Sandaran Hati

161 8 2
                                    

Sandaran Hati

Bab 1

Sakit hati Aidan dengan gadis kecil di hadapannya tidak surut-surut daripada tadi. Kenapalah dia boleh ikut gadis ni meneropong sana -ini sampai tersesat di dalam hutan banat begini. Sudahlah dia tidak biasa dengan hutan dan sekarang jadi begini lagilah dia rasa nak kunyah-kunyah sahaja budak kecil itu.

“Aku letih, boleh stop tak?” Aidan hanya mendengar gadis itu merungut. Dia ingat dia sahaja yang letih, aku ni tak letih.” Aidan merungut di dalam hati. Sudah berjam-jam mereka berjalan mencari jalan keluar tetapi mereka hanya berpusing disekitar kawasan itu sahaja.

“Ini semua kau punya pasal, sibuk sangat dengan teropong murah kau tu.” Marah Aidan.

“Mulut kau cantik sikit ye, teropong aku ni mahal tau tak. Bukan sebab teropong ni kita tersesat tapi sebab kau sibuk sangat nak ikut aku.”Ara menjeling, teropong mahal dia kata murah. Tolong sikit! Lepas tu nak salahkan dia pula.

“Siapa yang ikut kau?” Aidan menjengilkan biji matanya, sorry naik lori. Memang taklah dia nak ikut budak kecil ni.

“Macamlah aku nak sangat ikut kau, dah  aku tengok kau leka meneropong sana- sini, aku pun ikutlah, aku takut kau sesat je. Mana nak tahu sebenarnya kita berdua memang sesat dan kena tinggal dengan group.” Aidan mencebik, malas mahu bertekak tetapi mulut comel budak kecil itu asyik sahaja membebel itu ini.

“Aduhai matilah kita malam ni.” Ara menunduk merenung kakinya, ada nada sedih pada suaranya. Dia tidak sangka akan tersesat di dalam hutan dengan lelaki poyo kawan si Hadif ni.

Dari awal dia tak sukakan kawan abang Hadif ini, dahlah muka licin semacam, macam artis K-Pop. Lepas tu nampak macam demand pun ada, macam mahal sangat harga dia. Tengoklah baju dia, seluar dia, kasut dia semua berjenama.  Masuk hutan pun pakai kasut mahal, nak muntah dia tengok. Berlagak! Tetapi dalam situasi mereka begini, mereka tidak boleh ego, mereka kena bekerjasama.

“Sekarang ni aku plan kita ikut denai ni.” Di hadapan mereka ada denai menurun ke bawah. Aidan meneliti denai tersebut. Jika ada denai pasti ada orang pernah mengikuti lorong itu.

“Denai tu turun ke bawah. Apa ada dekat bawah lembah tu. Tadi bukan kita mendaki bukit ke?” tanya Ara kembali.

“Aku rasa ini denai pemancing. Mungkin dekat lembah tu ada sungai. Lebih baik duduk tepi sungai, lagi pun hari dah gelap macam nak hujan.” Aidan memandang ke langit, dia lupakan seketika hati nya yang panas, sekarang mereka kena cari tempat selamat. Jam sudah menunjukan angka 6 petang, hari semakin gelap. Mereka memang tidak akan dapat keluar daripada hutan jika begini caranya , lebih baik mencari tempat berteduh.

Ara tiada pilihan lain, dia mengekori Aidan menuruni denai sambil tangannya mematahkan pokok anak kayu di sepanjang laluan untuk dibuat tanda. Mungkin renjer hutan akan mencari mereka yang hilang jika tidak melaporkan diri pada check point seterusnya. Dia berdoa di dalam hati semoga group mereka menyedari kehilangan dia dan lelaki poyo ini.
“Makin jauh ke bawah ni.” Kata Ara perlahan tetapi cukup untuk didengari Aidan, lelaki itu jaraknya memang tidak sampai pun sedepa daripada Ara. Bukan main rapat Ara menghimpit.

“Yang kau ni macam nak berdukung dekat belakang aku ni kenapa?” Aidan berpusing memandang Ara yang jelas mempamerkan riak kebimbangan.

“Aku takutlah gelap ni.” Ara memandang ke kiri ke kanan. Suasana hutan memang cepat sahaja gelapnya walaupun hari belum malam. Bunyi binatang juga semakin riuh rendah silih berganti, sahut menyahut.

“Tahu pulak kau takut, itulah tadi masa kau leka meneropong itu ini tak fikir pula kau kan.” Aidan menjeling. Ara terdiam, tak guna hendak menjawab lagi,dah memang salah dia pun. Dia yang ralit sehingga terlalai, dah pemandangan cantik sangat, mestilah dia mahu menikmati.
Mereka terus berjalan, hari semakin gelap, guruh sudah berlagu berirama di atas langit. Denai yang mereka susuri akhirnya membawa mereka ke tebing sungai. Aidan berhenti tiba-tiba, Ara yang mengekori rapat terdorong ke hadapan melanggar batang tubuh Aidan yang sedang berhenti. Alamak! Ara terpeluk  lelaki berbadan sasa itu. Habis tercemar harga diri aku! Ara menjerit di dalam hati.

“Syok kau je kan nak peluk aku.” Aidan menoleh memandang wajah Ara yang kemerahan di dalam remang senja itu.

“Sorrylah, kau ingat aku lahap sangat nak peluk kau ke? Terpeluk lah..ter tahu ? T.E.R..ter.” siap Ara eja lagi perkataan ter sebelum di tuduh mengambil kesempatan. Tak inginlah!

