Pendaftaran

30 1 2
                                    

Mia!! "Bangun cepat, dah lambat ni. Ibu dah kunci jam tapi tak berbunyi lak alarm ni, siapalah yang memandai tutup ni."rengus Puan Aisyah.

Aku terdengar sayup-sayup suara ibu membebel tentang jam yang dikuncinya malam tadi, hanya kelopak mataku bergerak gerak tapi kepalaku cukup berat untuk bangun dan melihat sekeliling.

"Kenapalah kau main alarm tu dik, kan ibu dah bebel, tapi bagus jugak, tak perlu aku bangun awal pagi." Bisik Damia didalam hati.

Danish memang suka bermain jam alarm ibunya itu, asalkan berbunyi cepat-cepat dimatikannya. Alasannya terlalu bising. Terganggu tidurnya nanti. Sanggup pula dia berlari ke dalam bilik ibu.

Dalam keterpaksaan, Damia terus membuka mata kerana telinganya cukup bingit mendengar adik bongsunya, Danish menangis akibat dimarahi ibunya.

"Dah lah tu dik, tak payah nangis, buruk sangat muka tu aku tengok." Dalam esakan Danish mengerling tajam kakaknya itu.

"Mia, dah siap ke tu?" Sapa ibu sambil memasukkan bekal ke dalam bakul.
"Dah, bu." Aku menjawab.

"Mari sini, tolong ibu angkat barang masuk ke dalam kereta, lepastu Danish suruh ayah turun cepat." Kelihatan ibu sibuk menyiapkan segala benda untuk dibawa ke Johor.

"Okay ibu." kami serentak membalas permintaan ibu.

Pagi ni, hatiku terasa berdebar sangat. Mana tidaknya, hari pertama pendaftaran untuk semester tahun 1 dan sesi kuliah bakal bermula. Maknanya aku akan berjauhan lagi dengan familyku.

Bukan tak pernah berjauhan, ini kali kedua aku dihantar jauh untuk sambung belajar. Pertama kali, sewaktu aku di tingkatan 4.

*****
2010

"Ibu, ayah, tolonglah Mia tak nak pergi sekolah asrama tu, bagilah Mia duduk kat sini je, sekolah lama pun still ada aliran yang ibu nak Mia belajar kan?" Pujuk Mia dengan nada yang sayu.

"Mia sayang, ibu nak Mia berdikari, dekat sana nanti Mia akan belajar cara uruskan diri, masa.." tanpa menghabiskan kata, Mia terus memotong kata Puan Aisyah.

"Tak nak! Kalau ibu dan ayah still nak hantar Mia, Mia tak nak pergi sekolah."ugut Mia dengan matanya membuntang.

"Sudah! Kalau Mia tak nak sekolah, esok ayah carikan kau laki, tak payah sekolah terus kahwin!" Encik Zafrul terus bangkit dari kerusi yang empuk lalu kakinya diatur keluar dengan perasaan terkilan akan sikap anak perempuannya itu.

*****
Ponnnnn!!! Ponn!! Ponnnn!!

Tersentak aku dari lamunan, aku cepat2 menjenguk keluar tingkap kereta, kelihatan Pakcik Salleh dan Mak Timah melambai-lambai kepada kami sambil menanyangkan barisan gigi mereka, seolah dalam iklan Colgate.

Mak Timah yang kepoh tu terjerit jerit, takut kami tak dengar apa yang dikatakannya.

"Bye Mia, belajar elok-elok."
"Zafrul, bawa kereta elok2, kalau ngantok, singgah berehat taw. Semoga kalian selamat sampai".

Kami meng-Aminkan apa yang dikatakannya itu sambil berbalas senyuman.

"Bye semua, Kakak Mia suruh kirim salam dekat Abg Pa'an."kata Danish sambil tertawa kecil.

Tiba2 mukaku terasa panas dek kata2 Danish itu. Pantas tanganku mencubit peha si kechik ni.

"Apa ni kak, main cubit2."Kata Danish dengan nada yang tak puas hati.

"Habistu yang kau sibuk cakap macam tu kenapa?"muka aku betul2 terasa panas.

"Ibu, ayah tengok kakak Mia ni." Mereka hanya mengerling ke belakang sambil tersenyum.

Dhia DamiaWhere stories live. Discover now