Bab 1: Pertemuan

110 6 0
                                    

"Come on, Kelvin! Angkat telefon tu! Where the hell are you?!" Telefonnya dicampak ke atas katil. Geramnya aku! Mana si mamat ni, call tak jawab?!

Ariana hempaskan badannya di atas katil sambil meraup wajahnya. Memang nasib aku ke? Diperbuat oleh laki-laki macam ni? Apa nasib!

Terdesak sangat sampai Ariana keluar mencari Kelvin di tempat hangout favouritenya tapi tak kelihatan. Mana kau, Kelvin? Kau janji nak kahwin dengan aku. Kenapa sekarang kau menghilang?!

No mesej, no call, hampir menangis dibuatnya. Eh, kenapa aku nak emosi sangat? Aku kahwin pun sebab nak buat papa marah.

"Argh!!!! Tak guna punya laki! Bodoh, kau bodoh! Aku bodoh!!!" Dia mengeluarkan rokok dan cuba menyalakan tetapi angin yang tak seberapa memadam setiap kali dinyalakan. Kenapa ni semua terbantut hari ini! Dia buang rokok, dengan lighter sekali sambil dia lihat pemandangan skyscraper dari atas. Tempat orang panggil The Peak di mana ia menyajikan pemandangan luas Pulau Sentosa.

"Eh, ada perempuan lah kat sini. Cik adik buat apa kat sini? Dah malam2 macam ni, tak baik masih kat luar. Maklumlah, banyak binatang liar, especially kat Sentosa ni..." Serious aku tengah bengang, ada je orang mengacau.

"Please, baik korang pergi je. Saya takde mood nak layan korang sekarang..."

"Eh elehhhhh takde mood rupanya!" Mereka saling memandang dan ketawa. "Nak kita temankan ke? Kita memang free. Kalau nak peneman..."

"KAN AKU CAKAP BLAH! KORANG TAK FAHAM BAHASA KE ATAU KAU NAK AKU PANGGIL POLIS?"

"Eh pompan! Baik kau diam eh!" Tiba-tiba lelaki tinggi lampai dari belakang merentap pergelangan tangannya. Kuatnya! Eh, apa ni.

"Eh, lepaskanlah!" Lagi satu lelaki memegang lengan kanannya. "Kau tu, cari nahas datang sini sorang2, tak boleh salahkan kita. Jom, kita have fun sekejap." Dua-dua tangannya dipegang kuat.

Ariana masih cuba melepaskan dari genggaman lelaki2 tu tapi diorang terlalu kuat.

"TOLONG!!!" jeritan Ariana buat lelaki2 tu terperanjat. Lelaki yang dari tadi berbual menekup mulutnya dengan tegas.

"Woi!!! Lepaskan dia!" Tetiba satu suara kedengaran dari jauh tapi jelas.

"Hey brother, kau buat hal kau tengok pemandangan ni, pandang sebelah mata je bro."

"Itu perempuan lah bodoh, kau samakan dengan pemandangan, memang aku tak boleh duduk diam. Baik kau lepaskan dia sekarang. Ni kena aku rasa sebulan kat hospital pun tak baik ni." Ariana tekun mendengar si mamat ni berbual. Dia nak selamatkan aku ke nak main wayang kat sini?

Lelaki yang berada di depan Ariana bertindak. Dia berlari menuju ke arah lelaki tu.

Belum masuk 1 minit, dia dah kat lantai, terbaring, tepi mulut luka kena belasah. Eh, terror juga mamat ni! Tetiba, dia kena belasah lagi di perut. Ariana mengenyit mata. Aduh, mesti sakit itu.

Lelaki yang menekup mulutnya segera melawan. Ariana terbatuk-batuk bila dia dapat bernafas akhirnya. "Eh, pergi tolong kawan kau tu! Kau nak dia mati kat situ?! Pergi!" Bodoh juga si lelaki yang tinggi lampai terus melepaskan genggamannya lalu pergi jadi hero selamatkan kawan dia. Ariana yang memerhati semua ni hampir tergelak.

"Oh yes, call polis!" Ketawa sampai tak ingat dia kena telefon polis. Mamat tu masih lagi karate lelaki2 tadi. Pergerakannya punya pantas, sampai mata pun naik juling. Ilmu apa tu?

"Cik! Dah call polis?" tanya si mamat yang tak berapa dapat lihat mukanya. "Dah!! On the way! Awak sambung lah, sementara tunggu ni!"

