Seusai sesi taaruf di antara Tok Arif dengan keluarga Puteri Hijau. Raja Mahadi ayahanda kepada Puteri Hijau menawarkan kepada Tok Arif untuk tinggal di alam bunian dan menjadi penghuni di alam itu. "anakanda Ariff sungguh bertuah kerana terpilih untuk menembusi hijab manusia untuk berkunjung ke alam kami". Tutur Raja Mahadi sambil mengusap-ngusap janggutnya yang keputihan mencecah hampir ke dada. " Sebenarnya keberadaan kamu di penempatan kami telah lama diperhatikan, anakanda hamba Puteri Hijau tertawan sungguh dengan kemolekkan tingkah laku kamu" tambahnya lagi.
Tok Arif menarik nafas panjang, seraya memandang redup wajah Puteri Hijau. Ya, kecantikkannya memang tiada tolok bandingan. Tiada lelaki yang tidak akan jatuh cinta jika memandangnya. Namun ingatan dan perasaan kasih dan cintanya kepada isterinya Saleha tidak mungkin akan terpadam. "Terima kasih atas tawaran itu, begitu kerdil rasanya diri ini apabila dipuji begitu" tutur lembut Tok Arif. " Budi baik Tuan Puteri Hijau menyembuhkan saya sangatlah saya sanjungi...akan tetapi amatlah berat untuk saya menerima tawaran tadi" Penjelasan dengan sebaik cuba diberikan oleh Tok Ariff.
"Baiklah jika itu jawapanmu" sambil bersilih memandang Puteri Hijau dan Tok Arif Raja Mahadi membalasnya.
"Anakandaku... masuklah ke bilik ayahnda dan ambilkan barang yang dibalut kain kuning di atas meja"Arah Tok Ariff kepada Puteri Hijau.
Setelah mendapatkan barang yang telah diarahkan, Puteri Hijau lantas menyerahkan kepada ayahandanya.
" Anakanda ku Ariff, sudilah kiranya terima cenderahati daripada kami ini, gunakanlah ia sebaik mungkin dan ingat jangan sesekali ia digunakan di jalan yang salah" Sambil menyerahkan barang berbalut kain kuning tersebut kepada Tok Ariff, Raja Mahadi berpesan.
"Terima kasih Tok..Insha Allah saya berjanji akan menjaganya sebaik mungkin." Janji Tok Ariff.
"Insha Allah kita akan bertemu lagi selepas ini, kamu telah menjadi tetamu istimewa kami di sini" Puteri Hijau menuturkan kata sambil tersenyum.
"Anakandaku Ariff...Pejamlah mata dan cuba bayangkan kamu berada di mana tempat kamu berada sebelum berjumpa Puteri Hijau." Arah Raja Mahadi Kepada Tok Ariff.
Tok Ariff memejamkan matanya, seraya mengingati kembali detik-detik kakinya terluka semasa merintis anak-anak pokok bersama sahabat-sahabatnya. Dengan melafazkan kalimah bismillah..perlahan-lahan Tok Arif membuka matanya..
sambung...
Ok ke cerita Tok Ariff ni?...
YOU ARE READING
Misteri Puteri Bunian
Mystery / ThrillerCerita ini berdasarkan kisah yang aku dengar daripada orang dulu-dulu dan di tambah juga imaginasi sendiri...