Sandaran Hati
Bab 2
Aidan memandang di dalam kegelapan malam yang gelap gelita, bertemankan lampu daripada telefonnya dia membungkus diri di dalam beg selimut yang dibawa. Menyesal betul dia ikut Hadif balik ke sini. Dia teringat kisah beberapa hari lalu, ini semua gara-gara Tania, si pelakon gedik yang terhegeh-hegeh sangat mahukan dia. Dia pun tidak faham kenapa Tania tidak faham-faham tentang perasaannya. Berpuluh kali menolak namun wanita itu seperti tidak punya harga diri pula.
“Kau kena rileks Aidan, bagi reda gossip tu dulu. Nanti dah reda kau baliklah.” Pujuk Hadif.
“Gosip murahan Tania je kot, takkan itu pun aku nak stress, nak layan. PA aku yang menjawab bukan aku pun.” Tukas Aidan, susah betul menjadi seorang Aidan yang popular. Sana sini sibuk bergosip pantang tengok dia rapat dengan heroin drama, hidup dia pun nak jadi drama. Drama sangat! Group makcik bawang ada di mana-mana sahaja.
“Macam mana kau boleh keluar dengan Tania?” tanya Hadif. Wajah Aidan direnungnya sekilas
“Eh kau lagi nak tanya, lepak mamak je kot, kebetulan kari tu meleleh kat bibir aku, manalah aku tahu ada mamarazi, paparazzi dekat situ nak snap gambar lepas tu kecoh dekat IG.” Benda bukan sengaja pun, cuba kalau orang biasa buat macam tu memang mereka tak akan bercakap apa-apa pun. Ini disebabkan dia bukan orang biasa maka semua cerita jadi sensasi.
“Yang kau pun satu, tangan sendiri ada kenapa kau suruh Tania lap?”Bidas Hadif kembali.
“Mana aku tahu, tangan dia lagi pantas daripada tangan aku.”Jawab Aidan, kalau semua itu di dalam kawalannya memanglah mudah, masalahnya si Tania tu lebih pantas.
Disebabkan tangan Tania, dia stress, konon. Lakonan dia jadi kayu! Itu semua alasan nak suruh dia blah. Macamlah dia hadap sangat drama tu, kalau tak jadi pelakon tu pun dia tidak kisah. Dia bukan tidak ada kerja tetap. Ada je, cuma dia yang tak mahu terikat sangat dengan kerja. Ada masa memang dia turun ke pejabat membantu papanya menguruskan syarikat. Tapi di sebabkan dia suka nak berlakon maka dia memilih bidang ini sebagai hobinya.
Aidan memandang gadis di hujung sana, sama seperti dirinya bergulung di dalam beg tidur mereka.
“Pelik budak perempuan ni macam tak kisah sangat dengan aku, dia tak tengok tv ke?” Aidan berjeda. Ya! Budak perempuan itu macam tak kisah sangat dengan dia tak macam mana-mana perempuan yang dia jumpa, mesti tergedik-gedik, terkinja-kinja nak autograf, mahu bergambar. Ada juga insan yang tidak mengenali dia rupanya. Naif!
“Hiiiii….hiiiii…” Aidan memasang telinga, bunyi apa tu? Dia menarik beg tidurnya ke bawah sedikit, masih memasang telinga.
“Hiiii…..Hiiii…” Suara itu datang lagi, kali ini dia dengar bunyi seolah-olah burung besar sedang berterbangan di sekeliling pondok mereka. Aidan menelan air liur, ya Allah bunyi apa tu? Dia tertanya-tanya, rasa takut menguasai diri. Dia memang tak pernah alami benda begini, di dalam hutan banat.
Dalam hutan tengah malam macam ni ada bunyi pelik, dia mula berfikir yang bukan-bukan, syaitan ke? Hantu? Aidan menyuluh gadis yang elok sahaja tidurnya. Alamak! Macam mana ni?
“Hiiiii…Hiiii…” Aduh! Aidan mula merasa seram. Badannya sedikit mengigil, macam mana budak perempuan tu tak dengar apa-apa, pekak ke dia? Perlahan-lahan Aidan mengesot menghampiri gadis itu. Dia tidak kira, kalau kena sepak ke kena tampar ke, dia reda lagi pun dia takut!
Aidan mencuit si gadis yang nyenyak berbungkus di dalam beg tidurnya.
“Wei..bangun lah.” Aidan berbisik tekaknya terasa loya dek ketakutan. Mujur suara itu menghilang seketika. Maka dia mengambil peluang bergerak menuju kea rah gadis tersebut.
“Apahal ni cuit-cuit orang?” Ara terbangun bila terasa badannya diusik,bingkas dia duduk . memeluk lututnya. Melindungi segala asset yang dia ada, dia tidak boleh percaya lelaki di hadapannya ini.
“Kau dengar tu..” Bisik Aidan. Ara memasang telinga.
“Hiiiii…Hiiii..” Alamak! Mata Ara terbuntang, kemudian melingas memandang ke segenap arah. Lain macam betul bunyi benda ni.
