⚡Feedback Kelab Wattpaders⚡
Hey, kepada ahli yang masih ada dalam ni, boleh bagi feedback korang tak? Apa pendapat korang sepanjang menjadi ahli KelabWP? Kelab ni bagus ke tak? Korang dapat apa je dari kelab ni? Kelab ni membantu korang dalam dunia penulisan ke? Just bagi je feedback.
Username :
JoonBelleFeedback :
Assalamualaikum, first of all, nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat seniors yang tak penat memberi tunjuk ajar kepada kami semua.
Saya akui saya bukanlah jenis yang aktif sangat dalam group sebab tak tahu nak sembang apa and sometimes tertinggal nak buat tugasan. Jujurnya, saya check tarikh dan rasa lambat lagi so draf dalam wattpad sampailah check balik tarikh eh dah terlepas😌
Group ni ialah group wattpad kedua yang saya join selepas group kak Mar. Honestly, saya tak minat nak join mana-mana group wattpaders. Tapi satu hari terjumpa official akaun wattpad kelab wattpaders dan tergerak hati nak minta masuk dalam group. Kenapa? Sebab saya nampak group ni ada rules, jadi orang dalam group mesti tak banyak melalut. Kekadang saya tak boleh nak selalu online, jadi bila chat banyak masuk, jadi semak. Alhamdulillah, saya boleh bertahan sehingga kini kerana adanya peraturan.
Group ni juga yang mengajar saya untuk scroll satu demi satu chat supaya tak terlepas benda penting yang dah dibincangkan.
Serius, banyak gila ilmu penulisan dapat diamalkan sejak masuk group ni. Macam-macam idea senior ada untuk bantu kami improve penulisan kami. Lepas saya join group ni, saya dapat detect segala kesalahan yang ada dalam cerita saya.
Seniors semua pun jenis tak lokek memberi ilmu. Sporting, naise👍🏻
Last, terima kasih kepada ahli gp ni yang sporting dan baik hati✨
THANK YOU
![](https://img.wattpad.com/cover/199203448-288-k320557.jpg)
YOU ARE READING
WA : GRADUATE 🎓
RandomBuku ini akan memaparkan maklum balas ahli-ahli Wattpaders Academy atau dulu lebih dikenali dengan Kelab Wattpaders, tentang kelab sepanjang mereka menjadi ahli! Anda boleh lihat dan baca untuk rujukan! Segala kekurangan academy/kelab, kami akan mem...