Dino meneruskan mengisi minyak sambil memerhati kumpulan motosikal tadi.,-Kelibat gadis blonde tadi tak kelihatan.
" bro , nama gua Khai,maaf sekali lagi psl bini gua langgar bro tadi," Khai menghulur tangan untuk berjabat tangan.
"biasa bro , nak kemana ni?"
" Kami semua nak ride ke Phuket , tiga hari geng sportsbike bro"
"Ya ka? Sports bike bawak pillion rider ? KL phuket lebih 1400 km lebih bro, posisi pillion belakang kena tunduk pegang tangki depan . Apa apa pun good luck ,ujar Dino.
Selesai Dino meneruskan ride solo dgn kmh 115. Ketika menghampiri Bukit Merah,, Dino meihat cermin sisi belakangnya penuh lampu menyala dan tahulah bahawa satu konvoi motosikal sedang menghampiri dari belakang.
Mereka berdesup laju menghampiri kmh 180- 200. Ada beberapa bunyi hon " tinnnng" tanda hormat memintas dari bikers yg mengenali motosikal Dino tadi.
Menjelang sampai Changlun , langit gelap dan Dino berhenti di sebuah kedai makan bagi urusan insurans ke Siam ,
Disitu dia melihat ada moto kuasa tinggi , marshal,?
"Salam bro, ride Phuket juga ke ? ""Bukan , saya takat Haadyai je , nak ride dan relax layan massage , makan tido"
"Bro bawak team rider sportsbike tadi ke? Mana pegi yg lain?"
" Geng ni ngarut bro, tak dengar arahan , masa briefing ,semua ok ,,dah dapat throtel yang bawak pilllion pun rembat lari 200 kmh.. gila la... kesian bini menonggeng lima jam atas fiber seat keras. Motor single seat mana sesuai bawak pillion long distance , motor bro ni terbaik la" si marshall mengomel.
" aik ? Marshall / sweeper pun kena tinggal? "
"Tadi hujan bro , mujur bro lambat dan tak kena,kering jalan je, semua rembat laju laju , skg rendevous kami kat Bukit Kayu hitam seblum imigresen Siam, lepas ni kami strict , sapa langgar peraturan kami halau balik, bahaya perangai tak ikut arahan masuk negara org"
" ya saya tau..good luck la bro, safe ride"
Marshall meneruskan perjalanan dan Dino minum kopi sambil melihat langit gelap .
Selepas membayar kos insurans bagi seminggu. Dino meneruskan perjalanan ke kompleks Imigresen.Motosikal Dino beratur di laluan motosikal , hujan renyai . seorang pegawai beruniform melihat motosikal berkuasa tinggi lengkap tong kiri kanan di belakang , dia meniup wisel kearah Dino dan memberi isyarat supaya Dino memotong barisan dan memasuki laluan kereta. Dino memberi isyarat tangan dan pantas ke booth imigeresen Malaysia , sambil hulur passpor dari beg kalis air.
Seterusnya Dino menuju ke Imigresen Siam ,menongkat moto dan memasuki kompleks Siam, dia menyedari ada sebuah superbike mengekori rapat dalam hujan.
Dino tak jeling pun .
" Bro bro , kejap bro, saya first time masuk siam ni , nak pi kaunter mana?"
Dino terhenti dan memandang di belakang dia tahu itu sportsbike terbaru tapi dengan tayar slick yg tak sesuai keadaan hujan renyai skg.
ada pilion belakang yang menggalas sebuah haversack besar." Dokumen ada? Ikut aku bro , pillion kau tu suruh masuk bawah teduh letak beg, rapat dgn motor aku , sini kawasan terkawal imigresen siam, takde org nak curi beg kau".
"Ok bro ok bro,,terima kasih banyak "
" eh , ini bro pagi tadi ke yg kat pam minyak duta ?"
YOU ARE READING
Gara Gara Motor
RomanceRe upload: selepas dpt amaran dari pentadbir wattpad , mohon golongan tak suka tentang fiksyen berkaitan kisah ini, sila anda buka minda , jadilah positif dengan bacaan novel. Kisah Sya seorang isteri yang terpesona dengan aura lelaki yang be...