“Mu…musang kot.” Balas Ara perlahan.
“Musang bunyi macam tu ke? Mengilai?” Soal Aidan. Ara geleng kepala, dia tak tahu bunyi musang. Sumpah! Dia tak pernah dengar bunyi musang, dia main teka sahaja.
“Hantu tak?” Bisik Ara.
“Aku rasa, macam mana ni. Aku takutlah buatnya hantu tu masuk dalam pondok ni. Mati lah kita.” Aidan merapatkan dirinya kepada Ara.
“Jangan lah takut, kalau kau takut aku lagi takut lah.” Ara juga ikut merapatkan diri kepada Aidan.
“Macam mana ni?”Aidan berbisik, betul-betul di tepi telinga Ara.
“Baca Yassinlah.” Jawab Ara perlahan.
“Erk….aku tak hafallah.”Jawab Aidan, mengaku dia memang tak menghafal surah Yassin tetapi dia tahu mengaji jika melihat Al Quran.
“Kalau kau tak hafal, aku lagi tak hafal. Aku hafal lagu K-Pop je.” Aidan tunjal kepala Ara, keadaan genting macam ni boleh dia cakap macam tu. Minah K-Pop lah pula dia ni.
“Sakitlah ngek.” Ara mengosok kepalanya. Suka hati dia nak tunjal kepala orang disaat macam ni. kalau iya pun hormatlah sikit.
“Bismillah…” Mulut Aidan terkumat kamit membaca sesuatu. Apa yang dia baca? Al Fatihah, Ayat Qursi agaknya. Ara ikut membaca perlahan-lahan. Suara itu kedengaran lagi, kali ini lebih kuat.
“Ya Allah…Ya Allah.” Ara spontan memeluk Aidan, wajahnya disorok di bawah ketiak lelaki itu. Mujur ketiak itu berbau wangi! Aidan pula spontan merangkul bahu Ara memeluknya erat. Memang mereka berdua ketakutan teramat sangat.
“Ya Allah kenapa aku lupa, dalam telefon aku ada surah Yassin.” Cepat-cepat Aidan mengambil telefon di dalam poket seluarnya. Tergigil-gigil tangannya mencari surah Yassin tersebut.
Bunyi menyeramkan itu semakin galak, maka semakin galaklah mereka berpelukan. Ara menangis, sungguh dia ketakutan terasa hendak terkucil ketika itu juga tetapi dia menahannya. Malu kalau terkencing dek ketakutan dengan pakwe handsome ni.
Agak lama mereka menanti suara itu menghilang, detik demi detik bagaikan duduk di atas bara api. Sehingga alarm telefon Aidan berbunyi. Jam 5 pagi!
“Dah dekat nak subuh.” Bisik Aidan, Ara angguk, dia tidak berani langsung bersuara. Hatinya masih di balut rasa takut yang mencengkam. Tidak pernah dia mendengar bunyi menakutkan itu, ini baru pertama kali dan rasa takut itu memang menyebabkan jantungnya mahu gugur.
“Apa kata kita cuba tidur.” Aidan benar-benar tidak dapat menahan mengantuknya lagi. Hantu ni memang tak guna, time macam ni juga dia nak ganggu. Ara angguk tetapi dia tetap melekat di tubuh Aidan. Matanya juga sangat mengantuk berjaga hampir sepanjang malam.
“Macam mana nak tidur kalau kau melekat macam belangkas.” Bisik Aidan, ishh! Minah ni sedar diri ke tak sedar diri ni.
“Weh kau takut lagi ke?” Ara mengangguk membalas pertanyaan lelaki itu.
“Kalau kau nak tidur, aku pun nak tidur tapi aku nak peluk kau. Aku tak kira. Aku takut.” Tergagap-gagap Ara bercakap tanpa melepaskan tubuh Aidan, walaupun dia menyedari kepalanya memang terkepit di bawah ketiak Aidan.
“Bau ketiak pun kau sangup?”
“Bau ketiak pun ketiaklah janji bukan bau hantu.” Ara tidak mahu peduli. Bila Aidan merebahkan diri dia ikut menghimpit. Rasa takut masih bersisa, dan ketiak Aidan menjadi mangsa kepala Ara.
“Mujur ketiak aku ketiak Dashing.” Aidan berkata perlahan. Ara tidak mahu peduli, dia cuba melelapkan mata walaupun telinga masih menadah bunyi pelik di dalam hutan. Mujur hanya bunyi ungas dan katak sahut bersahut. Bunyi hujan rintik mengenai atap daun nipah menghanyut mereka berdua tertidur dalam ketakutan.
Memang nasib mereka sangat malang, tersesat, terdengar bunyi hilaian dan sekarang hujan pula. Ya Allah selamatkanlah kami. Ara sempat berdoa.
YOU ARE READING
Sandaran Hati
Romancecinta mereka unik.. seorang pelakon kayu dan seorang gadis yang baru mencapai had umur.