"Dah teruk ni, nak belasah apa lagi?" Kelibat mamat tu makin menghampirinya. Ariana yang berdiri betul2 bawah tiang lampu, merenung sambil langkahnya makin dekat. Ish, kenapa bergetar semacam aku ni...

"Awak okay?" Wajahnya akhirnya dilihat bawah pancaran tiang lampu. Rambut yang side-parting kemas walaupun baru karate orang, rambut tetap in place. Hidungnya yang mancung, jangan cakap lubang hidung dia pun besar macam Hrithik Roshan gitu. Adeh, lemah pula. Matanya sungguh menarik perhatian. Walaupun badannya nampak gagah, muscle sini sana, tapi bila tengok matanya, pandangannya ayu sangat. Like, it can calm me down bila2 masa. Confirm. Heh.

"Eh awak!!! Awak okay tak?" teriak Ariana apabila lihat benda cecair mengalir keluar hidungnya. Adoi, baru je puji lubang hidung dia sekarang dah berdarah! Yes, berdarah. Mamat tu mengesat darah tapi masih lagi mengalir keluar.

"Alamak takde tisu pun. Nak kesat dengan apa?" tanya dalam hati.

"Awak...aw..ak...telefon ambulans." Huh? Ambulans pulak? Dia mengangguk.

"Okay, awak. Bear for a while, they on their way!" Ariana makin takut kerana darah makin banyak. Kenapa dengan dia ni? Tenang semacam tengok banyak darah. Tiba2 tangannya menggenggam bahunya dengan erat sampai tahap menekan bahu. Sakitlah. Nasib kau sakitlah mamat ni!

Badannya terhuyung-hayang, semua tenaganya Ariana dapat rasakan dibahunya.

"Awak!" Badannya tiba2 tidak dapat lagi menahan. Makin lemah sehingga dia rebah. Ariana sempat menangkap dia dengan kedua tangannya dari tersembam ke lantai. "Awak! Awak!" Namun, tiada sebarang respons.

******

"Apa kaitan awak dengan pesakit?" tanya doktor setelah diperiksa. Satu sudut tu memang nak tahu di sakit apa tapi apa kena mengena dengan aku?
"Cik, cik-"
"Saya isterinya!" Ariana! Kenapa malam ni kau bodoh sangat? Ketuk kepala, kenapa aku asal boleh mengaku ni!
"Cik tahu suami cik sakitkan?"
Ariana hanya menggelengkan kepala. "Dia suka berahsia doktor..." aku pun sekarang dah pandai main wayang.
"Oklah, begini, Cik Rayyan menghidapi Chronic Lymphocytic Leukemia Stage II."

Huh? Apa tu? "Apa penyakit tu?" Tanya Ariana.

"Leukemia. Saya baru dapatkan fail treatment dia. Apparently, dia dah lama tak buat treatment. Saya tahu tahap Chronic Leukemia tak seteruk Acute, tapi dia harus rajinkan buat treatment kalau dah sakit. Boleh cik nasihatkan suami cik?"

Ariana hanya tengok muka doktor dengan senyuman awkward. Kau nak aku nasihat apa eh? Aku bukannya pandai nasihat orang, maki atau marah orang adalah. "Terima kasih doktor, saya cuba."

"Hi suami."

Mamat tu pandang Ariana pelik.

"Apa? Suami? Awak salah orang."

"Apa salah orang? Saya yang selamatkan awak tadi. Mamat hidung berdarah. Sakit leukemia."

Matanya terbeliak.

"Macam mana kau tahu?"

"Doktor bilang saya. Kat sini, saya isteri awak."

"Kau nak apa?" Nadanya mulai dingin. Rindu pula pandangan ayunya.

"Saya dengar awak dah lama tak buat treatment. Ni mesti miskin, takde duit kan?"

"Kalau aku miskin takde duit, apa kaitan dengan kau?"

"Saya boleh tolong. Tapi...dengan satu syarat."

Yes. Dia pandang aku akhirnya. Bye, Kelvin. You are officially history. Aku dah terdesak sangat ni.

"Apa dia?"

"Awak kena... kahwin dengan saya...cik..." matanya melilau mencari namanya. "Ah, Cik Rayyan Hakimi."

Indahnya Bersamamu (HIATUS)Where stories live. Discover now