TIGA 🌻

12 1 0
                                        

Naira menunggu pak mat diperhentian bas. Agak sesak jugak di bustop ni , kerana ramai yang duduk disini menunggu mereka diambil dari sekolah ni. Matahari yang terkena di wajahnya membuatkan mukanya seperti terbakar , dia menggaru garu wajahnya kerana panas , macam terbakar kulitnya.

" kenapa muka kakak merah ? " Naira menoleh melihat siapa menyapanya tadi. Bibir mengukir senyuman manis sekali kearah budak form 1 agaknya.

" manisnya senyuman kakak ? Bibir kakak warna pink ?! " kata budak itu teruja.

" takdelah ! Kakak tengok muka kakak biasa je , tak cantik pun , gemuk adelah " jawab Naira merendah diri sambil senyum.

" siapa yang cakap tak cantik ? Ingatkan mat saleh mana pakai baju sekolah tadi ? " puji budak tu lagi. Naik merah muka Naira mendengar pujian itu. Aku yang gemuk ni dia kata mat saleh ? Am I dreaming ?

" ni memang puji ke saja ambik hati akak ni ? Setahu akak , takde sorang pun pernah puji akak , and this is first time " Naira merendah diri sambil senyum

Budak itu mencebik

" mana ade , semua satu sekolah ni takde mata , tu yang tak nampak tu , cantik ape akak ni " puji budak itu lagi. Naira hanya membalas dengan sengihan. Tersenyum simpul.

" semua kat sekolah ni ada mata Riana . Sebenarnya kau yang takde mata " Riana dan Naira menoleh ketepi melihat gerangan tersebut. Riana menjeling tajam . Naira diam mengalihkan pandangan.

Jantung Naira berdebar apabila Shahrin merenung dirinya. Mukanya merona merah. Shahrin mengambil tempat duduk disebelah Riana dengan muka bersahaja.

" aku tak rabun lagi lah , aku masih lagi boleh tengok akak ni , muka dia cantik , baik , bukan macam Adriana kau tu ? Gedik " balas Riana menyampah apabila teringatkan Adriana bermanja manja dengan abang kesayangannya itu.

Naira tersenyum melihat muka Riana. Cantik ! Bisik hatinya

" eh ! Adriana jauh lebih cantik dari pompuan sebelah kau ni , gajah terbang ! Takde orang nak " Naira ketap bibir. Memang tak penat ke cakap orang gajah ni ? Ok lagi ade lemak bukan kurus melidi .

Riana menjeling tajam.

" takpelah Riana , akak ok je , akak dah biasa " balas Naira senyum. Riana memandang Naira.

" selalu ke kene ? " Soal Riana membulatkan mata

" ouh.. nasib baik sedar diri tu , ingatkan diam taknak mengaku " Giliran iblis menjawab. Shahrin menjeling Naira yang sedang memandangnya. Naik menyampah dibuatnya melihat muka gajah itu.

" takyah nak ejek orang sangatlah , kau ingat kau hensem sangat ke ?"

" eh aku hensem tau ! Sape je berani reject aku ? Aku ni the most popular tau " kata Shahrin beria ia. Riana menjeling . Meluat ! Muka dahlah pecah rumah ! Acah betul ! Belum kene puji dah perasan ! Naira hanya tersenyum nipis.

" playboy uum ? Tak syok ah ! Orang nak yang pandai ! Hensem ! Pandai jaga hati orang , bukan mainkan perasaan orang lain " sindir Riana membuatkan Shahrin bengang

" yang kau nak backup gajah ni apasal hah ! " Shahrin menjerit geram

" biarlah dia gajah ke ape ke , tapi dia seorang yang baik yang ade life dan buat kerja sendiri , takdenye kacau orang lain kan " Riana memandang Naira dengan pandangan ceria. Jelas terpancar kegembiraan. Manis! Bisik hatinya.

Naira hanya membalas dengan anggukan kepala. Mengiyakan sahaja kata Riana.

