Amar

6 3 2
                                    

Selepas dimarahi oleh oang tua atas sebab yang tidak pasti, Amar melarikan diri ke dalam kebun milik bapanya di belakang rumah. Memang tabiat dirinya sejak kecil lagi apabila merajuk, gemar mengunjungi pondok yang dibina oleh arwah atuknya. Tidak kira siang mahupun malam. Gelap malam dan kisah mistik yang sering diceritakan oleh ayahnya berkenaan kebun belakang rumahnya itu tetap tidak menggentarkan hatinya.

Di pondok ini lah,  kenangan bersama insan yang sangat dekat pada Amar melintasi mindanya. Atuk Amar meninnggal dunia akibat sakit tua pada tahun lepas. Pemergian seorang bekas pendekar zaman jepun sangat terasa buat seorang cucu yang sudah rapat sejak sekian lama. Amar, baru sahaja habis menduduki SPM merupakan pelajar yang tidak cemerlang dalam akedemik dan kokurikulum. Di sekolah, Amar tidak mempunyai kawan. Rakan sekelasnya juga sering mempulau Amar. Pondok ini lah yang menjadi peneman baginya tatkala dirinya terasa sunyi.  Begitulah kehidupan Amar hingga sekarang.

"Kau buat hal apa lagi ni Amar!? ", jeritan bapa Amar yang dikenali Pak Mail hampir memecah gegendang telinga Amar.

Amar yang baru pulang berjalan kaki dari sekolah tertunduk diam. Namun begitu, kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati Pak Mail yang bersiap siaga seperti pendekar menerima serangan musuh.

Ibu Amar keluar dari rumah dan berdiri disebelah suami yang berusia sekitar 50-an. Memandang anak tunggalnya dengan pandangan sayu. Ikutkan hati,  hendaknya menangis sepuasnya namun tetap kuat menahan air mata daripada jatuh.

"Kenapa bapa? "Soal Amar terketar-ketar ketakutan akan amarah bapanya. Jujur, dia sendiri tidak melakukan kesalahan pada hari ini. Jadi, Amar masih tertanya-tanya tentang apa yang membuatkan bapanya sangat marah.

"Di surau tadi. Penghulu dan imam mengadu kepada aku. Yang kamu semakin tidak waras. Katanya kamu suka benar bercakap berseorangan semasa pergi atau pulang dari sekolah. Orang kampung mengatakan yang aku punya anak yang gila. Ibu kamu ni pula, sudah malu untuk pergi ke surau disebabkan tingkah laku aneh kamu itu. "Marah Pak Mail. Pak Mail tidak sanggup Amar yang dibesarkan dari kecil dianggap serong oleh orang kampung. Amar dibesarkan dengan titik peluhnya. Sangat tidak sangka bahawa Amar akan berkelakuan sedemikian.

"Amar.. Beritahu ibu dan bapa kamu. Apa yang kamu rahsiakan daripada kami." Tenang suara Melati memujuk anak tunggalnya itu. Dirinya tidak tahan apabila satu-satu anaknya menjadi bahan gelak oleh sesetengah orang kampung yang menganggap Amar seorang yang gila.

Amar diam. Kepalanya tertunduk ke tanah sejak Pak Mail mula bersuara. Hatinya seakan-akan hampir gugut mendengar suara garang oleh Pak Mail. Mendengar pula suara ibu yang jelas menahan tangisan, terus menambah sebak di dada Amar. Lama-kelamaan air matanya jatuh membasahi bumi. Diikuti oleh ibunya.

Walaupun Amar dianggap gila, tetapi Amar tidak pernah meninggalkan solat di surau. Andainya dia tidak sempat mengerjakan solat berjemaah, dia tetap akan melakukam solat di surau. Pemuda seperti ini sangat jarang hadir di dunia. Orang kampung sangat menggagumi sifat-sifat Amar. Namun, disebabkan satu keburukan, hilang 1000 kebaikan,  Pandangan orang kampung terhadap Amar.

Kesan dimarahi oleh bapanya, malam ini dia sanggup melarikan diri ke pondok usang milik arwah atuknya. Pak Mail dan Melati tidak hairan dan gusar kerana Amar pasti akan pulang dan tidak kemana kerana mereka tahu destinasi dan tujuan Amar apabila merajuk.

Amar membaringkan tubuhnga beralasakan tikar mengkuang. Matanya melihat ciptaan TUHAN yang maha indah. Hatinya tidak pernah lupa untuk mengucapkan syukur. Bibirnya pula sentiasa berdzikir memuji ALLAH andai tiada yang mengganggu.

Sedang Amar meneroka langit, tiba-tiba hatinya terpanggil untuk pulang ke rumah selepas ingin bersendirian di sini. Akhirnya,  Amar bangkit dan mula menggerak langkah melintasi beberapa pokok pisang sebelum tiba di rumahnya. Tetapi kali ini Amar tercari-cari jalan pulang. Toleh ke kiri, ke kanan, semuanya kelihatan sama.

"Alamak, mana jalan balik ni. "Amar mulai gusar. Ini kali pertama dia hilang arah. Ini kerana, Amar sudah mahir dengan selok belok kebun dibelakang rumahnya. Tidak disangkanya akan terjadi seperti ini.

Tiba-tiba angin dari timur Amar menghembus laju menampar tubuh Amar. Amar gigil menahan sejuk. Tatkala itu juga, kelihatan lembaga hitam dihadapannya. Amar terpaku ketakutan. Kakinya mula mengatakan lari namun Amar tahan kerana perasaan ingin tahu yang menebal.

Lembaga itu secara tiba-tiba berlari menuju Amar. Amar yang sedar tindakan itu melarikan diri. Larian Amar tidak jauh selepas dia tersandung sesuatu yang tertanam ditanah lalu tersungkur. Amar cuba membangkitkan diri dan teruskan larian tetapi selepas menyedari lembaga itu sudah hilang,  Amar menenangkan diri. Istighfar berulang kali dibibirnya. Peluh, sudah membasahi tubuh dan pakaian Amar.
"Ya ALLAH, Ujian apa yang kau nak beri ni? "

Amar tampak keletihan. Kaki nya tidak mampu menampung ketakutan yang dialaminya. Amar tersungkur sambil menahan kedua telapak tangannya di atas tanah. Nafas Amar tercungap-cungap .

"Apa ni?" soal Amar sendiri apabila mendapati objek separuh tertanam yang dianggap buku ataupun kitab olehnya.

Pantas sahaja Amar membersihkan permukaan yang dianggap buku itu.

"Hikayat? " Amar membaca nya . Ketakutan yang dialami tadi hilang serta merta apabila sifat ingin tahu isi dalam 'Hikayat'itu .

"Lebih baik aku balik dan lihat Hikayat ini di rumah sahaja" kata Amar sendiri. Lantas dia bangkit. Hikayat yang dipengangnya jatuh lalu terbuka . Isi Hikayat adalah helaian yang kosong. Pantas Amar menyentuh  helaian tersebut.

Tiba-tiba Amar melihat cahaya yang keluar dari Hikayat tersebut. Kerana tidak tertahan dengan cahaya itu, Amar jatuh pengsan disitu juga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hikayat Where stories live. Discover now