RINDU YANG TERLUKA

3 0 0
                                    

Enggan aku ucapkan.
Tidak mampu aku luahkan
Bisikan yang menyetak lamunan ku dikala hati mengenang ingatan itu
Rasa yang pedih,
Yang kecewa dilukai hanya kerana salah yang tidak dimengerti.
Mengapa
Apa salahku
Apa tindakanku yang melukaimu.
Mengapa tiada yang mengerti hasratku.
Mengapa tidak kau lihat keikhlasan ku yang sentiasa tersenyum ikhlas membantu dikala kau seperti kepatahan sebelah sayapmu.
Diketika itu aku hanya tersenyum memapah tanganmu.
Sedangkan kakiku terluka ditusuk kaca yang mengalirkan darahku.
Tidak, tidak akan pernah kau mengerti sakit luka yang aku rasa
Kerna engkau hanya pedulikan dirimu.
Hati mu
Bukan aku...
Biarlah aku hanya sebagai perindu yang terluka

JuwataWhere stories live. Discover now