" kau buat ape dengan adik aku ni gajah hah ! Sampai dia dengar hasutan kau supaya aku puji kau !? Kau dengar sini baik baik . Sampai mati pun aku takkan suka kau , kau setakat gajah tak sedar diri nak crush jantan sana sini je. Jadi janganlah nak berharap sangat ye pada aku , aku takkan suka gajah mahupun badak air . Ngerti lo !" Shahrin terus meninggalkan Naira dan Riana berdua.

Naira terkaku mendengar ceramah dari Shahrin tadi. Dia tahu aku suka dia ? Macam mana dia tahu ? Nanti kalau viral satu sekolah ni macam mana ? Mahunya tak kene kecam nanti ? Peningnya kepala aku ! Bodoh !

" akak ok ? " tanya Riana sayu. Setelah mendengar pembicaraan Shahrin tadi. Naira hanya geleng seraya senyum pahit.

" its okay , akak dah biasa kene ayat panjang lebar macam tu " balas Naira perlahan. Riana melihat wajah Naira lama.

Wajah yang putih bersih kemerahan , mata yang bundar dan bibir yang merah mereka cantik terhias disitu. Takkan abangnya masih tak nampak keindahan tuhan ini ? Betapa cantiknya Naira dan betapa untungnya siapa yang memiliki Naira ini. Sungguh indah.

" Riana minta maaf dengan mulut abang Riana yang celopar tu , tak tahulah kenapa jadi dia macam tu , mungkin sebab dia putus dengan Aqila terus jadi macam tu " Naira yang mendengar terus terkejut. Betulkah hati mamat sial tu pernah ade kekasih yang dia sayang tu ? Bukan selama ni dia mainkan perasaan perempuan ke ? Curang kut !

" dia jadi macam tu sebab Aqila curang " jawab Riana macam mind reader. Macam dapat wajah Naira yang sedang memikirkan sesuatu.

" ape kene mengena dengan akak ? Kenapa abang Riana benci akak ? " tanya Naira. Ni yang dia keliru sekarang.

" sebab ......

" sebab ? " Naira menyambung minta kepastian.

" Riana pun tak tahu " Riana tersengih kerang busuk.

Naira membulatkan mata. Kurang asam punya budak ! Aku punyalah nak tahu ape sebab ! Dia tak tahu rupanya ! Eeee geramnya ! Nafas Naira turun naik.

" akak marah ke ? Sorrylah "

" mana ada akak marah " jawab Naira kembali. Sengih. Pipinya terasa hangat. Malu kantoi marah adik crush sendiri ? Crush ke ?

" habis tu kenapa pipi akak merah ? " Naira tergamam. Bodohlah pipi ni !
Nak merahlah pulak. Mama kata aku ade ikut nenek dulu, nenek kamsiah mix orang putih patutlah aku sama ngan nenek ? Ish nenek tolong Ira lah !

Tapi kenapa mama tak sama dengan nenek ? Muka mama cantik body lawa ikut nenek mama kot ? Apa yang kot ? Mama yang cite kat aku ? Arghh whateverlah !

Pinn

Naira dan Riana serentak memandang kearah bunyi kuat tersebut. Pat mat dah sampai !. Naira sudah mula bangun lalu menyangkut bag warna merah jambunya dibahu.

" okeylah , akak pergi dulu , pakcik akak dah sampai " Naira senyum manis.

" wowo ade driverlah " Riana angkat kening.

" takdelah , tu pakcik akak . Okaylah akak pergi dulu. Assalamualaikum " Naira terus berlalu pergi tanpa sempat Riana menjawab sepatah.

Salam hanya dijawab hati. Matanya menghantar pemergian Naira sehinggalah kereta Alphad hitam itu meninggalkan kawasan persekolahan itu. Hanya tinggal dia seorang disitu menunggu kedatangan mama papanya. Abangnya duduk di pak guard kerana malas nak jumpa gajah katanya. Eh nama dia Nairalah !

NAIRA [SU]Where stories live. Discover now