19

1.6K 352 19
                                    

Jasmine • jjk


Pipiku ditampar lembut. Aku terjaga dari pembaringan. Selimut hospital ditatap penuh curiga olehku.

"Adik dah okay?"seorang lelaki tua duduk berhadapan denganku.

Riak wajahnya cemas tatkala keadaan diri menjadi panik buat seketika.

Hujung besi katil hospital aku genggam kuat. Aku diserang rasa panik dan degup jantung yang menggila.

Bahuku dirangkul erat. Lelaki tua berkopiah putih itu menepuk bahuku.  Jelas usahanya yang mahu menyalurkan secebis kekuatan kepada diriku.

Wait, where is my Jasmine?

"Cari Jasmine ya?"

Aku terkesima. Lontaran soalan lelaki tua itu menimbulkan rasa sangsi.

"Siapa pakcik?"

Mata lelaki separuh abad itu membalas redup panahan tajam iris mataku.

Rangkulan lengannya di bahuku melorot jatuh.

"Pakcik...ayah kepada Jasmine."

Perasaan serba salah memakan diriku sedikit demi sedikit.

-tbc-

[C] Jasmine • JJKWhere stories live. Discover now