Tok Ariff merupakan seorang pegawai hutan yang baru sahaja berpindah kerja di Hulu Perak. Zaman itu tanah melayu baru sahaja beberapa tahun merdeka daripada penjajah. Sebagai seorang pegawai hutan memang menjadi rutin untuk masuk ke hutan menjalankan tugas. Suatu hari, Tok Ariff dan beberapa orang rakan masuk ke hutan seperti biasa. Entah macam mana ketika sampai di satu kawasan yang berbukit Tok Ariff terpisah dengan rakan-rakannya. Bukit yang berkabus itu terus didakinya, tangannya rancak melibas-libas anak pokok yang menghalang laluannya ke puncak bukit dengan golok yang dibawanya. Pagi itu, suasana agak hening dan diiringi dengan suara ungka bersahut-sahutan. Tok Ariff seperti terkhayal seketika dan dengan tidak semena-mena golok yang dipegang terlebas daripada tangan dan terkena kakinya. Darah mengalir deras, kepalanya menjadi pening dan pandangan pula menjadi semakin kabur. Akhirnya dia tak sedarkan diri...."Bangunlah...luka di kakimu sudah sembuh, ku ubati". Sayup-sayup suara seorang perempuan terdengar di cuping telinganya. Lantas, Tok Ariff membuka matanya perlahan-lahan. Terpandang sekujur tubuh yang sungguh ayu lagi mempesonakan di hadapannya ketika ini.....
bersambung...itu pun kalau ada yang berminat ..huhu
YOU ARE READING
Misteri Puteri Bunian
Mystery / ThrillerCerita ini berdasarkan kisah yang aku dengar daripada orang dulu-dulu dan di tambah juga imaginasi sendiri...