Teaser Part 1

6.4K 74 0
                                    


☕☕☕☕☕☕☕☕☕

HARI ini Laila lambat lagi. Gara-gara memujuk Qandar yang tidak mahu ke sekolah. Merajuk kerana keengganan Laila mendaftarkan laman Facebook untuknya semalam. Isu itu terbawa-bawa hingga ke pagi.

Laila hanya mampu menggeleng kepala. Hendak menjerit marah di awal pagi, bukan setakat lewat ke pejabat, mungkin dia terus EL. Sejak akhir-akhir ini anaknya terlalu sensitif. Tersalah cakap pun sudah menarik muka masam. Apa lagi jika Laila meninggikan suara marah padanya.

Facebook? Mana dia belajar semua ini? Getus Laila.

Sejak Qandar mula bersekolah tadika makin cerdik pula dia mengeluarkan soalan-soalan maut membuatkan Laila mahu gantung diri.

Mana daddy?

Kenapa daddy tak balik?

Daddy tak sayang kita?

Classmates Qandar semua ada daddy. Kenapa Qandar tak ada daddy?

Qandar nak daddy hantar ke sekolah.

Melayan soalan jerangkap samar yang bila-bila masa akan muncul dari bibir si kecil itu buat jalannya seperti dalam perlumbaan walkathon. Lewat ke pejabat. Tidak pandang kiri kanan, dia terus menerpa masuk ke biliknya. Menghempas kasar beg tangan di meja belakang dengan keluhan berat.

Bau aroma kopi Starbucks membuatkan dia berdiri tegak dan memejam mata rapat. Sedut nafas panjang-panjang. Lagaknya seperti sedang beryoga.

Menghirup aroma itu satu terapi. Harum ‘air ganja’ menerobos masuk ke rongga hidung dan menyerap ke seluruh sistem tubuhnya.  Hilang stresnya dengan soalan Qandar.

Dia menoleh ke arah meja kerjanya lantas tersenyum. Mencari gerangan di mana minuman itu berada. Dia ketagihan air kopi sejak akhir-akhir ini. Tidak mengira waktu.

"Qandar... Qandar… pagi-pagi bikin kepala mummy pusing." Keluh Laila perlahan. Lega apabila minuman itu meresap ke tekaknya. Nyaman.

“LAILA!!!” Belum penuh bateri badannya dicas oleh air ganja itu, namanya dilaung kuat dari luar bilik.

Laila merengus panjang. Menyesal kerana lupa menutup pintu bilik sebentar tadi.

“Five minutes!” Jerit Laila kembali.

“NOW!”

☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕

Eksklusif Untukmu ✔️ Where stories live. Discover now