Sandaran Hati
Bab 3
“Hoi…” Jeritan seorang lelaki menyebabkan Aidan terkejut, dia terpisat-pisat bangun, Tubuh Ara ditolaknya sedikit. Menyedari tubuhnya ditolak dia turut bangun pada kadar segera.
Wajah empat orang lelaki direnungnya seorang demi seorang. Ya Allah, alhamdullilah, akhirnya ada juga orang datang menyelamatkan mereka berdua. Ara memanjatkan rasa syukur di dalam hatinya.
“Ini tujuan kau orang masuk hutan? Cari pot cantik nak beromen?” Jerkah salah seorang daripada mereka. Ara terpinga-pinga apa maksud Pakcik Yusof ni? Nak beromen? Sanggup Pakcik Yudof tuduh dia begitu, takkanlah Pakcik Yusof tidak mengenali dia bagaimana.
Aidan pula terkejut, cantik betul bahasa pakcik ni, mahu sahaja dia melawan cakap tetapi apa gunanya, di hadapannya seorang tua yang wajar dihormati. Sudahlah badannya sakit-sakit tidur di atas kayu, dihimpit pula dek perempuan ini, nampak sahaja kecil tetapi berat. Berat dengan dosa agaknya!
“Pakcik Yusof dah salah sangka ni, Ara tak buatlah apa yang pakcik cakap tu.” Ara cuba membela dirinya, Aidan pula diam membisu mungkin sebab dia tak kenal Pakcik Yusof tetapi Ara kenal lelaki tua itu. jadi Aidan membiarkan sahaja Ara membela mereka berdua.
“Ayah kamu punyalah mendidik kamu cukup serba serbi sampai masa ini yang kamu buat? Kenapa jahat sangat kamu ni? Pijak semut tak mati tetapi di belakang sanggup kamu berzina?” Berat tuduhan Pakcik Yusof ni, panas pula hati Aidan mendengarnya. Merah padam wajah Ara dituduh begitu.
“Kami tak buat apa pun pakcik, kalau nak buat benda sedap takkan dalam hutan, baik saya check in hotel.” Aidan bersuara, suara nya serak kerana baru bangun tidur. Pakcik Yusof menjengilkan matanya.
“Kurang ajar punya budak bandar. Sekarang kau orang ikut kami balik. Kita terus ke rumah kau Ara. Semalaman mak ayah kau risaukan kau rupanya kau syok buat maksiat.” Suara Pakcik Yusof melengking kuat. Ara kelam kabut mengemas barangnya dengan rasa tidak puas hati.
Dia rasa Pakcik Yusof memang sudah melebih-lebih, sudahlah menuduhnya tanpa usul periksa, walaupun ada empat orang saksi sepatutnya mereka boleh nampak jelas. Dia elok berpakaian, takada apa pun yang berlaku. Hanya tidur rapat-rapat sebab takutkan bunyi tawa mengilai malam tadi. Memanglah itu perkara yang salah tetapi sumpah, lilahhitaala dia dan lelaki itu tidak melakukan apa-apa yang terlarang.
“Ada bukti ke saya buat benda tak senonoh?” Ara menjawab, perlahan tetapi cukup untuk mereka semua dengari.
“Mata aku dah cukup jadi bukti, ni empat orang saksi tengok dengan mata kepala kami sendiri. Bukan main syok kau orang berpeluk dalam pondok tu. Malam tadi entah berapa kali agaknya kau orang buat kerja sampai kami datang pun tak sedar.” Ujar Pakcik Yusof dengan wajah masam mencuka, dengan mulut herot –perot mengejek.
“Allahuakhbar pakcik, berdosa menuduh saya begitu.” Ara berkata lagi, kali ini memang wajahnya sudah pucat lesi menahan rasa, marah, benci silih berganti, tuduhan berbaur fitnah begitu memang sudah dia mahu menghadamnya.
