9

2.4K 99 22
                                    

Alex P. O. V

Tok! Tok! Tok!

Aku berdiri dihadapan pintu bilik Christina. Tombol pintu bergerak sedikit lalu trbuka dari dalam. Bau wangi menerpa keluar. Hmm... Wanginya...

"Alex, kenapa?" Tina bersuara.

"Ermm... Saya nak balik rumah ibu petang ni. Jadi saya.... Ermm..." Aku menggosok belakang leher.

"Takpelah, balik jelah rumah ibu awak. Saya okay je duduk sorang." Pintas Christina. Aku tercengang.

"Eh, bukan-bukan. Sebenarnya saya nak ajak awak balik rumah ibu sekali, sebab ibu yang ajak. Ibu tau awak duduk sekali dengan saya."

"Lah yeke."Balas Tina lalu tergelak. Aku ikut ketawa dengan Tina.

" Kalau macam tu, okay lah. Nanti saya kemas barang nak bawa."

"Okay, jam 4 kita gerak." Aku memberi arahan dan terus berpaling mahu ke ruang tamu.

"Alex!" Panggil Christina.

"Yup?"

"Dekat pipi awak..." ujar Christina sambil menunjukkan kearah pipinya sendiri.

Aku menyapu sebelah pipi aku, memahami arahan Christina tadi. Kosong.

"Apa dia?" Aku bertanya pelik, terlihat Christina sudah ketawa dan mampir kearah aku.

"Bukan situlah, sebelah ni." Ucap Christina lalu mengelap lembut pipi kiri aku.

Kedudukan kami yang hampir, membuatkan aku terpaku. Hampir... Sangat hampir.

'Wanginya... Wanginya dia. Mesti dia guna losyen. Aku suka bau ni.' Otak aku menerawang sendiri.

" See! Awak buat apa sampai comot macam ni?" Christina menunjukkan jarinya yang terkesan dengan sesuatu berwarna hitam.

Erk... Itu...

Macam mana aku boleh tak perasan.

"Erm... Saya buat kerja sikit. Melukis."

"Owh, awak melukis? Bukannya awak ambik kos muzik ke? Kenapa buat kerja melukis pula?" Tanya Christina, mula pelik.

Aku senyap. Tunduk sedikit.

"Itu ke kerja yang awak rahsia kan sangat dengan saya? Kerja awak yang dalam bilik lagi satu tu kan?" Ujar Christina. Aku mula menggaru kepala.

Ala, masa ni pula aku nak menggelabah.

"Mesti cantikkan, nak tengok!" Christina mula melangkah menuju ke bilik 'rahsia' aku.

Ala...

Ala...

Dup... Dap... Dup... Dap...

Tombol pintu dipegang Christina. Hampir-hampir dipulas dan...

"Lukisan belum siap." Beritahu aku. Christina berpaling memandang aku.

"Ala, takpelah. Saya nak tngok je." Pintu bilik trbuka sedikit.

"Jangan! Jangan masuk!" Larang aku lagi.

"Nak tngok je, saya tak kacau apa-apa."

"Aku kata jangan, janganlah!" Tengking aku. Christina tersentak.

Aku mendekati lalu menarik tombol pintu kuat sehingga bunyi pintu berdentum kuat. Sekali lagi Christina tersentak.

"Degil! Aku kata jangan tu, maknanya aku tak suka." Bebel aku dalam keadaan marah sambil berlalu kearah dapur.

Sayup-sayup aku mendengar suara Christina.

"Saya minta maaf."

*****

"Hai Ibu." Aku menghampiri Puan Lily yang sibuk memasak di dapur.

"Eh, bila sampai? Tak dengar pun bunyi kereta kamu." Tegur Puan Lily.

"Hmm... Baru je ni." Balas aku sambil menuang air sejuk ke dalam mug untuk aku minum. Penat memandu walaupun jarak rumah aku dengan ibu tidak lah jauh mana.

"Tina datang sekali tak?" Tanya ibu sambil mengacau masakkan didalam periuk.

"Ada je." Balas aku malas. Smbung meneguk air didalam mug.

"Semacam je bunyi kamu ni. Ada masalah ke?"

"Takdelah, penat je."

Ibu menghentikan kerja nya lalu memandang kearah aku.

"Alex, ibu kenal sangat dengan kamu. Kamu anak ibu juga, kalau ada apa-apa masalah, jangan segan cerita dengan ibu. Kita bukan orang asing." Pujuk ibu.

Aku mengeluh.

"Takde apa, cuma gaduh sikit dengan Tina kat rumah tadi. Alex trtinggi suara dekat dia. Mungkin dia terasa kot, dari rumah sampai lah ke sini Tina tak cakap apa-apa pun. Serba salah juga sebenarnya." Terang aku, tanpa berlindung.

Aku perasan ibu tersenyum.

"Duduk sekali, ada salah faham tu perkara biasa. Yang penting kita jangan ego, jangan rasa diri tu betul semua benda. Ada masa, kita kena juga rendahkan ego then minta maaf."
Ceramah ibu. Aku skadar tersenyum. Kelat.

"Perkataan yang paling bermakna didunia ni adalah Terima Kasih dan Maaf. Dua perkataan tu, tanpa sedar boleh ubah suasana sekeliling. Alex cuba." Sambung ibu.

"Hmmm... Nanti Alex minta maaf dekat Tina." Aku membilas mug yang sudah aku gunakan.

"Bila?" Tanya ibu.

"Nanti-nantilah."

"Cuba, ibu nak dengar dulu."

"Eh, buat apa? Nanti Alex cakaplah dekat Tina. Jangan risau."

"Tak boleh, ibu nak dengar dulu."

Lama aku terdiam. Berkira-kira mahu menyebut atau tidak.

"Hmmm... Yelah. I'm sorry." Ucap aku malas. Ala... Depan ibu je kot. Nanti depan Tina aku buat lah ayat bunga-bunga sikit.

"Macam tu je? Ibu yang dengar ni pun tak rasa nak maafkan. Buat lah brsungguh sikit. Buat macam Alex tengah cakap dengan Tina betul-betul. Ibu nak dengar keikhlasan maaf Ales tu." Leter ibu.

Aku sengih, sambil menggaru hujung kening.

"Okay-okay." Aku menarik nafas dalam lalu menutup mata. Cuba membayangkan ibu adalah Tina.

"Tina, saya minta maaf. Saya takde niat pun nak marah awak. Saya sendiri tak sedar apa yang jadi tadi. Saya menyesal sangat. Harap awak boleh maafkan saya, and kita jadi kawan semula. Boleh?" Ucap aku senafas. Perlahan-lahan aku me buka mata memandangkn ibu yang sudah tersengih.

"So, Tina? Macam mana? Terima tak?" Aku tersentak. Terus sahaja aku berpaling memandang kearah pintu dapur.

Kelihatan Tina sedang tersenyum memandang kearah aku dan ibu.

Ceitt! Ibu kenakan aku.





Hola... Sorry geng, lama x update... Nah hadiah untuk peminat2 ku sekalian... Cewah... 😏💓💓💓







Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now