4 bulan telah berlalu nak kata aku tak rindu dia setiap saat weih aku pun tak faham kenapa aku sanggup tunggu dan bertahan dengan hubungan yang takde masa depan macamni
hubungan kitaorang nak kata elok entahlah tapi tu la dah jarang video call selalunya text je call? itupun kalau jungkook free haish
jungkook pulak bila aku tanya dia kita ni macam mana dia jawab dia akan fikirkan dia tak tahu tu jelah jawapannya haduh penat weih penat tanggung rindu minggu depan aku cuti aku plan nak pergi seoul suprisekan dia tapi ibu
nak ke ibu bagi aku pergi sana?
ye hubungan kami dah baik semula itupun sebab aku terpaksa menipu kata aku dan jungkook sudah putus terpaksa weih apelah nasib aku segera aku menurun anak tangga apabila sudah bersiap ingin pergi ke starbucks tiba ii ibu menyapaku"iera nak pergi mana ni"
"am nak pergi starbucks ngan bella"
"yeke ke kamu keluar dengan lelaki tu lagi kamu masih contact dengan dia kan?" haish ni aku letih ni
"apa ibu ni,iera dah cakapkan iera dah takde pape ngan dia tak payahlah nak ungkit ii lagi dah 4 bulan kot"
"manelah tahu dia balik sini sebabtu kamu tiba ii keluar ni yelah selalunya terperap je kan dalam bilik menangis melalak kan ingat ibu tak tahu"
"dahlah ibu iera malas nak gaduh dengan ibu kang cakap iera derhaka pulak" kataku pintas lalu menyambung langkah
nak tau sejak bila aku dengan bella elok balik? sejak 2bulan lepas maklumlah bella kan pergi travel dia balik je sini aku terus meminta maaf dan habis
"serabut" kataku sambil bermain garfu di jari
"kau kenapa ni orang bagi garfu tu suruh makan ni tak pergi main ii buat apa ni ha favourite kek kau kan makan la" ujar bella sambil menghirup latte
"aku penat la" tiba ii air mataku mengalir lantas aku menunduk sumpah aku tak dapat tahan dah
"kenapa ni huh dah la jangan nangis lagi, ni pasal ibu kau lagi eh" katanya sambil menggosok perlahan badanku apabila aku sudah lega aku mengangkat wajah
"bella,aku benci dia"
"siapa dia"
"jungkook"
"kenapa dia buat apa kat kau?"
"entah la weih aku dapat rasa dia tak serius dengan aku selama ni aku rasa dia main mainkan aku je tau tak dah 4 bulan ni hubungan aku dengan dia dah makin renggang sekarang dah takde video call, call pun tak selalu chat? aku mesej dia pagi, malam baru reply itupun balas sepatah ii"
"kau tahu kan kerja dia macam mana"
"iye aku tahu aku dah terlebih tahu dah tapi perlu ke sampai macamni dia layan aku bella kau tahu kan aku tak pernah bercinta ni kali pertama aku pun tak tahu apa yang patut aku rasa sebenarnya sekarang ni"
"tak try tanya dia kenapa dia macamni sekarang?"
"beribu kali tapi dia jawab apa tak tahu la entah la tu je la, aku penat la bella ye la memang la aku patut faham dia aku dah faham dah pun tapi sekarang ni dia yang tak faham aku"
"sabar je la wei aku pun tak tahu nak cakap apa dia betul ii busy kot penat lagi travel sana sini"
"ibu aku pulak tadi sebelum aku keluar mengungkit ii lagi pasal jungkook kata aku nak jumpa jungkook tak ke aku geram haish"
"ni kau dah bagitau belum parents kau yang kau nak pergi seoul"
"macam mana nak bagitau kalau sepanjang masa ada je nak bersoal jawab" keluhku
"tapi kau tahu kan kalau kita tak bagitahu orang tua kita perjalanan kita takkan diredhai Allah"
"aku tahu tapi" dulu aku sendiri pernah pesan padanya perkara yang sama tetapi kali ini takkan aku tak ikut apa yang aku dah pesan pada dia kan
"nak tak nak kau kena bagitahu"
"takpelah malam ni aku cuba maybe ayah aku boleh la kot tapi ibu tu ah lantaklah" rengusku menahan geram
"sabar ii istighfar"
"jom ah cepat"
"nak beli tiket harini, kalau ibu kau tak bagi macam mana kang membazir pulak"
"ini keputusan aku dan aku tahu ayah akan sokong aku lagipun aku pergi sana bukan semata mata nak jumpa jungkook aku nak jugak jalan ii kat sana tenangkan fikiran tenangkan jiwa yang sakit ni ye la lagi aku duduk sini nanti kang jadi gila aku, dah la awal la"
"ish kau ni habis kan la kek tu dulu membazir je dah la mahal"
"tak nak la takde selera kau nak kau ambik la"
pantas bella mengambil nya bapak gelojoh dia ni kek mahal kan siapa je yang tak nak sedap pulak tu
selepas membersihkan diri lantas aku pack barang ii apa yang patut tak naklah nanti esok nak pergi malam tu baru nak buat kang nanti ada je yang barang tertinggal
tiba ii pintu diketuk laju aku menyimpan barang ii yang sudah dikemas tadi kelihatan ibu di muka pintu
"kamu buat apa sampai kunci ii pintu ni"
"takde apa tadi pakai baju sebabtu kunci" kataku ringkas
"turun makan ayah dah tunggu dah"
lantas aku turuti langkah ibu dari belakang kejap nak bagitahu malam ni ke esok nak tak nak wajib bagitahu dorang, izinkan ke tak itu terpulang lagipun aku pergi sana bukan nak buat dosa
"ayah ibu" kataku perlahan sambil mataku tertumpu pada nasi di hadapan ku
"nak cakap apa tu iera cakap je" kata ayah
"nak cakap sikit"
"cakap je la" kata ibu pula
"iera akan pergi seoul"
"apa ibu tak izinkan" dah agak memang itu yang aku akan dengar dari mulut ibu, ayah tolong iera beri kerjasama hisk
"kamu pergi sana sebab nak jumpa jantan tu lagi kan? huh ingat ibu tak tahu kamu ni dah kenapa ha ibu tak faham la kenapa kamu pandang sangat dengan lelaki yang takde masa depan macamtu haish yang memang takde hala tuju ni takde sebab lain dah ni kan semuanya sebab dia hensem kacak bergaya putih melepak kan? sebab rupa kamu pilih dia, semua tu sementara je la iera buat pembedahan plastik boleh la kan ye la sampai kamu buta dengan asal usul dia"
"ibu kalau ibu benci sekalipun dengan dia please iera mohon jangan la hina dia sampai macamni sekali kenapa disebabkan dia tak islam ibu sesuka hati hina dia, iera bagitahu ni sebab nak ibu dengan ayah tahu je nanti cari iera pulak dan iera tak peduli ini keputusan iera so iera tak perlukan pendapat sesiapa pun" kataku bengang lantas langkah diajukan ke atas
YOU ARE READING
𝒐𝒖𝒓𝒉𝒂𝒑𝒑𝒊𝒏𝒆𝒔𝒔 | 𝒋𝒋𝒌
FanfictionIslamic Fanfiction "I will fix our relationship after i fix myself" JEON JUNGKOOK Genre : Romance Status : Complete Debut Fanfiction Start : January 19 End : December 19