“Pakcik jaga mulut pakcik, saya boleh saman pakcik nanti.” Aidan bersuara , agak ke dalam suaranya menahan getaran ,marah sangat hatinya. Sedap main tuduh-tuduh sahaja. Ara budak bawah umur lagi tak cukup pun 18 tahun, gila apa dia nak buat kerja tak senonoh dengan anak gadis orang. Silap haribulan boleh kepenjara merogol budak di bawah umur. Dia ada akal, bukan tak cukup akal nak buat benda tak senonoh begitu.
“Sudah Yusof, kita bawa budak-budak ni balik. Kemudian kita cerita.Kemas barang kau orang.” Perintah Pakcik Adi, itu juga Ara kenal memang kenalan ayahnya.
Ara mengemas barang nya yang masih tinggal sebahagian, Aidan juga berbuat demikian. Mereka mengikut lelaki itu menyusuri denai kelmarin naik ke atas sehingga bertemu denai utama. Kenapa mereka boleh tak nampak denai ini semalam? Mungkin sebab mereka dah panik atau Allah memang sengaja nak lindungi pandangan mata mereka.
Ara mematah-matahkan jarinya sendiri, geram. Hatinya panas. Pakcik Yusof dengan kawan-kawannya tak habis-habis mengatakan dia melakukan perkara tak senonoh. Cukup 4 orang saksi, dah kuat untuk pertuduhan melakukan zina. Ya Allah rasa hendak menjerit pun ada, senangnya mereka menjatuhkan hukuman.
“Apa ni Aidan, takkan budak bawah umur pun kau ngap?” Bisik Hadif. Ini seorang lagi mulut tak ada insuran. Selama hari ini dengan budak cukup umur pun dia tak buat kerja bodoh. Tak ada agama? Tak ingat dosa pahala ke? Mulut longkang betul!
“Kau gila ke Dif, kau kawan aku selama hari ini kau ada nampak aku angkut perempuan ke hotel? Ada aku dating dengan mana-mana perempuan? Kau ingat jadi artis macam aku ni serba bebas? Tak solat? Tak ingat dosa?” Aidan melepaskan keluhan. Nampak sahaja dia macam ini tak kan nak canang satu dunia, dia kaki masjid, dia solat lima kali sehari. Agak-agak lah!
“Habis sekarang macam mana?”Hadif memandang wajah Aidan.
“Macam mana apa? Kau ingat aku boleh lepas bila dah masuk dalam mulut buaya. Tunggu aje lah apa mak ayah budak tak cukup umur tu cakap apa. Aku nama budak tu pun tak tahu, nak sedap - sedap berendut. Ada otak fikir sikit.” Aidan memarahi Hadif, kalau kawan sendiri pun tidak percaya, apa pilihan yang dia ada. Nak bela diri ketika semua orang nampak kejahatan, dia memang tak akan menang.
“Jangan kalut-kalut, si Aidan ni ikut Hadif balik sini, jadi aku bertanggungjawab. Seeloknya benda ni kita bincang sesama kita tanpa campur tangan orang lain. Macam nilah Razak, biar budak-budak ni berehat dulu. Nanti petang aku datang ke rumah kau dengan isteri aku dengan Aidan sekali.” Ayah Hadif Pakcik Mahadi berkata sambil memandang Aidan yang tidak mampu menjawab apa-apa. Dia kelihatan benar-benar keletihan dan keliru. Mahadi mahu Aidan balik dan berehat dahulu sementara itu bolehlah berbincang apa yang wajar mereka semua lakukan.
Ara juga langsung tidak mampu berkata apa-apa, dia takut mahu melihat wajah ayah dan emaknya. Takut mahu menghadapi seluruh isi kampung. Maruahnya bagai di pijak-pijak, tak ada siapa pun percaya kepadanya ketika ini termasuk emak dan ayahnya. Apa lagi kata-kata yang dia ada untuk membela diri. Dia tahu dia tidak akan menang.
