"AKU Cik Ayuni Arissa. Guru kelas 3PZ dan aku bangga ada murid macam diaorang." Kata aku pada cermin yang merefleksikan raut wajah aku.
Untuk pengetahuaan, itulah kata-kata semangat yang sering dilaungkan aku sebelum memasuki kelas.
Selaku guru, aku haruslah menunjukkan tingkah laku yang positif bagi semua pelajar aku khususnya budak kelas 3PZ.
Ops...
Sorry, bahasa aku memang lain macam sebab aku ni bukan jurusan mengajar pun. Aku hanya budak lepasan Universiti yang ambik upah mengajar sekolah ni atas arahan seseorang.
Alhamdullilah, sudah tiga bulan aku menjadi seorang guru dan selama tiga bulan itu lah aku survive menjadi guru kelas 3PZ.
Pada mulanya aku tak begitu yakin apabila pengetua memberi aku jawatan itu kerana aku masih lagi baru dalam jurusan ini.
Tapi...
Bila dah junior tu, junior lah. Tak boleh melawan. Namun, selama aku mengajar dan menjadi guru kelas, kelas 3PZ ini. Barulah aku sedar kenapa pentadbir membenarkan aku yang junior ni ambik alih kelas ni.
Tiba dimuka pintu aku berjalan teguh menuju ke meja guru sebelum menghadap mereka. Pelajar-pelajar aku.
"Kelas bangun." Satu suara bersuara lantang menyentakkan pelajar lain untuk bangun.
"Selamat pagi, Cikgu Ayuni." Ucap dia dan bergemalah kelas itu dengan suara lain.
Aku hanya senyum kecil. "Selamat pagi semua, sila duduk. Diandra, kehadiran." Arah aku kepada dia yang bersuara lantang tadi.
Diandra mengangguk sebelum berjalan menuju ke papan kenyataan disebelah papan putih, tempatnya senarai nama pelajar.
Skrit paras lutut dia aku tenung dengan pelik. Minggu lepas nampak panjang lagi, asal minggu ni nampak pendek pulak? Makin tinggi ke apa dia ni?
Aku menggeleng. Tak nak bersangka buruk dengan pelajar aku seorang ni.
"Borhan Aziz." Laung dia sikit kuat dengan nada gedik.
Sorry, dia memang buat macam tu.
"Here baby." Borhan Aziz mengangkat tangan apabila namanya diseru oleh Diandra.
Aku pula hanya menanda 'hadir' pada namanya didalam buku kehadiran.
Borhan Aziz. Kalau aku masih muda remaja belasan tahun seperti dia pasti dia lah orang pertama yang aku tackel.
Dia hensem, segak, dan pembodek nombor satu kelas.
"Adam Syauki." Kali ini Diandra memanggil dia dengan nada menyampah.
"Alahai, suara. Cuba buat suara manis-manis sikit. Baru lah aku semangat nak cakap Hadir!"
Aku dalam diam memutarkan bola mata aku keatas. Naik mual aku dengar ayat mengayat dia pada Diandra.
Adam Syauki. Kawan baiknya si Borhan. Perbezaan antara perangai mereka adalah sikit saja. Bezanya, Adam ialah seorang pelawak kelas tak rasmi.
Nama dia juga aku tanda Hadir dalam buku kehadiran.
"Amsyar Khair." Diandra sedaya upaya menyembunyikan suara excitednya apabila menyeru nama itu.
Aku memandang kearah Amsyar yang tajam memerhatikan Diandra. "Hadir." Ujar dia sepatah dengan penuh dingin.
Well, kalau ada prince charming kelas dan jokestre kelas mesti ada bad boy kan?
Diandra menyimpulkan senyuman kecil. Masalah multi-fandom betul.
Haih.
Kehadiran pelajar lelaki sudah settel. Yup, tiga orang saja. Beralih pada kehadiran pelajar perempuan pulak.
Diandra memanggil namanya sendiri sebelum menyeru nama pelajar perempuan lain yang terdiri daripada gengnya sendiri.
"Emma, Misha and Orked. Are you girls here?" Soal dia.
"We are here!" Teriak mereka bertiga.
Geng Diva I will say. Diandra, Emma, Misha and Orked. (Geng D.E.M.O : macam tu lah cara aku ingat nama diaorang)
Satu persatu nama mereka aku tandakan hadir. Wristwatch aku telah pun menunjukan pukul 7:56 pagi. Aku ada empat minit lagi untuk menghantar buku kehadiran ini secara online.
"Ermm, what dis thing say urgh... Khayra, Xena, Hanis and Nurin. Are you whore still alive?"
"Diandra." Tegur aku.
Diandra mula memutarkan bola matanya secara sembunyi daripada aku.
Aku pun malas tegur.
"Hadir Cikgu Ayuni." Suara kecil Xena yang menahan geram berbunyi.
Aku tahu. Geng Demo dan Geng KXHN saling bermusuhan. Nak tahu kenapa? Kata diaorang dalam setiap kelas di seluruh sekolah mesti ada satu je group diva jadi diorang tengah struggle berebut jelah.
Typical, kan?
Aku dah puas masuk campur hal diorang. Bukan tak pernah suruh mereka berbaik selalu sangat sampai berbuih mulut aku. Tapi masing-masing tak dengar.
Senarai nama pelajar aku perhatikan kembali. Rasanya ada yang kurang. Diandra sudah pun duduk ditempatnya.
Aku berdehem kecil memandang segenap ruang kelas itu mencari-cari dia.
"Sya--"
Tuk tuk.
Bunyi ketukan pintu mematikan suara aku dan kelihatan seseorang memasuki kelas aku dengan beg dibahu berjalan menuju ke arah aku.
"Hadir." Ujar dia sebelum memberi slip lewat kepada aku.
Slip lewat berwarna merah itu aku tenung dengan keluhan lega. Sedikit sebanyak aku bersyukur dia hadir ke sekolah pada hari.
Nur Syafiqah. Budak loner yang pendiam, ponteng setiap hari selasa dan khamis. Dia dan aku memang kawteam habis lepas sekolah. Time sekolah nak jeling aku pun tak nak.
Dia tak pernah bergaul dengan rakan sekelas dia seingat aku. Mungkin lepas budak baru datang dia akan berkawan?
Tanpa mempedulikan Syafiqah yang terus tidur sebaik saja tiba ditempat duduknya aku terus menghantar kehadiran pelajar menurusi online.
Aku mengeluh lega. Memandang pelajar-pelajar aku yang sedang buat kerja sendiri.
Inilah dia 3PZ.
Prince Charming, Jokester, bad boy, dua puak diva yang tengah berebut kawasan dan a loner. What a wonderful class don't you say?
××××
YOU ARE READING
CLASS OF THE YEAR
Novela JuvenilCLASS OF THE YEAR. (Teen Fiction feat short story) Satu-satunya cara budaya tak masuk akal sekolah terhenti. ××× CLASS OF THE YEARS MOST epic award yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak sekolah SMKDf yang mana hadiah bernilai kuasa diberikan kepada...