Aidan tidak memperdulikan Ara ada sesuatu yang menarik perhatian nya, ada sebuah pondok di tebing sungai. Walaupun hanya pondok kayu beratap rumbia tetapi ia adalah sebuah pondok.

“Thank God, ada pondok pemancing dekat situ.” Aidan bersuara riang. Tengah hutan macam ni ada pondok kayu? Ara teringat cerita ayahnya, sungai di dalam hutan ini memang selalu kaki pancing masuk memasang tapuk. Mereka akan tinggal berhari-hari, kadang-kadang seminggu, siap menyalai ikan. Mungkin di sini lah tempatnya.

Memandang sekarang musim hujan memang tak ada kaki pancing masuk kecuali group daripada luar yang mahu naik ke atas bukit mandi dan bekhemah di kawasan air terjun di sebelah atas. Disebabkan sudah seminggu hujan tidak turun renjer membenarkan mereka naik ke atas tapi mana nak tahu ketika ini langit sudah menunjukan tanda hendak memuntahkan isinya.

Ara memanjat tangga kayu naik ke atas pondok. Beg galas di letak kan di atas lantai. Dia memandang ke atas . Atap pondok di buat daripada daun nipah yang di ikat kemas. Jika hujan memang tak tembus air ke dalam pondok. Keliling nya juga di tutup dengan benda yang sama. Allahuakhbar nasib baik ada pondok ini.

“FOC bermalam dalam hutan gara-gara kau.” Aidan merungut lagi. Ara memilih untuk diam. Dia beralih duduk di satu sudut.

Aidan mengeluarkan air mineral daripada dalam beg galasnya. Dia menghirup rakus air tersebut tanpa mempedulikan Ara, dia tahu gadis kecil itu pasti membawa air sendiri. Ara malas mahu melayan Aidan, dia mengeluarkan segala isi perut beg galasnya. Siap!

Aidan terlopong, mak aih! Budak ni datang berkhemah atau berkelah? Siap dengan Maggie, kopi 3 in one dia bagai. Lagi best dia ada dapur gas kecil tersorok dalam beg galas dia, patut lah beg galas tu besar dan nampak berat. Cerek kecil comel pun ada! Sah budak ni memang plan nak berkelah.

“Kau nak Maggie?” Ara memandang Aidan yang asyik memandang dia mengeluarkan segala isi perut beg galas nya.

“Kau memang datang nak bekelah ye?” tanya Aidan tanpa menjawab pertanyaan Ara, kalau ada lebih faham sendiri lah dia memang kebulur tahap tak mampu nak cakap dah.

“Aku saja bawa sebab ayah aku yang pesan, ini barang biasa dia bawa kalau masuk hutan. Aku pun angkut je lah walaupun berat. Mujur ada benda ni semua. selamat kita dari kelaparan malam ni. harap esok boleh lah kita cari jalan keluar atau ada renjer datang cari.” Jawab Ara, dia menuang air panas ke dalam Maggie cup yang di bawa, tertib dia menutupnya kembali.

Hujan juga turun, semakin lama semakin lebat. Mujur ada air panas tidak lah mereka kesejukan. Ara mencari lampu suluh di dalam beg nya dan dia nyalakan di sangkut pada tiang, terang sedikit pondok tersebut.

“Aku tak pernah berkhemah, Hadif yang ajak aku ikut tak sangka pula jadi pengalaman ngeri macam ni.” Aidan mengeluh.

“Habis kau ingat aku pernah berkhemah tak pernah kot, ini pertama kali itu pun sebab ayah aku beriya-iya suruh aku isi masa lapang dengan benda berfaedah sementara tunggu keputusan SPM.” Jawab Ara, memang pada mulanya dia tidak mahu tetapi ayahnya yang beriya-iya menyuruh.

“Semak lah macam ni, dah lah nyamuk banyak.” Aidan mengibas tangannya menghalau nyamuk. Ara menghulurkan sesuatu kepadanya.

“Apa ni?” tanya Aidan dia membelek benda tersebut macam spray.

“Spray lah badan kau , halau nyamuk.” Kata Ara. Itu pun nak ajar, macam tak tahu membaca pula.
Angin bertiup kuat, Ara memeluk tubuhnya erat kesejukan, mengeletar bibirnya menahan rasa sejuk. Aidan hanya mampu melihat, dia sendiri kesejukan.

“Ya Allah apasal aku terlupa ni.”Aidan menepuk dahinya agak kuat.

“Aku ada dua sleeping beg dalam ni, patut satu lagi Hadif punya. Mujur mamat tu letak dalam beg aku. Rezeki kau ni.” Pantas dan tuntas Aidan mengeluarkan sleping beg kanvas yang terlipat kemas di dalam beg nya. Ara menadah tangan berdoa, Allah memang sayangkan dia daripada mati kesejukan.

“Aku penat aku nak tidur.” Ara pantas sahaja masuk ke dalam beg tersebut. Membungkus dirinya, dia terperosok jauh di tepi dinding. Jauh daripada Aidan, duduk berdua dengan lelaki di dalam hutan sama lah macam duduk di dalam kandang harimau bintang. Sungguh pun hitam itu menawan tetapi taring nya belum tentu menawan.  Lelaki itu tetap seorang lelaki dan dia tetap seorang perempuan, duduk di dalam hutan berdua yang ketiga ada syaitan yang di rejam. Sebelum mereka kena rejam sila jarak kan diri.

Sandaran HatiWhere stories live. Discover now