“Aku tunggu kau datang Mahadi, kita selesaikan hal budak-budak ni. Kalau perlu kita nikahkan, kita nikahkan. Aku tak nak tanggung dosa anak aku.” Razak mendengus, wajah Ara direnungnya, kalau ikut kan hati dia rela membunuh Ara. Dia memberi galakan untuk si anak melihat dunia luar bukan untuk melakukan maksiat tetapi apa yang Ara dan lelaki itu bawa pulang begitu menyakitkan hatinya.
Ara tersentak! Sampai hati ayah. Ayah patut tahu dirinya. Bagaimana dia mengikut sahaja kata-kata ayahnya selama ini. Dia tidak pernah kisah apabila ayahnya melarang dia terlalu bebas walaupun dia mencuri menonton cerita Korea. Dia tidak pernah merungut apabila ayahnya melarang dia menonton televisyen jika bukan waktu cuti sekolah, dunianya hanya rumah dan sekolah. sedikitpun dia tidak pernah tidak mematuhi kehendak ayah dan emaknya.
“Bila aku bebaskan kau, kau tak ubah macam kera dapat bunga.” Hati Ara terluka, pedih kata-kata ayah merobek sehingga ke tangkai jantungnya. Nafas nya sesak. Kenapa ayah tak nak percaya kepadanya. Emak juga memihak kepada ayah. Tidak mahu percaya kepadanya.
“Tidak percayakah mak pada Ara?” Ara memandang wajah emaknya yang sugul. Emak mana tidak sedih apabila anak sendiri ditangkap berduaan dengan lelaki yang bukan muhrim di dalam hutan banat.
“Mak tak nampak apa Ara buat, tapi Allah tahu apa Ara buat. Minta ampun kepadanya Ara.” Emaknya menunduk, kata-kata emaknya lebih memedihkan hatinya. Sampai hati emak. Ya mak! Allah tahu apa dia buat dengan lelaki itu, yang tidak percaya adalah manusia di sekelilingnya. Dia sedih!
Di dalam bilik Ara menghamburkan air matanya. Jika ayah memaksa dia berkahwin dengan lelaki poyo itu memang musnahlah impian nya mahu belajar sehingga ke Universiti. Tergamak ayah menghancurkan impian dia sedangkan ayah memang sudah tahu apa yang dia mahu dalam hidupnya.
“Ayah tak sayang aku, mak dah benci aku.” Ara bercakap dengan Dady, anak patung kesayangan nya.
“Kau ingatkan dady aku kena halau tak dari rumah ni?”
“Sebelum mak ayah halau aku baik aku lari jauh-jauh. Biar emak tak ada aku sebagai anak dia, biar ayah terpanggil-panggil aku suruh buat kopi.” Ara memeluk Dady dengan air mata yang bercucuran.
“Imah call semua anak-anak balik.” Sayup-sayup Ara mendengar arahan ayah kepada emaknya. Pasti emak menyuruh Kak long dan Angah balik.Ya Allah malunya dia nak tengok muka kakak dan abang nya.
“Aku kena kahwin juga ke dady? Aku belum cukup 18 tahun boleh ke kahwin? Aku boleh saman emak dan ayah akukan kalau paksa aku kahwin.” Ara bercakap lagi dengan anak patungnya. Sungguh dia terasa keseorangan tanpa sesiapa yang sudi menyejukan hatinya.
“Macam mana sekarang ni Aidan?” tanya Mahadi kepada sahabat anaknya itu.
“Ala ayah, Aidan dah cakap kan dia tak buat apa-apa pun dengan Ara tu, minta maaf settlelah masalah.” Sampuk Hadif.
“Diam kamu Hadif, cakap kamu 10 tu satu pun tak boleh pakai. Kalau kamu yang kena tangkap dengan Ara memang aku paksa kamu bernikah. Aku peduli apa kamu buat atau tidak benda tak elok tu. Asalkan maruah seorang gadis di selamatkan.” Marah Mahadi, Hadif kalau bercakap memang tidak berfikir. Aidan terdiam, maruah Ara! Kenapa dia tak fikir benda ni semua, mujur Pakcik Mahadi menyebutnya.
