03

9 2 10
                                    

Qairyn menilik jam di dinding. Sudahlah fon nya tertinggal di bilik, kene pulak tunggu Umai habis kelas.

Bosan.

Milk tea yang dipesan tiba di mejanya. Tanpa memandang ke arah pelayan tersebut, Qairyn terus menghirup air di hadapannya.

"Cik? "

Qairyn masih mengabaikannya.

Pelayan itu hanya tersenyum, sepotong kek blueberry diletakkan di hadapan Qairyn.

Dipandang kek itu lalu mata Qairyn beralih kepada pelayan tersebut.

Mulutnya cuba mengeluarkan kata².

"Er? Apa ni?" soal Qairyn keliru.

"Oh tu namanya biskut. Apalah , mestilah kek. Saya belanjaa"

Tanpa menunggu balasan dari Qairyn, terus pelayan itu pergi meninggalkannya.

.............................................

"Qaiiiii~" suara comel Umai memenuhi ruang cafe. Jadi malu Qairyn bila namanya dipanggil dengan kuat.

Sebaik sahaja Umai mendekatinya, pinggang Umai dicubit kuat.

"PERGHH sakittt sakitt woi sakittt adu adu Qaii" rungut Umai.

"Ha padan la dengan muka kau tu. Cam beruk! Malu aku je huh!" jeling Qai lama.

Begnya digalas lalu berjalan keluar meninggalkan Umai.Sempat Umai mencebik sebelum berlari anak mengejar Qairyn.

"Oii lajunya bak hang!" Umai terkapai- kapai mendapatkan kawannya.

..........................................

Adene dan Elyna tiba di airport Jepun dengan menaiki jet peribadi keluarga Adene. Hanya satu tujuan mereka.

Bertemu Qairyn .

Semasa ingin keluar daripada jet mereka, mata Elyna laju menangkap keberadaan satu jet lain di kawasan landasan.

Pantas mulutnya bertanya. Lengan Adene dicuit sedikit membuatkan Adene menoleh memandang Elyna.

"Tu tu, tengook tu. Jet siapa pulak tu" mata Elyna tak lepas memerhati.

Adene hanya memandang sekilas.

"Kau ni, cubalah jadi bijak sikit. Bukan kita je ada jet. Dah² jom gerak" lengan Elyna ditarik.

Berubah reaksi Elyna bila soalannya dijawab begitu.

Sementara seorang lelaki berkemeja hitam lengan panjang melepasi mereka berdua.

Sempat Elyna mencium perfume lelaki itu. Pergh wangi gila.

Satu kereta mers menantikan kehadiran mereka, atas permintaan Adene. Pelayan itu memberikan kunci untuk Adene pandu sendiri. Elyna hanya ikutkan saja.

Lokasi seterusnya adalah...

Kyoto!!!

P/s rumah Qairyn di bandar Kyoto ,Jepun

.............................................

Sebuah kereta Audi silver tiba diperkarangan rumah banglo 3 tingkat di taman perumahan mewah CrissZell IV .

Dua orang lelaki berjalan masuk menerusi pintu utama rumah banglo itu. Diiringi beberapa orang butler dan maid.

"Weh Iz, Ray sampai Malaysia pukul berapa ? Rasanya dia dah gerak dari sana" soal Sham sebaik saja begnya di letakkan di sudut rumah.

Izhan meneguk sedikit air sebelum menjawab soalan Sham. Tangannya mencapai iphone di atas bar table.

Satu mesej dari Ray ditunjukkan pada Sham.

"Ohh, kalau dah sampai pun malam...dinner terus ah. Nanti aku cari restoran best" Sham mengangkat barangnya naik ke bilik.

Mata Izhan mengekori pergerakkan Sham. Bibirnya tersenyum nipis. Satu panggilan dibuat menerusi aplikasi whatsApp.

Tunang Iz, Keena.



QAIRYN [ EC ]Where stories live. Discover now