20-Tamat

1.8K 354 98
                                    

Jasmine • jjk

Wajah Jungkook berubah pucat. Berita mengejut yang disampaikan sendiri ayah kandung Jasmine menjerat dirinya.

Dia punca gadis itu hilang nyawa. Terpisah roh dari badan. Dalam erti kata mudah, Jasmine mati kerana obsesnya seorang lelaki bernama Jungkook.

"M-maafkan salah silap anak pakcik ya? Pakcik sendiri tak tahu punca sebenar Jasmine mengganas dan serang adik. Maafkan arwah. Banyakkan berehat tau."telapak tangan Ustaz Asif menggosok belakang tubuh Jungkook.

Pemuda itu menahan gelojak perasan takut dan bersalah yang menebal. Dalam selimut yang membaluti tubuh, dia sorok telapak tangannya yang menggeletar habis.

Orang buat salah. Confirm menggelebah.

"Saya sayang Jungkook saya. Eceh, awak..."ujar Ustaz Asif secara tiba-tiba.

Jungkook melompat turun dari katil. Dia kedip mata untuk kali pertama.

Wajah Jasmine menerpa dengan senyuman sinis.

Dia kedipkan mata untuk kali kedua.

Zzup.

Bertukar ganti dengan riak polos Ustaz Asif.

"J-jasmine, berambus kau."

Dia menampar kuat pipinya. Kelopak mata ditutup lalu dia undur ke belakang.

Terasa kedinginan lantai hospital menyerap masuk ke dalam kulit.

"A-aku minta maaf Jasmine. Aku merayu."

Dia berlari dan berlari. Menuju destinasi yang tidak pasti.

Tubuhnya terlanggar permukaan dinding konkrit. Dia gagahkan diri untuk membuka matanya.

"S-sayang."

Derap langkah kaki Jasmine masih jauh di sana. Selangkah tapak kakinya bergerak, haba panas menyerang diri Jungkook.

Jemarinya bergerak melawan kehendak hati tuan badan.

"Jungkook?"

Kepala si lelaki durjana itu terdongak ke atas.

Kedua-dua jemarinya sedia melekat di kawasan leher. Cengkaman kian menguat. Bisikan suara merdu Jasmine memaksa dirinya berkelakuan sebegitu.

"Why? Jasmine hidup lagi kan? Kau jangan tipu aku syaitan!"

Makhluk mirip rupa paras Jasmine itu merangkak ke arah Jungkook.

Dia gelak sinis. Kepalanya asyik menggeleng berulang kali.

"Kau patut join Jasmine di atas sana. Kata sayang, korbanlah sedikit."

Jungkook melihat sendiri cengkaman jemarinya mencekik kuat leher diri sendiri.

Nafasnya tercungap-cungap. Lampu di luar koridor wad terpadam.

Pprak.

Bunyi leher seseorang patah bergema kecil. Tubuh si jejaka obses bernama Jungkook jatuh terjelepuk di atas lantai.

Degup jantung berentak cemas itu berhenti berdegup. Wajahnya yang merah bertukar pucat.

"Kifarah khas buat kau, Jungkook."

Kata-kata itu tergantung tidak berbalas. Jeritan lantang suara jururawat bertugas bergema tika susuk tubuh dalam keadaan mengerikan itu ditemui di tengah koridor.

Ah, di mana Jasmine?

Tanya Jungkook. Di situlah dia berbahagia bersama Jasmine, kekasih hati dambaannya.






-Tamat dengan sadisnya?-



















"Sudah tentu sayangku."













[Tamat]

[C] Jasmine • JJKWhere stories live. Discover now