“Pada pendapat pakcik macam mana?” Tanya Aidan.
“Macam ni lah Aidan pakcik nak tanya kamu terus terang. Kamu usik si Ara tu?” tanya Mahadi jujur. Aidan geleng kepala, dia memang tak buat apa pun kecuali peluk Ara sebab mereka sama-sama takut dengan benda lahanat tu. Itu sahaja, tak pula melebih-lebih.
“Kalau kamu tak buat apa-apa sekali pun maruah Ara sudah pun tercalar di mata semua orang. Kamu ingat di mana masa depan dia? Ara tu baik budaknya, rajin pun rajin, cemerlang dalam pelajaran sayang jika perkara begini menjadikan hidupnya musnah.” Mahadi merenung ke halaman rumah, terbayang dia perlakuan Ara yang sangat baik budi pekerti dan bijak orangnya. Ara hanya tahu belajar setiap waktu, sangat menurut kata ayah dan emaknya. Sudah nasibnya malang, baru di beri keizinan sudah terjadi peristiwa yang meragut harga dirinya.
“Kalau pakcik di tempat Aidan, pakcik akan mengambil jalan singkat selamatkan maruah Ara.” Mahadi menyambung kata.
“Besar pahalanya menyelamat kan seorang gadis yang lemah, yang tercalar maruahnya kerana diri kamu sendiri. Sebagai lelaki bertanggungjawab lah. Fikir baik-baik Aidan.” Mahadi menepuk bahu Aidan , dia berlalu masuk ke dalam rumah meninggal kan Aidan dan Hadif di beranda.
“Macam mana?” tanya Hadif. Aidan tidak menjawab.
“Kalau kau kahwin dengan Ara, confirm wartawan tahu cerita ni. Heboh nanti , heading ’pelakon popular di tangkap khalwat dengan gadis di bawah umur’. Masak kau nak menjawab beb.”
“Kalau kau rahsiakan itu mungkin satu cerita yang lain. Mungkin akan selamatkan periuk nasi kau. Tak kan kau dah puas berlakon, kau sendiri cakap itu adalah benda utama yang kau nak buat dalam hidup kau. Ketika kau di puncak tak kan kau nak musnah kan.” Kata-kata Hadif menyebab kan Aidan menjadi semakin buntu. Rakyat Malaysia memang suka gossip panas, termasuk si Hadif ni. bila bergosip kena kutuk kaw-kaw itu sudah pasti.
“Aku nak fikir benda ni, aku nak call papa aku.” Aidan bangun, dia masuk ke dalam bilik. Dia duduk di birai katil, kedua belah tangannya di pangung kan ke kepala. Rasa nak pecah kepala memikir. Kata-kata ayah Hadif begitu terkesan di jiwanya. Ketika ini dia sangat memerlukan papanya, kenapalah waktu begini juga papa nya mahu ke luar negara.
“Papa tak kisah apa pun, betul kata ayah Hadif tu, maruah seorang gadis di tangan Aidan. Bertanggungjawab lah. Pergi pinang dia, suruh ayah Hadif wakil kan papa. Nanti bila semua dah selesai papa balik , papa akan jumpa ayah gadis tu. Insya Allah Aidan mesti boleh sebab papa dah didik Aidan menjadi manusia.”
Kata-kata papa menyebabkan dia nekad, pedulilah dunia glamour . Dia manusia macam orang lain juga. Jika ini yang terbaik, jika sebab gadis itu dia harus melepaskan semuanya, ketika namanya berada di puncak, dia berharap akan mendapat reward daripada apa yang dia lakukan.
YOU ARE READING
Sandaran Hati
Romancecinta mereka unik.. seorang pelakon kayu dan seorang gadis yang baru mencapai had umur.