Laila masuk ke bilik sambil menarik nafas panjang. Sedut dalam-dalam, kerana sekejap lagi mungkin dia tidak dapat bernafas normal lagi.
“Baby…”
Laila berpaling ke arah punca suara. Panggilan itu buat jantungnya gugur.
“Jangan tersalah orang, Mr. Aiman. I’m not your baby.” Laila cekalkan hati agar tidak mengalah. Cepat-cepat dia mencapai toolbox yang berada di rak.
“Laila, please…” Tangan Laila cuba diraih tapi ditepis kasar.
“Please, Mr. Aiman… I don’t know you. Please keep it that way.” Cepat Laila meningkah. Apa yang keluar dari mulut lelaki itu dia mahu pekakkan telinga. Jika boleh.
“Mana mungkin saya boleh buat tak tahu setelah lima tahun, saya berjumpa semua dengan Laila Qisha. Isteri saya.”
“Isteri?” tanya Laila sinis.
“Siapa awak, Aiman Iskandar?” Soalan Laila buat Iskandar berkerut.
“I’m your husband.” Jawab Iskandar.
“Siapa awak, Aiman Iskandar.” Ulang soalan Laila lebih dalam sambil memandang sinis pada lelaki itu.
“Siapa. Aiman. Iskandar?” Lagi Laila bersuara. Satu persatu disebutnya. Itu adalah soalan lima tahun lalu. Yang tidak dapat dijawab oleh lelaki itu.
“Laila…” Lemah suara Iskandar.
“Jika awak tak mampu beritahu saya siapa awak, then awak bukan suami saya, Aiman Iskandar. Suami saya bukan awak…” Laila memandang Iskandar atas dan bawah sebelum berganjak dan meninggalkannya bersendirian. Ada kerja yang perlu dia bereskan. Selepas ini dia tidak akan terlibat dengan sebarang urusan berkenaan lelaki itu lagi. Dia tekad.
“Laila, beritahu saya bagaimana untuk tebus segala kesalahan saya terhadap awak? Percayalah saya tak bermaksud sembunyikan semua itu dari awak.”
“Saya tidak cukup eksklusif untuk awak, Aiman Iskandar jadi tak perlu rasa bersalah.”
![](https://img.wattpad.com/cover/144184043-288-k528588.jpg)
YOU ARE READING
Eksklusif Untukmu ✔️
RomantizmKisah percintaan Laila dan Iskandar yang diterbitkan dalam versi cetak. Short and sweet story... Cerpen ini akan berada dalam buku kompilasi cerpen ~ Rahsia Cinta yang diterbitkan oleh Penerbitan Idea Kreatif. Happy reading!