Naira senyum apabila dapat melabuhkan tubuh badannya di atas sofa empuk itu. Puan Sarah yang sedang menghidangkan makan malam itu menggeleng melihat puterinya itu.
" pergi mandi dulu Naira , busuk nanti sofa tu bau badan kamu , cepat ! Dinner is almost ready " Naira yang mendengar itu terus mencebikkan bibirnya. Ish mama ni !
Naira mengumpulkan tenaga untuk bangun , maklumlah badan besar. Akhirnya dia dapat bangun jugak ! Dengan malas malas dia menuju ketangga dan naik dengan perlahan bak cinderella turun. Tapi ni naik ?
" faster Naira ! " jerit Puan Sarah. Naira terus tersedar dan melangkah laju menaiki tangga istana itu. Puan Sarah geleng kepala sambil sambung kerjanya.
" Kenapa ni ? Bising bising tadi ? " Tuan Haris mengambil tempat duduk di bahagian tengah ketua keluarga.
" taklah , saya cuma suruh anak kesayangan awak tu cepat ! Dia boleh lagi lambat lambat naik tangga , saya marahlah ! Awak ni pun satu tak pernah nak tengokkan anak awak tu ! Asyik asyik kerja je , at least bawak dia jalan jalan sana , bukan menghadap fail kat pejabat tu je " bebel Puan Sarah. Tuan Haris menggaru kepala tidak gatal. Panjang lebar karangan isteri kesayangan buat !
" saya kerja pun demi duit makan minum kita dan bayar segala , sebab tu saya kene usaha "
" usahalah sangat ! Anak ketinggalan di belakang ! Sukalah tu ! " Puan Sarah menjeling sambil mencedok nasi kedalam pinggan Tuan Haris.
" awak tak ingat ke ? Ira yang akan ganti tempat saya bila saya dah pencen ? " Soal Tuan Haris mengingatkan. Puan Sarah mendesah perlahan.
" ye saya tahu , tapi awak tengoklah anak kita tu ! Pemalas ! Belajar taknak ! Macam mana nak ganti tempat awak kalau macam tu perangai si Naira tu ! " balas Puan Sarah tak puas hati.
" ye tak ye jugak eh ? Esok awak call jelah guru tusyen kat mana mana , biar dia pandai nanti " jawab Tuan Haris bersahaja sambil menghirup kopi buatan isterinya. Puan Sarah gigit bibir geram.
" I 'm done ! " Naira menjerit gembira lalu berlari ke meja makan. Naira gembira melihat ayam masak cili api yang sedang berasap dihadapan matanya. Dia menjilat bibir. Sedapnya !
Baru sahaja Naira mahu terjah makanan itu , Puan Sarah sudah mengambil semula mangkuk berisi ayam itu. Dahi Naira berkerut seribu pandang wajah mamanya. Puan Sarah memandang Naira dingin. Kenapa dengan mama ni ? Ambik makanan kegemaran aku pulak !? Hatinya bentak tak puas hati.
Matanya memandang pula kearah Tuan Haris papanya yang selalu jarang dirumah. Tuan Haris hanya jongket bahu kemudian bibir dimuncungkan. Dia pandang lagi mamanya.
" mama kenapa ambil ayam tu ? Ira laparlah ! Nak makanlah ! " Naira membuat muka sedih. Comel !
" sampai bila nak makan 3 - 4 pinggan ni ? Badan dah besar sangat dah tu ! " bebel Puan Sarah. Naira menghela nafas berat. Macam manalah aku boleh lupa ni ! Time makan dia akan rampas makanan kalau aku ambik banyak sangat !
" ala mama ni ! Ira kecik lagilah , nanti nanti lah kuruskan badan ye mama , Ira nak makan ! " memohon simpati pada mamanya. Keputusan tetap sama !
" kecik kepala otak Ira lah ! Umur dah 17 tahun dah pun ! SPM nak dekat dah ! Kenapa tak study langsung ! " Naira mengeluh. Ni yang dia malas ni.
" chill lah ma , SPM lagi 5 bulan lagi , I have enough time okay , last minute baru Ira study betul betul " pujuk Naira sambil senyum. Rasional apa ?
Nafas Puan Sarah turun naik melihat selamba anaknya itu. Dah pandai menjawab eh ! Naira hanya sengih kerang busuk. Mama dah marah dah ! Tengok muka dia tu ! Merah habis !
Naira kemudiannya tersentak apabila Puan Sarah menhentak meja kuat. Marah betul ! Puan Sarah mengambil tempat duduk berhadapan Naira. Tuan Haris tergelak kecil melihat tingkah laku isterinya. Comel !
" ape gelak gelak ! Makanlah " marah Puan Sarah. Naira hanya selamba sebab dah biasa dengan perangai mamanya itu. Panas baran orangnya ! Hatinya tertanya tanya ? Kenapa mamanya seorang yang panas baran dan berani ? Mengapa tidak dia ? Ahhh ! Mungkin bendul sangat kot ? Ejek diri sendiri pulak ke ? Arghh Naira makan jelah takyah bising !
Naira mula makan berselera sekali. Dia telah mengambil 3 pinggan sekali gus semuanya habis.

YOU ARE READING
NAIRA [SU]
FantasyAku hanyalah seorang Puteri yang jatuh dari kayangan , berbadan gempal seperti gajah dan sering diejek oleh rakan sekolah . Tapi lebih menyakitkan hati apabila orang yang kita suka juga turut sama menghina dan mengejek kita . Aku adalah Naira , seor...