❤❤❤❤❤❤❤❤Disabarkan hatinya apabila dia melihat Iskandar sudah duduk di kerusinya. Dia mengemam bibir sebelum mulut mencicit bising apabila barangnya diusik.
“Apa yang berlaku dulu, Laila? Lima. Tahun. Lepas?” Garau suara lelaki itu sebaik pintu bilik di tutup rapat oleh Laila.
“Awak sepatutnya kembali ke New York selepas urusan dengan scholarship selesai. Breach of contract hanya satu alasan, bukan?" Iskandar terus mengasak apabila Laila hanya mematungkan diri. Mulut itu bagai terkunci rapat.
"Pernikahan kita tak memberi kesan pada pelajaran. Awak tetap top scorer. Every semester. Mustahil rayuan awak ditolak." Dia tidak akan berganjak selagi bibir mongel Laila tidak bersuara.
Laila hanya mampu melepaskan helaan nafas panjang apabila seluruh badannya bergetar hebat.
Masakan dia lupa Iskandar adalah guru keduanya. Teman belajar paling setia. Pembuat air dadah paling hebat. Upah belajar katanya. Upah mendapat keputusan cemerlang. Upah yang tak perlu berhabis duit, cukuplah menjadikan Laila Qisha eksklusif.
"Is it because of Natasha?" Lagi Iskandar menebak, mata helang itu menikam tajam Laila yang hanya tercegat kaku, menundukkan wajah ke lantai. Memandang lelaki itu hanya akan mencairkan bongkah ais di kutub.
"Speak, Laila! Silence doesn't solve the problem!" Iskandar bangun berdiri, tangan sudah berada di pinggang. Diam Laila hanya mengundang amarahnya.
"Natasha, isn't it?" Selangkah Iskandar mara ke arahnya.
Dada yang sedang berdegup kencang mula hilang rentaknya. Bagai bom jangka menanti masa hendak meletup dengan kemaraan Iskandar.
"Awak berubah selepas dia pergi, Laila. Atau ada sebab lain?" Lagi setapak ke hadapan buat Laila tak keruan. Hanya tinggal beberapa meter lagi untuk dekat dengannya.
"Saya nampak awak peluk dia." Laila berundur selangkah bila Iskandar terus mara.
Yang berminat untuk mendapatkan kompilasi Rahsia Cinta ini boleh order dengan IKP atau online novel seller...
EU akan berada di dalam Volume 1
Akan ada Volume 2...
Tunggu pengumuman dari IKP untuk V2... belian secara kombo lebih jimat...
YOU ARE READING
Eksklusif Untukmu ✔️
RomanceKisah percintaan Laila dan Iskandar yang diterbitkan dalam versi cetak. Short and sweet story... Cerpen ini akan berada dalam buku kompilasi cerpen ~ Rahsia Cinta yang diterbitkan oleh Penerbitan Idea Kreatif. Happy reading!