Yoongi jadinya.
“Kau ni, potong betulah! Ya, aku mengaku aku tak pernah bercintan cintun, tapi aku nak try benda baru. Macam..” Yoongi menggantungkan ayatnya bila matanya menangkap kelibat seorang gadis yang amat dikenalinya.
“Macam?”
“Itu bukan Yuna, ke?”
Automatik Hoseok menoleh ke arah yang ditunjuk, Hoseok. Hatinya seperti ingin tercabut bila terlihat Yuna bersama dengan lelaki lain. Berpegangan tangan. Wajarlah Yuna memilih lelaki itu, rupanya jauh lebih kacak dari Hoseok!
“Seok, kau okay tak ni?”
“A- aku okay. Jap, aku nak pergi tandas” laju saja Hoseok lesap dari pandangan. Sengaja dia berkelakuan begitu kerana tidak mahu bertembung dengan Yuna. Nanti sakit dihatinya akan bertambah parah.
Masuk dalam tandas, sinki tempat pertama yang dituju, pili paip dipulas separuh, wajahnya dibasahkan lalu pantulan wajahnya dilihat melalui cermin.
“Yuna..”
“Awak nampak gembira sekarang..” bisik Hoseok bersertakan air matanya yang mengalir perlahan. Hoseok pejam mata, bibir diketap.
“Kenapalah saya susah sangat nak lupakan awak?”
“Yuna, saya memang tak mampu berikan awak segalanya, tapi saya mampu berikan awak cinta. Cinta saya hanya utuh untuk awak seorang, tapi nampaknya cinta saya pada awak itu hanyalah suatu perkara yang sia- sia..”
Hoseok meraup rambutnya kebelakang.
“Baiklah, saya akan lupakan awak. Bahagialah dengan pilihan awak” Hoseok menarik gelang berwarna putih dipergelangan tangannya itu sebelum direnungnya seketika.
“Saya bahagia kalau awak bahagia..”
Buk!
Bunyi benda jatuh menyedarkan Hoseok jadi lamunan, cepat- cepat dia angkat punggung lalu melangkah ke dapur, tempat dimana bunyi tersebut terhasil. Matanya meliar di segenap ruang di dalam dapur tersebut, namun satu kelibat langsung tidak dilihatnya.
“Hem..” Hoseok mengerutkan dahi, pelik. Mungkin disebabkan khayal, dia mulai mendengar perkara yang bukan- bukan. Hoseok mengambil keputusan untuk pergi dari situ.
Baru sahaja dia ingin membuka langkah, sekali lagi bunyi tersebut terhasil. Kuat, seperti bunyi pinggang yang sengaja dijatuhkan.
“Awak ke tu, Yuna?” soal Hoseok. Hening, tidak ada sahutan buatkan bulu romanya jadi merinding.
“Awak- ehh Mickey! Buat apa dalam gelap ni?” soal Hoseok bila kelibat anjingnya kelihatan dibawah meja makan. Laju dia duduk mencangkung, anjingnya dicapai sebelum dielus geram.
“Buat apa kat situ? Menakutkanlah!” kata Hoseok, Mickey hanya memberi respon bersahaja.
Laju Hoseok membawa langkah kaki masuk kedalam bilik yang menempatakan Yuna seraya membawa anjingnya.
“Sayang? Kenapa tak tidur lagi?” soal Hoseok, pelik bila Yuna sedang duduk di birai katil sambil menundukkan wajah. Mickey dilepaskan dari pegangan. Anjing itu berlari keluar semula. Bahu Yuna disentuh Hoseok, terkejut dia bila pipi Yuna basah dengan air mata.
“Kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Hoseok sedikit risau.
“Seok..”
“Em?”
Wajah risau Hoseok ditenung Yuna, makin dia pandang wajah lelaki itu, makin deras air matanya mengalir.
“Hey, kenapa ni?” Bahu Yuna dirangkul Hoseok lembut, tersenguk- senguk gadis itu menahan isak tangisnya yang mulai pecah.
“Sa- saya teruk sa- sangat ke, Seok?” soal Yuna, wajahnya diraup dengan tapak tangan. Berkerut dahi lelaki itu jadinya. Pelik dia.
“Teruk apa? Awak tak teruklah sayang, trust me” bisik Hoseok.
“Sayang dapat nightmare lagi ke?”
Yuna mengangguk, Hoseok hanya tersenyum segaris, kepala Yuna disandarkan pada bahunya.
“syh. Mimpikan, hanya mainan tidur?” bisik Hoseok, Yuna yang sudah tenang hanya memasang telinga. Suara Hoseok memang sangat enak didengar pada halwa telinganya.
“Tidurlah, saya temankan awak..”
“Thank you, seok”
“Em..” dehem Hoseok, bahu Yuna ditepuk perlahan.
Kita akan kekal macam ni ke, Yuna? Sampai bila- bila?
YOU ARE READING
[C] ELPIS | 제이홉 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: AMNESIA] "Apa maknanya cinta kalau cinta yang ada dalam diri awak tu hanyalah kepura-puraan semata- mata?" Kisah dimana Jung Hoseok yang mengharapkan kesetiaan serta cinta yang suci dari isterinya. Harapannya akan menjadi kenyaatankah? O...