Lelaki misteri

7 0 0
                                    

Pagi yang sangat mengantuk, kawan aku ajak aku pergi ke klinik. Kawan aku ni nama dia Maya. Dia ni kawan baik aku sejak dari kecik lagi. Sekolah sama. Kami kerja pun dekat tempat yang sama. Tapi dia kerja atas sikit dari aku. Sebab aku ni kurang cerdik dari dia. Aku bodoh sikit aje. Hehe.

Maya ni kalau aku ke, orang lain ke bagi nasihat tak pernah nak dengar. Lepas tu, suka buat hal sendiri. Kadang aku geram dengan dia ni. Kalau tak susahkan aku takpelah jugak. Ni pagi-pagi buta lagi dia dia suruh aku temankan dia pergi jumpa doktor. Dahlah aku ni ngatuk. Pukul 7.00 pagi dia dah kejutkan aku. Katanya, dia takut lewat nak masuk kerja pukul 10.00 pagi nanti. Lagi satu, dia cakap pagi-pagi klinik ramai orang.

"Aku ngatuk ni. Pergi lewat sikitlah."

"Mana boleh. Pergi lewat nanti ramai pulak orang dekat klinik. Kang tak sempat masuk kerja. Sanggup nak tadah telingga dengan bos."

"Alah... susah apa. Kau ambik aje MC. Kau kan sakit kaki. Kau tunggulah kat situ."

"Malas aku. Aku malas nak duduk rumah. Bosan takde kau."

Aku bingkas bangun.

"Kau nak aku temankan kau?" Aku dah sengeh.

Maya angguk. Memang itulah tujuan sebenar dia kejutkan aku pagi-pagi buta macam ni.

"Ada syarat."

Maya jongket kening.

"Kau pasti nak suruh aku belanja kau durian, kan? 'Hantu durian' betullah kau ni."

Aku sengeh macam kerang busuk. Maya ni macam tahu-tahu aje. Beli durian baru aku temankan. Tak ada upah, tak jalan.

Tunggu punyalah lama. Tapi bila Maya masuk ke dalam punyalah sekejap. Tak sampai 5 minit pun Maya masuk jumpa doktor. Aku tanya dia doktor cakap apa.

"Doktor cakap jangan makan telur. Sebab luka aku dah menanah."

"Kan aku dah cakap tak payah makan telur. Tapi kau degil."

"Suka hati akulah nak makan apa pun."

Eee geramnya aku dengan kawan aku sorang ni.

Kalau dekat rumah ni, aku dah luku dah kepala dia ni. 'Makan lagi telur tu biar luka tambah teruk. Kena potong kaki baru tahu!' Kataku hanya dalam hati.

Masa aku keluar dari klinik dengan Maya. Aku nampak ada sorang lelaki ni, matanya tak lepas-lepas pandang aku. Mulalah aku ni perasan cantik, ayu dan menawan. Jalan pun aku kawal biar nampak lemah lembut di mata dia.

Lelaki tadi berjalan dan berhenti di hadapan aku. Aku apa lagi. Terkejut weh... aku jongket kening. Tak kuat aku nak menahan panahan matanya. Hey, lelaki kau nak apa?

Aku pandang Maya. Maya pula pandang aku. Aku dapat lihat yang muka Maya sedang cuak bila dia tengok lelaki tadi pandang aku. Aku pula tak usah cakap. Jantung aku ni bagai nak terputus dari tempatnya. Sikit lagi nak tercabut. Kalau tercabut sah-sah aku yang kena jumpa doktor.

"Awak ni siapa?"

Boleh pulak dia tanya aku soalan macam tu. Sepatutnya aku yang patut tanya soalan itu dekat dia.

"Awak pulak siapa?" Tanya aku. Tapi dia tak jawab.

Aku perasan muka dia kelihatan agak terkejut. Gila ke apa lelaki ni? Tapi ada ke lelaki gila dekat dunia handsome macam ni?

