Bab 1-1 : Kehilangan Syaqiena

17.8K 101 0
                                    

Namaku Iwan. Aku merupakan seorang penuntut ilmu silat Harimau Berantai. Aku tekun sekali berguru di bawah ajaran Tuan Guru Sang Adi Putra. Aku telah menganggap rakan-rakan seguru aku seperti saudara sendiri. Aku seronok berlatih bersama-sama mereka.

Syaqiena merupakan teman rapatku, yang sama-sama menuntut ilmu denganku. Seorang gadis desa yang ayu, dikurniakan paras rupa yang indah laksana puteri bunian. Dia merupakan srikandi yang tangkas di gelanggang persilatan. Setiap langkah dan bunga tarinya tersusun kemas, sehingga mampu menewaskan lelaki yang bertubuh sasa. Aku juga belum pernah dapat menewaskannya di medan laga dek kerana ilmu tempurnya yang hebat itu. Mungkin juga kerana aku sendiri tidak sanggup untuk melukakan gadis yang aku cintai itu.

Namun begitu, dia tidaklah riak dan sombong dengan kelebihan itu. Sikapnya yang lemah lembut dan peramah membuatkan dia menjadi perhatian jejaka-jejaka di kampung Tualang Tiga. Namun aku bertuah kerana dia lebih memilih aku sebagai kesayangannya. Aku juga menyimpan perasaan sayang terhadap gadis manja itu.

Setiap hari, selepas selesai berlatih di gelanggang silat, aku menemaninya pulang. Risau pula hendak membiarkan anak dara itu pulang berseorangan. Meskipun dia memiliki ilmu persilatan yang tinggi, namun aku sedar dia hanyalah seorang perempuan yang kudratnya terbatas berbanding lelaki. Syaqiena memiliki tubuh yang agak menggiurkan. Meskipun berpakaian sopan, bertudung litup, namun dia tidak dapat menyembunyikan lekuk tubuhnya yang indah itu. Bersaiz 33-28-32, dia sering menjadi lirikan lelaki di kampung itu. Buah dadanya yang pejal itu dapat membuatkan jejaka terliur melihatnya.

Pada suatu hari, aku telah bertengkar dengan Syaqiena. Aku lupa mengenai apa. Yang pasti, pertengkaran itu membuatkan gadis berusia 22 tahun itu kelihatan sedih sekali. Terdetik kekesalan dalam hatiku, namun egoku yang tinggi membuatkan aku sanggup membiarkan kekasih hatiku itu pulang sendiri pada petang itu.

Waktu hampir senja, aku berasa tidak sedap hati. Aku menyesal kerana memarahi Syaqiena siang tadi. Aku terus bergegas ke rumahnya yang hanya sepelaung dari rumahku, dengan niat untuk meminta maaf. Namun, ibunya mengatakan bahawa Syaqiena belum pulang ke rumah. Hatiku menjadi resah. Tanpa berlengah, aku terus mencarinya, bergerak dengan kelajuan tinggi, menggunakan jurus Lipat Bumi yang tidak sempurna. Tenaga dalamku banyak digunakan, namun aku tidak peduli. Syaqiena mesti ditemukan.

PetualangWhere stories live. Discover now