Bab 2 - Adam Pujangga

48 0 0
                                    


7 April 2020, Kota Damansara.

Adam Pujangga terjaga daripada tidurnya. Telefon bimbit jenama Samsung yang diletak di atas meja sebelah kanannya dicapai. Dilihatnya jam di skrin menunjukkan jam 3.00 pagi. Termasuk kali ni sudah 3 kali mimpi yang sama. Ya mimpi mengenai keris pusaka peninggalan arwah atuknya yang seolah-olah memanggil namanya tanpa suara. Keris tujuh luk itu bergerak perlahan-lahan seperti mahu keluar daripada sarungnya. Adam bingkas bangun dan cuba memikirkan apakah mimpinya itu sekadar mainan tidur atau sebenarnya ada sesuatu petanda baginya. Fikirannya melayang jauh teringat ibunya dikampung. Lantas tidak semena-mena rindu menjentik ruang hatinya. Wajah tua ibunya bermain difikirannya. Adam bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk, pada waktu ini tahajjud adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan. Usai membaca doa, Adam terus ke almari pakaiannya. Beberapa helai baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya. "Bu, Adam pulang..." bisik hati kecilnya. Setelah semua keperluannya siap dikemas untuk kelengkapannya selama tiga hari. Adam segera membuka aplikasi whats App. " Boss..maaf ganggu subuh2 ni...saya mohon EL hari ni, ada hal urgent perlu diuruskan dikampung" taipnya dan butang send ditekannya menandakan mesejnya telah dihantar. 

Misteri Puteri BunianWhere stories live. Discover now