Lelaki tu, bercakap sendiri. Sah dia tu gila! Tak lama lepas tu, dia tinggalkan aku dan Maya yang penuh dengan tanda tanya.

Masing-masing mengeleng kepala saat kami dah berada di atas kereta. Maya tanya aku kenal ke lelaki tadi. Aku kenal ke dia? Memang taklah.

Maya suka susahkan aku. Dia ni jugak kelam kabut sikit. Maya tanya aku. Macam mana kalau lelaki tadi ada niat nak rogol aku, lepas tu pulak nak bunuh aku. Mayat aku pulak dia buang dalam sungai?

"Tak boleh fikir aku, kalau lelaki tadi ada niat nak rogol kau."

Aku pejam mata rapat. Maya dah mula dengan soalan yang carut lagi mengarut.

"Lepas rogol. Mayat kau dia buang dalam sungai. Mayat kau tak jumpa dah, sebab buaya dah makan." Sambung Maya lagi sambil pejamkan mata. Selepas tu, dia geleng kepala.

Sikit lagi aku nak lempang mulut dia yang becok dan bercakap lepas tu. Maya tolonglah jangan jangan fikir perkara yang bukan-bukan.

Musang king menjadi pilihan aku. Orang nak belanja. Aku apa lagi. Kenalah pilih buah durian yang paling sedap. Baru puas hati makan.

Bukan satu aku pilih. Tapi dua biji. Mahal ke tak mahal ke, lantak dialah. Janji aku kenyang dan bukan aku yang bayar. Maya dah pening tengok aku yang sungguh teruja tengok durian yang tersusun di depan mata.

"Nak berapa biji, Cik?"

"Dua, bang."

"Makan sini atau nak bawak balik?"

"Makan sini?"

Penjual itu mengambil dua biji durian musang king. Terus dia kopek durian itu untuk aku. Bersinar mata aku bila tengok isi durian yang kuning tu.

"Kau gila ke apa, Mira. Kau nak makan semua ni sorang-sorang. Kau jangan paksa aku makan. Aku memang tak suka durian."

Maya awal-awal lagi bagi amaran. Aku memang sedia maklum yang Maya ni tak suka durian. Lantak dialah nak cakap apa pun. Janji aku kenyang dan hati senang.

"Susah apa. Tak habis kita suruhlah abang tu bungkus."

Masa aku tengah makan dan Maya pula hanya menjadi penunggu yang tak berbayar. Aku nampak lelaki tadi datang ke kedai durian. Aku dah cuak.

"Maya cuba kau tengok dekat belakang kau. Aku rasa lelaki tadi ikut kitalah."

Aku bisik di telinga Maya yang duduk di sebelah aku.

Mulut Maya membulat saat matanya memandang lelaki tadi. Cepat-cepat dia keluarkan handphone dari dalam bagnya.

"Kau nak buat apa?" Tanyaku.

"Call 999 lah. Mana tahu apa yang aku cakap tadi betul!"

"Kau ni. Tak baik tau tak. Syak wasangka dan bertindak melulu. Mana tahu dia pun nak beli durian. Ni kedai bukan kita aje yang boleh datang."

Maya angguk. Perlahan dia letakkan semula handphonenya atas meja.

Aku tak rasa yang lelaki tadi tu jahat dan ada niat yang bukan-bukan terhadap aku.

Tak lama pun lelaki tadi singgah dekat kedai durian. Tak sampai 10 minit dia bercakap dengan penjual durian tu. Lepas tu dia hilang dari kedai. Lega aku.

Lepas aku siap makan. Cepat-cepat aku dan Maya mendapatkan kereta Perodua Viva milikku yang terparkir di seberang jalan. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Pukul 10.00 pagi kami kena masuk kerja

*****

Terima kasih sudi baca.

*maaf kalau ada typo.

Segalanya Tentang DIAWhere stories live. Discover now