The Sunflower Bab 2

10 1 0
                                    


Bab 2

"Borak apa je dengan Aydin tadi? Kemain lagi kakak tengok.." Nashriq jeling kakaknya di sebelah. Dia senyum tipis.

"Guess what, kakak?"

Kening Nina terangkat sebelah. Tak dapat baca fikiran adiknya itu.

"I've got her number" balas Nashriq. Bangga.

"Then, what?" alah nombor je kot. Apa lah susah-susah nak mintak, mintak jelah kat kakak kau ni Ariq...

"Kalau Ariq nak ajak dia ikut Ariq balik kampung aci tak?"

Hah? Terbeliak mata Nina. Dia tak lepas pandangan pada Ariq. "Kau gila dik, nak bawak anak dara orang balik kampung, nak kena sembelih dengan dadi ke?" bahu lelaki itu dia tampar sedikit.

"Alah kak, tak boleh ke....dia mesti on punya" kepala yang tak gatal dia garu. Salah ke? Kakak jugak yang cakap kesian dengan Aydin, hidup dia umpama katak bawak tempurung lah, kerbau di cucuk hidung lah...ni lah masanya untuk dia bantu Aydin terbang bebas!

Ceh! Kau siapa nak sibuk hal Aydin. Nashriq?

"Kakak tak faham cara kau berfikir" luah Nina. Nashriq senyum menunjukkan baris giginya yang rapi.

"Tadi Ariq borak dengan dia...Ariq berkenan tengok cara dia tu, nampak sopan, lembut tapi at the same time macam berjaga-jaga..hmm mata Ariq pun dia pandang tak pandang je. Mana nak dapat perempuan macam tu kakak" ujar Nashriq panjang berjela. Nina pandang adiknya tak percaya.

"Dah jatuh cinta ke?"

Soalan Nina di balas dengan tawa kuat Nashriq. Stereng kereta dia genggam kemas. Apa lah kakak ni, hishhh. Ada ke kata aku dah jatuh cinta?

"No lah" dalihnya.

Nina mencebek. Dah tu!

"Tapi kalau jatuh cinta pun apa salahnya. She's cute what!" sambung Nashriq dengan gelak kecil.

"Jangan nak mengata! Gatal!"

"Ingat sikit dik, dia lain. Kau kalau rasa sanggup nak hadap keluarga dia yang garang nak mampus tu..try lah"

Heh...Nina geleng kepala. Kalau ye adiknya ni jatuh cinta, dia sangat besar hati. Suka. Nak sujud syukur rasa tapi dia tahu Nashriq hanya bercanda.

"Ariq tertanya-tanya juga, teruk sangat ke keluarga tu?" dari apa yang dia faham dari cerita kakak, keluarga Aydin sangat tegas! Semuanya mesti tersusun kemas, buat sesuatu mestilah berdisiplin dan haruskan sentiasa tegas..katanya barulah orang tak akan berani pijak kepala. Kemas! Tegas! Disiplin!

Huh...kolot sangat!

"Tak lah teruk...kakak tengok layanan Tuan Abdullah tu elok je, penuh kasih sayang..haa, cuba tengok Aydin..sejuk mata memandang kan?"

Nashriq angguk. Aydin nampak baik, sangat baik. Kalau orang yang melihat perwatakkan Aydin dan cara dia berpakaian...pasti ramai yang akan memuji kedua ibubapanya kerana berjaya mendidik anak.

"Tapi...tulah, kalau kakak tak kenal rapat dengan Aydin, kakak pun tak tahu dari sudut hati Aydin sendiri.."

Nashriq angguk lagi. Aydin tak happy. Dia rasa seperti seorang robot. Semuanya tak bebas. Semuanya kena ikut telunjuk Tuan Abdullah.

"Sebelum Aydin berangkat ke Istanbul, dia pernah kemurungan.." Nashriq hanya diam mendengar cerita. Tak tau kenapa dia begitu tertarik dengan kisah gadis itu.

THE SUNFLOWERWhere stories live. Discover now